Thursday, March 26, 2020

Resepi Pancake Mudah

Salam Readership semua. Untuk resepi quarantine Miela nak share satu resepi mudah untuk disediakan dengan mengunakan bahan yang ada didapur. Padahal baru first time buat, gigih nak share resepi jugak. Okay kita baca sampai habis untuk tahu cara-cara membuat pancake



Bahan-bahan
1  cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
2 sudu gula
1 sudu kecil soda birkabonat/baking powder
1 biji telur
2 sudu besar majerin/planta

p/s: kalau nak buat banyak boleh gandakan 2x dari bahan-bahan diatas


Cara-cara
1. Masukan semua bahan dalam blender
2. Blender semua bahan dalam 1-2 minit
3. Panaskan pan non stick, sapu majerin sikit dekat kuali
4. Ceduk satu adunan pada pan, biar masak dibahagian bawah
5. Kemudian terbalikan sehingga masak tetapi jangan terlalu garing
6. Sedia untuk hidangkan. Boleh hidang bersama coklat, madu, jem atau susu pekat



Actually Miela gunakan krimer susu manis coklat untuk hidangkan bersama pancake, lagi mudah tak perlu nak panaskan coklat. Kalau nak lebih detail boleh tengok video tiktok dibawah. Maklumlah bila kena quarantine , tahap bosan sampai buat video tiktok la 😂. Selamat Mencuba!
@salmilanadia

Just simple pancake ##stayathome ##cookathome ##quarantinechallenge ##tiktokmalaysia

♬ Summer Days - Martin Garrix / Macklemore / Patrick Stump