Friday, May 29, 2020

Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Ipoh



Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. 


Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. 


Sebagai contoh, di Ipoh, Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh di Kampung Kuala Pari Hilir usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini. 



“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh, Datin Hajah Noraini Bt Abdullah. 


Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari. 


“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Datin Hajah Noraini. 


Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.


“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. 


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 


Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti. 


Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre. 




Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut. 


“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini. 


Pantri makanan #AyamWithYou terletak di PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kampung Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh, Perak. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini. 




Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.

Sunday, May 17, 2020

Pengalaman Bekerja Merentas Negeri Semasa Tempoh PKPB


Disebabkan ramai bertanya macam mana nak kerja kalau nak rentas negeri?, so I decide nak tulis entri ni. Sudah seminggu seminggu sebenarnya berkerja merentas negeri ni. Actually memang normal orang-orang daerah Kerian berkerja balik hari di kawasan Pulau Pinang dan Kedah disebabkan kawasan ni banyak peluang perkerja juga menawarkan gaji lebih dari tempat tinggal.

So Miela dari Bagan Serai bekerja merentas negeri ke Bandar Perda, Bukit Mertajam lebih kurang sejam sahaja perjalanan. Dokumen untuk merentas negeri untuk bekerja mesti perlukan surat dari company semasa tempoh PKPB. So surat wajib ada if pengawai polis tanya. Polis akan check juga bekerja area mana. Kalau jauh sangat tempat kerja tak logik juga merentas negeri ni.

Contoh surat merentas negeri

I suggest hampa bila dah sampai roadblock tu seeloknya letak surat dekat bahagian pemandu supaya memudahkan kerja polis untuk check. Yelah roadblock selalu lama juga bila time balik kerja, kadang sampai 1 km jem sebab roadblock huhu. Kesian abam polis kena check satu satu.


Apa Miela nampak polis selalu akan tahan kalau bawak lebih daripada seorang, orang-orang muda keluar tanpa tujuan yang jelas, kemudian yang bawak kanak-kanak. Selalunya orang yang tujuan berkerja akan senang lepas tambah tambah pakai baju kerja. Tapi kalau tahan tunjuk surat kerja sebab memang kita niat nak pergi kerja pun.

Sepanjang berkerja rentas negeri masa tempoh PKPB dari Bagan Serai ke Perda boleh jadi 2 atau 3 rodblock. First area bagan serai, kedua dekat sempadan selepas simpang 4 Pematang Tok Mahat dan ketiga di Plaza Tol Jawi. Mungkin minggu depan seminggu nak raya boleh jadi bertambah roadblock dekat Plaza Tol Juru.

Itu sahaja pengalaman boleh diceritakan, boleh jadi peraturan berubah mengikut perkembangan semasa. Cuma nak pesan jangan dok saja-saja rentas negeri tanpa sebab, tak pasal-pasal kena kompaun RM1000. Stay safe okay!


Senarai Pemenang Bloglist Cik Miela 2020


Salam Readership semua. First of all Miela nak mintak maaf sebab delay sehari nak umumkan Pemenang Segmen Bloglist by Cik Miela 2020. Seminggu ni agak sibuk sedikit sebab dah start masuk kerja, tambah pula bulan puasa banyak benda nak buat hehe. Taknak lengahkan masa jom kita lihat siapa pemenangnya.

Hadiah 10 bloglist:

5. Weolls

Bonus: 1 x Photobook & Bloglist

Tahniah kepada pemenang. Yang belum menang insyallah ada rezeki di lain kali. Terima kasih sangat sebab korang sudi join segmen ni. Maklumlah lama tak buat, tak sangka ada sambutan. Kepada  pemenang photobook boleh contact di link ni yea

Friday, May 15, 2020

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela


Sudah lama tak buat segmen, untuk tahun 2020 inilah segmen pertama Miela buat. Harap ramailah yang join sebab ada hadiah yang menarik

Syarat Penyertaan:

1. Follow Blog Cik Miela
2. Follow instagram @salmilanadia
3. Buat entri bertajuk " Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela"
4. Jangan lupa komen link entri penyertaan dan username IG di entri ni untuk Miela follow back

Hadiah:
10 x bloglist selama 3 BULAN (dipilih secara random)

BONUS
1 x Photobook 6x6 + Bloglist 3 BULAN
(dipilih peserta paling aktif)

Segmen bermula hari ini 26/4/2020 sehingga 15/5/2020. Pemenang akan diumumkan pada hari keesokannya. Selamat bersegmen korang!

Friday, May 08, 2020

Segmen Bloglist PKP 2020



Kali ni Miela dapat jemputan join segmen dari The Wonderful Jannah iaitu Segmen Bloglist PKP 2020 . Dalam segmen ni diminta untuk menceritakan  pengalaman menarik sepanjang PKP. Bila musim PKP benda yang jarang buat dibuat itulah dibuatnya.

Contoh download aplikasi TikTok. Miela fikir Tiktok benda tak bagus tapi  sebenarnya banyak video menarik 😲 seperti tips bergambar, parody drama korea dan cara-cara memasak. Cuma masih belum terjebak lagi #DontRushChallenge 😂.

Bila PKP ni barulah ada masa nak layan cerita dekat Netflix, Viu dan Iflix kalau tak dulu memang takda masa. Sanggup subscribe 3 streaming ni untuk mengisi masa lapang yer. Sampai hangat telefon dok tengok movie

Dan paling kelakar sekali I jadi shopaholic online berjaya. Sampai 6 parcel terus order. Ada barang tu tak penting pun nak beli, tapi pergi beli jugak sebab gatal tangan tu. Hari-hari tunggu abang postmen sampai dak barang. Mungkin abang postmen dah masak kenal muka kami dapat barang tu. Itu pun ada barang tak sampai lagi 😆. Sekian story masa PKP hehe.

Tuesday, May 05, 2020

Shopee Haul : Herman 500ml Air Humidifier Essential Oil Diffuser

Musim PKP ni ramai memilih option membeli barang secara online. So Miela tak terkecuali "gatal tangan" beli barang dekat Shopee. Baru-baru ni Miela baru lepas beli Air Humidifier dekat Shopee yang berharga RM34.58 sahaja. Bagi Miela agak murah cuma kualiti belum tahu masa membeli.

Tungu punya tunggu tak ambil masa yang lama cuma dalam 3 hari akhirnya barang yang di order sudah sampai.


Menariknya Air Humidifier dia ada fungsi lampu. So Miela pilih yang colorful jadinya Air Humidifier boleh bertukar warna lampu. Kiranya item yang dibeli ada fungsi 2 in 1 dengan harga berbaloi boleh juga digunakan buat lampu tidur. Dia juga ada function untuk menukar warna lampu yang kita suka. Nak merah ke biru kuning semua ada.

 Versi lampu warna unggu

Yang bestnya plug Air Humidifier ni mengunakan plug Malaysia, so kalau korang nak beli tak perlu risau sebab pakai plug dia senang untuk korang hidupkan. Dari segi bentuk tak nampak murah, item yang diterima very function.


Yang menariknya walaupun murah Air Humidifier boleh set timer Air Mist dari 60 second sampai 180 second juga boleh set nak slow ke atau laju air mist ni. So rasa amat berbaloi beli item ni.


Jadi kalau korang nak beli Air Humidifier korang boleh klik link ni . If korang tekan link ni dah sold out korang boleh cuba beli kat kedai shopee lain sebab banyak jugak kedai lain jual benda ni. Itu sahaja untuk review barang Shopee kali ni. Insyallah ada barang best kat Shopee Miela review lagi hehe.


Saturday, May 02, 2020

Senarai Peserta Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela


Salam Ramadhan uolss. First of all Miela nak mintak maaf sebab lambat nak update senarai Peserta Segmen BlogList 2020 by Cik Miela. Ini pun curi-curi masa update blog hihi. Harap minggu depan free sikit nak berblogging.

Ini senarai peserta yang join. Sambil tu boleh blogwalking tambah kenalan baru

18. https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
19. https://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
20. https://inilampuhijau.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
21. https://www.aienienka.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
22. https://nurfatin-liyana.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
23. http://www.mamapipie.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
24. https://yamanaimy.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
25. https://cikguzim.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html?
26. https://www.vitaminkesihatansejagat.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
27. https://weolls.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
28. http://www.sayidahnapisah.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
29. https://www.faizzahamir.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
30. https://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
31. https://www.adianiez.com/2020/05/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html

p/s: Kalau ada nama terciri bagitahu yer. Anyway good untuk peserta yang join!