Aplikasi TikTok merupakan sosial media yang semakin trendy dan mendapat tempat hati penguna sosial media. Dengan logarithm video dipaparkan dalam FYP mengikut citarasa dan minat penguna boleh membuatkan orang  boleh menghabiskan masa  berjam-jam di aplikasi berkenaan. TikTok juga mampu menghasilkan ramai content creator newbie tanpa memerlukan populariti yang dikenali di sosial media lain. Siapa saja mampu menjadi content creator berjaya

Di sini Miela nak berkongsi tips cara nak masuk video dalam FYP yang memang pihak TikTok ada beri tips pada apps dalam bahagian Report a problem> Feedback and help > I want to grow my account 



1. Kenal pasti siapa audiens kita
Gunakan fungsi analytics pada video anda untuk mengenalkan pasti engangement dan video paling trendy dalam kandungan tiktok anda. Lihat juga siapa pengikut anda seperti like, video dan komen yang ada akaun tiktok anda. Anda boleh galakkan penguna memberi reaksi seperti komen, like atau share pada video tiktok anda untuk naikkan engagement .

Contoh analytics toll untuk creator account




2. Ikutserta cabaran dan hashtag yang sedang trending
Hashtag  trend adalah cara kreatif untuk mencari topik baru yang akan menjadikan kandungan anda terdedah kepada lebih banyak penonton. Menyertai cabaran juga membantu anda berepontensi untuk video anda naik di fyp. Anda boleh lihat cabaran dan hastag yang sedang trending pada bahagian discover.

contoh video sedang trend pada bahagian discover



3.Posting video secara berkala
Bersikap konsisten dan setiasa aktif dalam menyiarkan pada tiktok anda. Menyiarkan 3-5 video amat digalakkan setiap minggu terbukti berjaya untuk pertumbuhan yang stabil. Dan tips lain adalah menyediakan content konsisten sebagai contoh aundiens atau pengikut tiktok anda suka content anda memasak, banyakkan video tentang tips, cara dan aktiviti memasak anda


4. Berhubung dengan komuniti anda di luar TikTok
Jangan lupa untuk share video anda di luar Tiktok seperti facebook, whastapps, twitter atau instagram. Disetiap kali anda share di luar tiktok, feature sangat unik pada Tiktok iaitu setiap video akan ada nama pemilik video sendiri membuatkan pemilik tiktok mudah dikenali dan dicari dalam aplikasi tiktok



Jadi diharapkan tips yang diberikan akan membantu menaikkan semangat untuk menghasilkan kadungan yang menarik. Jangan lupa kalau sudi follow lah TikTok saya di akaun @salmilandia .

1 Comments