Swab Test dengan Rapid Antigen Test jenama Salixium
Baru-baru ni Miela ada memcuba Kit ujian kendiri jenama Salixium COVID-19 Rapid Antigen Test. Maklumlah sekarang kes covid tinggi, kebetulan memang terdedah risiko bila asyik ke tempat kerja so saya cuba insiatif buat ujian kendiri untuk kepuasan diri jugak supaya tidak menjadi penyebar jangkitan kepada orang lain. Memang test kit ni pun senang didapati di farmasi.
Miela dapatkan Rapid Antigen Test jenama Salixium di Siang Pharmacy secara walk in, itupun nak pergi ada cuba contact pihak farmasi ada ke tak jual disebabkan test kit agak cepat habis stock. Kebetulan masa saya beli tinggal 20pcs sahaja. Alhamdulilah ada rezeki nak memcuba test kit ni. Kalau sold jugak dekat farmasi boleh cuba beli di Lazada di link sini
Jenama Salixium antara diperakui oleh KKM
Satu kotak untuk satu test sahaja
Dalam test kit ada instruction, jangan risau arahan dia sangat mudah untuk difahami. Boleh jugak rujuk tutorial di youtube [sini] ataupun tiktok
Ada dua batang swab, satu untuk calitan hidung satu calitan dalam mulut
Alhamdulilah ujian saya buat negatif. Jangan lupa setiap kali ujian secara kenduri perlu laporkan dalam aplikasi my sejahtera. Mudah dan pantas, sesuai untuk digunakan untuk dapatkan keputusan segera. If korang buat ujian positif, korang wajib buat test sekali lagi dengan kaedah PCR. Test kit memang perlu ada di setiap rumah sekiranya ada simpton.
0 Comments