Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Saturday, October 31, 2015

Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe

Salam Readership. Eh bulan 10 takda entri lagi?? Ok hari ni Miela tambah entri baru dipenghujung bukan Oktober. Huhu susah betul nak curi masa nak update blog sekarang ni.



Ini minggu lepas punya cerita. Nasi 7 Benua dah lama Miela mengidam dari semester lepas. Tapi asyik-asyik plan tak jadi. Padahal Nasi 7 Benua ni dekat je dari USM, just 15 minit perjalanan. Bila dah ada bawa motor kat U, apa lagi bila ada masa free merempit terus ke restorant ni.

Punya gegeh lah balik dari Bukit Jambul dengan roomate, time tu dah macam nak hujan. Masa perjalanan tu hujan tiba-tiba nasib tak lebat, basah sikit je. Sampai sana, tengok-tengok ramai orang pulak. Kebetulan waktu tu, waktu tengah hari. No wonderlah ramai lunch kat situ. Ambik masa 30 minit juga beratur tunggu turn. Dan akhirnya penantian Nasi 7 benua...............


Ini Miela punya

Ini roomate punya

Harga Nasi 7 Benua sangatlah BERPATUTAN. Harga sepinggan Nasi 7 Benua bergantung kepada lauk yang kita ambil. Hari tu bayar sepinggan dapat RM6.50 kalau tak silap dapat lauk ayam goreng dan ikan bilis . Nasi dengan lauk dia memang sedap. Dok sebut-sebut Nasi 7 Benua, tahu tak apa jenih nasi dalam tu??.  Dalam Nasi 7 Benua ada 7 nasi iaitu nasi putih, nasi lemak, nasi tomato, nasi lamuni, nasi minyak, nasi kacang dan nasi hujan panas. 

Bagi yang nak merasa Nasi 7 Benua, mohon google atau waze ekk?? haha. Nasi 7 Benua terletak dekat Sungai Ara jalan ke Bayan Lepas, restorant dia tepi jalan sahaja. Nak cerita lebih-lebih, ceq tak tau nak terangkan macam mana. Boleh like juga di page Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe untuk maklumat lanjut.

Saturday, September 19, 2015

Ais krim kelapa Sangkaya

Salam Readership. Cuti hari Malaysia lepas, memang takda kelas. Nak buat assignment, minggu-minggu awal memang takda keja sangat pun. Queensbay antara mall paling dekat dengan USM, jadinya Miela menghabiskan cuti Malaysia disana kuikui.

Seperti biasa asal pergi Queensbay mesti nak tengok wayang. Lepas tempah tiket wayang ada masa lagi sejam setengah tu Miela decide dengan kawan pergi ke floor bawah sekali nak makan untuk alas perut gitu. Tetiba terjumpa satu kiosk, SANGKAYA. Rupa-rupanya depa jual aiskrim kelapa. Susah nak jumpa orang jual aiskrim kelapa ni. Bagi Miela agak rare jugak aiskrim kelapa ni.



Sebenarnya Sangkaya dah lama wujud dan femes, kami ja noob tak tau benda ni haha. Mungkin sebab sebelum ni Sangkaya kedainya wujud kat KL je, Penang takda pun. Tapi sekarang ni kat Penang pun dah ada. Sempat lagi Miela tanya kat orang yang jual aiskrim dah bukak berapa lama?. Dia kata baru je bukak. Tapi kat Queensbay dia bukak cuma 1 month trial after that dia akan bukak di Gurney Plaza Penang. So siapa yang dok dekat dengan Queensbay mai serbu cepat nanti dia pindah kat Gurney Plaza kempunan pulak nanti sebab jauh. Ala jauh sikit ja pun hehe.





Ini dua aiskrim yang kami order kat Sangkaya Queensbay. Dia ada jual 3 jenis Cone, Cup and Signature. Kami beli hat Signature 4 scops for 3 topping dengan harga RM10.50 kalau tak silap. Topping ada macam-macam jenis seperti kacang, coklat, jagung, kacang merah dan lain-lain. Aiskrim ni memang sedap sangat, plus bila kita makan aiskrim ni langsung tak rasa dahaga. Selalu makan aiskrim dahaga balik, tapi aiskrim Sangkaya memang best. Rasa aiskrim sangat sedap dan tidak terlalu manis.

Siapa yang duduk dekat Queensbay mai pekena aiskrim Sangkaya. Kedai dia terletak di floor bawah sekali, sebelah kedai roti and berdekatan dengan koisk djual dorayaki dan sushi. Sangkaya di Queensbay buka sebulan je lepas tu nanti dia pindah kat Gurney Plaza. 

Check Sangkaya out on :
Facebook : Sangkaya
Twitter: @sangkaya _my
Instagram: sangkayacreamery

Friday, July 24, 2015

Laksa Ketam Kuala Kurau

Salam Readership. Salam Syawal. Alhamdulilah dah seminggu kita beraya. Belum sempat nak update tentang entry raya Miela dah excited cerita tentang petang tadi hehheh. Entry raya tu next entry, later on la.

Alkisahnya fenomena laksa ketam Kuala Kurau ketam masih ramai belum tau lagi. Cuma dengar khabar angin ada laksa ketam kat Kampung Nelayan Kuala Kurau, Perak. Dan semalam juga nampak kawan post gambar laksa ketam sesama. Apalagi Miela ws kawan ajak makan laksa ketam. Maka petang tadi dapat merealsasikan kempunan nak makan laksa ketam. Miela memang suka makan laksa, ketam pun suka jugak. Laksa campoq ketam lagi bertambah sukalah. 

Laksa ketam yang menyelerakan

Mula-mula ingat laksa ni special cuma ketamnya je. Ingat bajet laksa rasa biasa ja. Tapi sekali rasa laksa dia, perghhh sedap gila. Kuah laksa sedap sangat, tak terlalu pekat dan tak terlalu cair gitu. Dari segi harga dia jangan terkejut ya, harga sepinggan laksa ketam hanya RM9.00 SAHAJA. Sekali pakej bagi ayaq masak free lagi. 

Manakala tempat pula terletak di Kampung Nelayan Kuala Kurau. Landmark dekat bawah jambatan Kuala Gula. Kat bawah tu ada signboard kecik nak ke warung laksa ketam Kampung Nelayan. Kedai dia terletak dalam Kampung Nelayan. Alah susah apa, waze kan adooo. Memadangkan Miela pun duduk di Kuala Kurau kurang 10 minit nak pergi sana. Hoho hari-hari boleh pergi gamaknya lepas dah tau laksa ketam ni kat mana.


Tadi sempat jugak tanya makcik yang jual laksa ketam. Katanya dia bukak setiap hari time petang. Tapi bergantung jugak, kekadang cuti tetiba hampa mai dia katop hmm takda rezeki nak makan. Tapi Laksa ketam Kuala Kurau sangat berbaloi untuk hampa try, dihidangkan dengan ketam fresh dari laut. Kuala Kurau memang kaya seafood fresh ni. Tengok sahaja kawasan sekeliling betul-betul dekat dengan laut. Jangan lupa jika singgah Kuala Kurau jangan lupa rasa laksa ketam okayyyy.