Thursday, May 24, 2012

Sebelum pergi Matrik



Excited dan sedih pun ada dalam perasaan sekarang nie. Ketika Cik Miela menulis entri nie, baju-baju dah siap packing lebih kurang 5% je persiapan perlu disiapkan sebelum pergi ke belajar balik. Sebut pasal belajar balik, hehe sebenarnya otak nie dah berkarat. Lama sungguh tak belajar, rindu sesangat. So pergi kuliah nanti kena buka minda, bukan macam SPM boleh main-main [hehe besalah dulu budak bawah umur] :P].

Surat cinta dari Matrik

So far, urusan isi borang, bayar yuran dan beli barang dah siap. Lebih kurang tiga minggu nak siap semua benda nie. Urusan di kaunselingkan pun dah buat,hihi. Kenapa?, ini kerana time tu memang tak yakin nak pergi matrik. Matrik nie pilihan terakhir, sebab Cik Miela tak dapat sebarang tawaran U. Dan Cik Miela pergi sekolah minggu lepas. Cik Miela jumpa Cikgu N, beliau banyak bagi nasihat dan suruh pergi Matrik. Beliau kata kalau dapat matrik rugi tak pergi. Dan Cikgu Shafian [My favourite teacher hahaha] pun kata kalau ambil akaun nie kena kuat sikit al makmlumlah Cik Miela zero tentang akaun. Bagi Cik Miela tak ada benda yang senang meskipun makan nasi, semua bermula dengan belajar. Ok Cik Miela fighting2 yeah.


Urusan reunion pun dah selesai jugak. Last week Cik Miela jumpa dengan my besfriend. Macam biasa tempat reunion kt KFC[bajet giler]. Punya lama kami menapak kt KFC dari pukul 1.30 ptg sampai pukul 4 ptg. Macam2 kami sembangkan dan aktivit wajib tangkap gambar, hahahaha. Tapi time reunion geram giler kat seseorang tu, ada kah patut dye bocorkan my secret. Hish tak patut, mau TABOH budak tu. Nasib baik tak semua dia cerita, takpe ada ada lori ada bas, ada hari boleh balas, hehe. Apa-apa pun Cik Miela tetap akan ingat dan sentiasa merindui kawan-kawan baik semua walaupun jauh di perantauan,hihi.

Terima kasih kakak KFC tolong tangkap gambar kami berlima. ==" maaf gambar seseorang dalam petak tu dicropkan atas masalah teknikal :P.

Sabtu nie pula akad nikah my cousin dan ahad tu pula majlis perkhawinan cousin kt Hotel Exzora. Ayoo padat sungguhid. Hari ahad start 8 malam ada majlis sampai pukul 11 malam sedangkan keesokan pula pergi matrik ==". Lawak pula bila menjelang majlis kawin my cousin, heh bukan apa. Tetiba termimpi saya yang kawin yang siap pakai dress lagi tapi hero dalam mimpi tu tak nampak lak. Haha siapa la tu adakah Shahir? hahahaha, whatever la Cik Miela mana boleh kawin lagi kalau masuk Matrik sebab dalam surat perjanjian masa study takleh kawin. Kalau nak rasa kena buang dari Matrik, kawinlah cepat-cepat, huahuahahaha.


Sekarang sudah perenggan kelima, hmm dah macam tak idea nak tulis. Opss jangan tulis merapu nanti ada yang boring nak baca entri nie. Sebagai penutup Cik Miela tempek gambar my pic kat bawah nie. Insyaallah kalau ada masa nak udpdate blog masa kat matrik [sempat ker nak update blog di Matrik?], Cik Miela update. Cik Miela sayang sesangat blog nie tau.


Nota tapak kaki: Akan pergi ke Matrik gopeng, siapa pergi??

Disneyland di Malaysia


Hehe semalam dapat story bahawa tak lama lagi Disneyland kan di bina di tempat negeriku iaitu Perak. Wow tak sangka, selama nie kecik-kecik berangan nak pergi Disneyland. Akhirnya tak payah nak kumpul duit nak pergi luar negara semata-mata Disneyland. Setakat Ipoh apalah sangat, macam jiran aku jer,hahahahaha. Dengar cite siap pada tahun 2014, bermakna umur Cik Miela masa tu 20 tahun. Harap-harap panjang umur boleh melawat Disneyland. Boleh la ku bawa kereta sendiri pergi Disneyland, haha daebak. Nak tahu lebih lanjut?. Ni dye story pasal Disneyland, credit to mummynemo.com

SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.

Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu ‘fantasy forest’, ‘wacky world’, ‘pirates cove’, ‘lost canyon’ dan ‘pixel planet’, selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.

“Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.

Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa.

Katanya, hotel itu yang kini 20 peratus siap meliputi bangunan hotel setinggi 12 tingkat, dua bangunan komersial sembilan tingkat dan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).

PCB memiliki Hotel Casuarina Ipoh di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, tetapi menjualnya kepada Impiana Hotel Ipoh Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM44 juta pada 2009 dan kini dikenali sebagai Hotel Impiana Ipoh.

Nota: Baca dah?. gempak kan?. Harap-harap jadilah.

Friday, May 18, 2012

Running Man

Annyeonghaseyo. Hehe secara tetiba tekeluar perkataan korea. Kisah hari ini ialah kisah lelaki belari. Kalau korea fans mesti tahu apa itu Running Man, tapi kalau bukan fans memang tertanya-tanya ada apa dengan lelaki berlari?. Untuk pegetahuan korang, Running Man adalah variety show paling popular di korea. Memang daebak cite Running Man ni. Siapa yang tengok Running Man pasti gelak, kalau tak gelak sila berjumpa dengan doktor pakir sakit jiwa yer :P.

Bagaimana Cik Miela boleh terjebak dengan Running Man?. Of course la copy cite dari kawan-kawan. Dan bila dah terjebak, kalau tak sabar nak dapat episode Running Man yang baru, mesti download kat Kshow.net. Sekarang nie pun sudah ada 84 koleksi cite Running Man yang dikumpul. Ok, for info Running Man ada 7 orang ahli. Dulu sebenarnya ada 9 orang. Tapi Lizzy dan Song Jong ki oppa [My BF,haha] dah keluar dari Running Man sebab sibuk dengan kerja masing-masing. Dan inilah 7 orang ahli Running Man masih kekal:

Atas: Kim Jong Kok, Yoo Jae Suk, Gary

Tengah: Jin Suk Jin, Lee Kwang Soo, Song Ji ho

Bawah: Lizzy, Song Jong Ki, Haha


Yu Jae-suk: Merupakan Main Mc dalam Running Man. Dikenali sebagai Yu-ruce Willis, Yu-mes Bond dan Grasshopper. Yoo Jae Suk sangat daebak pada episode 91, kerana dia telah berjaya eliminate semua ahli running dengan mengunakan pistol air buat kali kedua setelah pada episode 38 dia berjaya eliminate ahli Running Man dengan cara yang sama.

Yoo Jae Suk ni ada iras-iras dengan my exclassmate.


Kim Jong Kok: Ahli Running Man paling kuat dikenali sebagai Sparta Kok,Commender dan Tiger. Ini kerana KJK sangat cekap menangkap peserta Running Man yang lain. Terbukti pada episode 19, dengan senang-senang je dia berjaya tangkap semua ahli Running Man. Tapi bila orang sebut Yoon Eun-hye, muka KJK jadi merah tetiba,hahaha.


Ji Suk Jin: Big Nose Hyung antara perserta paling lemah dalam Running Man. Orang first selalu ditangkap tak lain tak bukan Ji Suk Jin. Namun, dalam episode 79 Jin Suk Jin telah berjaya menunjukan kehebatannya sebagai main character dalam episode Sherlock Holmes walaupun fail ditangkap oleh Kim Jong Kok dan Sing Ji Ho.


Haha: Dikenali sebgai Haroro sempena kartun favouritenya Pororo. Selalu kalau jumpa mana-mana guest perempuan yang cantik, pasti sebut Saranghae. Haha paling best dalam episode 87. Dalam episode tu dia merupakan hero dan Han Ga In heroin. Ha Ga In tercari-cari siapakah first love masa kecil dan Harorolah orangnya.

Haroro


Song Ji Ho: Merupakan ahli Running Men perempuan dikenali sebagai ace kerana kecekapan dia sebagai penangkap setaraf dengan Kim Jong Kok. Terbukti dalam episode 21, Song Ji Ho bersama Kim Jong Kok menangkap ahli-ahli Running Man dengan jayanya. Song Ji Hyo juga dikenali sebagai Miss Mong kerana keblurannya.


Gary: Sangat mudah ditipu oleh pihak lawan. Namun naive Gary juga pernah menang dua kali dalam special race dan berjaya merangkul gelaran 1th & 2th generation strogest Running Man. Pada episode 74 Garry berjaya dalam special race dan sebagai hadiahnya Gary dapat trip to Europe.


Lee Kwang So: Kwang-vatar dan Giraffe merupakan gelaran buat Kwang So.Selalu dibulI oleh ahli Running Man yang lain mungkin sebab dia paling muda kot dalam Running Man. Paling daebak Kwang Soo pernah lakukan dalam episode Running Man ialah episode 92. Kwang Soo battle dengan Haha. Dan Kwang Soo menang sekali gus mengubah sebagai gelaran perseta Running Man paling lemah dan gelaran tersebut berpindah kepada Haha.

Hesem kan Kwang Soo?hehe


Huh penat cerita kat korang tentang Running Man. Berperah otak dibuatnya untuk menulis entri nie. Semoga korang terhibur dengan entri ni


Nota tapak kaki: Bilalah Running Man nak datang ke Malaysia.