Sunday, June 05, 2016

Ladya Shops lauching TUDUNG pulak!!

Salam Readership. Alhamdulilah baru sampai USM setelah seminggu cuti sempena study week. Before nak start study ni, Miela nak promo sedikit product terbaru yang dikeluarkan oleh Ladya Shops. Untuk julung kalinya Ladya Shop keluarkan product tudung pulak. Hehe meh tengok gambar dulu.

Maroon


Purple

Sky Blue

dan warna lain-lain boleh di link di ini

Oh yaa lupa pulak nak memperkenalkan nama tudung ni. Ini Bawal Naurah. Dengan material Aritachi yang tampilkan ini membuatkan peminat tudung bawal dah tak cari yang lain tau. Ia terdapat dalam size bidang 55 dan 60 dalam harga yang sama RM35 sahaja tidak termasuk postage.


Apa KELEBIHAN tudung Naurah ini?? 


1) Mudah dibentuk apabila digayakan

2) Meterial Aritachi No 1 yang lembut dan tidak jarang

3) Tidak licin apabila digayakan

4) Mudah iron dan tidak mudah kedut


Kalau berminat boleh terus ke page Ladya Shop atau whatsapp untuk direct oder di 017-4501800

Thursday, June 02, 2016

BBQ di Tasik Fajar



Salam Readership. Eh update pasal makan lagi?. Haha nasib lah kuat makan tapi badan masih kurus lagi. Huhu. Ok kalau hujung-hujung sem ni selalu makan dinner kat hotel. Tapi Miela pula lain ceritanya. Tak mampu uolzz. Kite bbq hujung sem dengan kawan-kawan. Best paaa bbq ni, dapat mengeratkan silaturahim. Dari awal-awal beli barang sampai dok bakaq ayam. Masa tu hampa boleh detect sapa yang tak reti masak muahahaha.

Kalau ikut semester ni ada 3 tak silap bbq Mila join, tapi nak cerita dua ja. Sebab yang first dah lama, buat awal semester. Yang dua ni buat hujung semester, masih baru lagi dalam 2 minggu ja. Kami selalu buat bbq kat Tasik Fajar dekat dengan Desasiswa Fajar Harapan. Nama lain panggil tasik bewak, sebab kat tasik tu banyak bewak hahaha.


Yang ni bbq Kluster Air. Bbq hat ni Miela anjurkan sebab nak hargai anak-anak buah dah bertungkus-lumus melaksanakan projek kluster sekali gus nak meraikan Miela yang bersara sebagai ketua kluster muahahhahaha. Miela yang anjur, depa banyak buat kerja perap dan bakaq ayam bbq semua. Nak berehat kononnya, yelah selama satu sidang macam-macam Miela sebagai ketua nak menghadap karenah anak buah ni. Ingat senang ka ketua weiiiiiiii, tapi best sebab boleh kenal ramai orang huhu.

Pulun depa bakaq. Tapi serious ayam depa perap sedap sebab depa pakai bahan blended

Anak buah lagi besaq dari hakak ni. Haha

Thanks for everyone who coming to BBQ event

Ok untuk next stroy, event bbq Kampus Sejahtera. Tujuan bbq ni dibuat untuk meraikan MT lama dan MT baru. So tiap tahun MT baru ni kena buli sikit kena prepare untuk bbq untuk MT lama. Tapi masalahnya Miela MT lama dan MT baru next sidang haha. Tapi takpa tahun lepas bbq, Miela balik kampung awal memang tak kena dua kali keja prepare bbq kat MT lama.




Bbq hat ni meriah sikit. Sebab tetamu hampir 100 orang jugak. Makanya tukang prepare ayam bbq banyak buat kerja, huhu.  Ayam pulak hampir 20 ekoq dibakar okay. Banyak tuu.

Geng cuci ayam

Bbq ni dari petang sampai malam okay

Kampus Sejahtera Family

The last, Miela sangat enjoy kedua-dua bbq ni. Sampai dah muak makan ayam bbq ni, huhu. Miela lebih suka acara makan bbq daripada majlis dinner. Even kena tahan bahang api bakar, bau asap, basuh ayam dan perap ayam semua tu tapi dari situ kita build memory dan menambah erat hubungan silaturahim dalam menjayakan majlis makan-makan ni. Yang penting save cost tak perlu bayar fee mahal-mahal.