Thursday, October 27, 2016

Beli buku di BookCafe

Salam Readership. Hari ni nak cerita pengalaman beli buku online dekat BookCafe. Kali ni sudah termasuk kali ketiga beli buku di BookCafe. BookCafe banyak jual buku-buku pelbagai tajuk dalam Bahasa Melayu. Selalu kalau nak buat assignment minor pengajian Islam kekadang cari buku kat library salu takde. Jadi Miela prefer beli buku kat BookCafe sebab murah senang nak cari. Contoh nak cari buku pasal munakahat, tekan search dah jumpa macam-macam tajuk.


Macam last order dengan BookCafe minggu lepas, Miela beli 3 buku dengan harga diskaun yang sangat berpatutan. Bayangkan harga asal buku tu RM45 tapi boleh dapat dalam RM22.50. Paling murah buku mila beli RM2.40. Murah kan??

Barang dah sampai

Tiga buku yang dah sampai

Delivery memang cepat. Order hari Jumaat sampai buku hari Isnin. Jadi tak perlu tunggu lama sebab buku readystock. Macam tak percaya tiga buku ni dapat harga bawah RM50. So sesiapa nak beli buku-buku bahasa Melayu especially buku keagamaan BookCafe tempatnya dengan diskaun sangat berpatutan. 
BookCafe
Facebook : Bookafe.com.my
Twitter: @kedaibookcafe

Tuesday, October 25, 2016

Trip Ke Pulau Pangkor Part 2

Salam Readership. Entri lepas dah cerita tentang macam mana kitorang pergi ke Pulau Pangkor dan aktiviti hari pertama. Tak sempat baca, boleh baca entri Trip ke Pulau Pangkor Part 1. Untuk entri kali ni nak story tentang hari kedua dan hari ketiga.

Second Day
Hari kedua ni kami banyak buat aktiviti laut. Pagi-pagi dalam pukul 8 dah bertolak nak pergi pantai ni. Kalau lambat-lambat nanti panas nak main-main ayaq laut ni. Plus ayaq pasang. Better pergi awal. Untuk sarapan pagi, kami makan free je sebab pakej en suhami RM150 tu termasuk dengan sarapan pagi. Tapi yang ni je sarapan free, esok sarapan makan asing-asing.

Get ready untuk snorkeling

Aktiviti pantai pertama ialah snorkeling. Tak ingat dah snorkeling belah mana. Snorkeling sebenarnya kena pandai berenang takpun kena biasakan dengan ayaq laut dulu. Jangan jadi macam kami masuk laut dah gelabah tak pandai berenang padahal ada ja jaket berenang. Sebab tempat snorkeling banyak batu-batu so kena berhati-hati sikit snorkeling kat situ supaya tak cedera.

Lepas habis snorkeling round island naik bot

Habis snorkeling kitaorang main banana bot. Ni pun tak ingat berapa, sorang kepala RM10 kot. Dapat main satu benda sebenarnya selebihnya main mandi pantai kat laut huhu. Serious best, memang lupa pasal study apa semua ni.

Aktiviti petang pusing island naik kereta sewa. Tengok-tengok mana tempat kami tak lalu lagi. Lalu singgah kat kilang Pak Su. Kilang tu proses hasil laut kemudian banyaklah produk beliau hasilkan seperti sotong kering, keropok ikan, sate ikan dan lain-lain. Recommended especially orang melayu nak dapatkan product makan laut kering yang halal. Kalau untung sabut boleh tengok proses macam mana produt beliau dihasilkan.

Kat kedai Pak Su
Kemudian kitorang lepak-lepak kat pantai lagi tapi nak menikmati pemandangan matahari terbenam gitu. Sambil tu dapat merasai naik kuda dekat tepi pantai. Then malam barulah cari-cari makan.

Naik kuda tepi laut

Third Day
Yang third day pulak takde gambaq. Dah cerita entri sebelum ni phone rosak so banyak gambaq hilang. Walaupun gambaq takde, kenangan tentang terpalit dalam memori, gituuuu kauu. Third day tak banyak sangat aktiviti sebenarnya. Pagi-pagi tu cuma shopping souvenir yang tak cukup lagi kemudian singgah muzium Pulau Pangkor. Masuk muzium free okay, haruslah kena pergi dok syiok jalan tapi sejarah tempat tak tau. Lepas zohor barulah kami bertolak balik dan sampai USMnya malam.


Pulau Pangkor boleh dijadikan percutian bajet. Miela spent duit pergi pulau pangkor dalam bawah RM400, so memang berbaloi. Walaupun Pulau Pangkor dekat perak dengan bangga nak habaq Miela orang perak memang nilah first time pergi Pulau Pangkor huhu. Diharapakan pengalaman yang Miela ceritakan ni bolehlah dijadikan untuk korang yang nak pergi ke Pulau Pangkor.