Apa yang best makanan di CU Mart??
Salam Readership uolss. Dulu kan famous family mart sekarang ada ni CU Mart dah buka banyak cawangan 1 Malaysia. Peminat makanan korea wajib cuba makanan yang ada dekat CU Mart. Bolehlah hampa berangan makan macam drama korea tu hiks.
Miela memang banyak share makanan yang Miela cuba dekat CU Mart dekat ig story, sebab ramai sangat tanya kat CU Mart apa yang sedap, meh Miela listkan makanan CU Mart wajib hampa cuba
Antara makanan CU mart wajib cuba:
1.Tteobokki
Ada 2 jenis rose dan spicy. Taknak pedas boleh ambik rose (rasa cheese) atau nak pedas boleh try spicy. Lagi sedap makan hat yang baru masak. Paling best mintak request spicy letak cheese, memang umphh
2. Ramen
Ramen boleh cuba shin ramen dan jenama samyang . Yang tu trusted, halal dan sedap. Boleh cook kat kedai, ada allumnium foil charge RM 1. Yang baru-baru ni try ramen warna oren, memang sedap.
3. Bingsu
Bingsu macam ni ais kacang tapi lebih cream sbb ais dia bersusu just Rm5.99, sumpah sedap boleh cuba perisa peanut butter, chocolate dan goguma
4. Delaffe Coffee
Coffee yang jual dalam paket perisa paling best hazelnut coffee dan sweet americano. Beli ais sekali dalam cup dan tuang feelling macam korean gitu
5. Ice cream
Yang ni tak pasti ada season ke tak, sekarang ada perisa mint satu lagi kalau tak suka mint boleh cuba yang putih injeolmi tu lebih rasa kepada soya. Ice cream dia best tak manis sangat.
6. Jjinbbang (Pau Korea)
Kalau beli voucher kat shopee Rm1.50 je. Makan 1 je dah kenyang, paling sedap Spicy Chicken yang kaler kuning. Rugi tak cuba
8. Gimbap
Gimbap kat CU mart memang berbaloi beli ada lebih kurang 10 bijik gimbap dan potong just RM8 something je. Dia ada macam-macam jenis tuna, beef, kimchi. Kalau I memang suka buldak gimbap sedap tapi pedas sikit
Nak dapat harga jimat beli makanan CU Mart rajin-rajin beli voucher dekat shopee ni >>https://shp.ee/dj67kx9
4 Comments
alah, dekat utara tak ada cu, ada family mart aje.
ReplyDeletekat penang sekarang dah banyak
DeleteWah, banyak yang menarik.
ReplyDeleteMenarik. Tapi sini takde pulak CU Mart.
ReplyDelete