Thursday, November 10, 2016

Cendol Sungai Ara Pulau Pinang (Cendoldotcom)

Salam Readership. Selalu betul nak update pasal food hunting. So final year lagi kerap aktiviti food hunting. Kali ni Miela nak review cendol sedap dekat Sungai Ara ni. Sebelum ni memang cendol ni femes dalam facebook. Oh ya sebenarnya Cendol Sungai Ara ni bukan jual cendol je tapi juga ABC tapi menu yang femes adalah cendol. Antara menu depa tawarkan:

-ABC Pulut
-ABC Tapai
-ABC Oreo
-ABC Milo
-ABC Special
-ABC Aiskrim 
-ABC Cocktail
-CENDOL Aiskrim 
-CENDOL Cocktail
-CENDOL Mangga
-CENDOL Pulut Mangga
-CENDOL Durian

dan lain-lain



Banyak kan menu-menu yang menarik?. Semuanya nampak sedap. Bila kami dah tahu dalam facebook ni apalagi memang kami cari tempat ni. Mudah ja nak cari tempat dia. Betul-betul depan Pearl Garden Condo sebelah jalan je. 

Lokasi cendol sungai ara

Menu yang kami pilih

Kami pilih menu Cendol Special campur coco crunch RM4.00 dengan ABC Oreo RM4.00. Untuk cendol memamg sedap giler baq hang. Cendol siap ada coco cruch rasa ranggup bila makan. Kombinasi patut korang try. ABC Oreo pulak RM4.00 tapi serious banyak gila. Boleh kongsi dua orang sebenarnya. Kembung perut makan benda alah ni, seriously sebab banyak. Memang berbaloi juga harganya.

Cendol special coco cruch

ABC Oreo
Untuk merasai kesedapan cendol dan ABC dekat Sungai Ara, Pulau Pinang boleh pergi ke berhampiran Pearl Garden Condo, Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas, Penang (waze Pearl Garden Condo). Cendoldotcom bukak dari 1.30 pagi - 6.30 petang dan cuti pada hari isnin. Maklumat lanjut boleh ke facebook cendoldotcom okay.

Saturday, November 05, 2016

Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias dimasukan hospital


Salam Readership. Pagi tadi dikejutkan dengan berita Ustaz Kazim dimasukukan di hospital swasta disebabkan masalah kesihatan. Miela agak terkejut juga sebab semalam baru sahaja tengok ustaz Kazim ceramah dekat DTSP Universiti Sains Malaysia yang bertajuk "Dosa Diviralkan".

Tiket ceramah semalam

Throwback kisah semalam. Agak penuh dewan DTSP semalam. Yelah sapa tak kenal ustaz Kazim kan. Ramai berpunsu pergi ceramah walaupun bukan student usm.  Pada awal ceramah ustaz Kazim memang nampak tak sihat jugak laa. Tapi bila dipertengahan ceramah beliau nampak beliau masih bersemangat nak sampaikan ceramah semalam. Ceramah beliau memang best, asyik gelak je. Ceramah beliau sampaikan agak santai. 



Tuptup pagi tadi beliau masuk hospital. Agak kesian juga walaupun tak sihat semalam tapi masih bersemangat bagi ceramah untuk kami. Terima kasih atas ilmu yang disampaikan semalam. Perasan jugak masuk hospital masih pakai baju ceramah yang semalam. Jadi marilah kita bersama-sama doakan kesejahteraan ustaz Kazim. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada ustaz kazim. Amin.....