Cendol Sungai Ara Pulau Pinang (Cendoldotcom)
Salam Readership. Selalu betul nak update pasal food hunting. So final year lagi kerap aktiviti food hunting. Kali ni Miela nak review cendol sedap dekat Sungai Ara ni. Sebelum ni memang cendol ni femes dalam facebook. Oh ya sebenarnya Cendol Sungai Ara ni bukan jual cendol je tapi juga ABC tapi menu yang femes adalah cendol. Antara menu depa tawarkan:
-ABC Pulut
-ABC Tapai
-ABC Oreo
-ABC Milo
-ABC Special
-ABC Aiskrim
-ABC Cocktail
-CENDOL Aiskrim
-CENDOL Cocktail
-CENDOL Mangga
-CENDOL Pulut Mangga
-CENDOL Durian
dan lain-lain
Banyak kan menu-menu yang menarik?. Semuanya nampak sedap. Bila kami dah tahu dalam facebook ni apalagi memang kami cari tempat ni. Mudah ja nak cari tempat dia. Betul-betul depan Pearl Garden Condo sebelah jalan je.
Lokasi cendol sungai ara |
Menu yang kami pilih |
Kami pilih menu Cendol Special campur coco crunch RM4.00 dengan ABC Oreo RM4.00. Untuk cendol memamg sedap giler baq hang. Cendol siap ada coco cruch rasa ranggup bila makan. Kombinasi patut korang try. ABC Oreo pulak RM4.00 tapi serious banyak gila. Boleh kongsi dua orang sebenarnya. Kembung perut makan benda alah ni, seriously sebab banyak. Memang berbaloi juga harganya.
Cendol special coco cruch |
ABC Oreo |
Untuk merasai kesedapan cendol dan ABC dekat Sungai Ara, Pulau Pinang boleh pergi ke berhampiran Pearl Garden Condo, Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas, Penang (waze Pearl Garden Condo). Cendoldotcom bukak dari 1.30 pagi - 6.30 petang dan cuti pada hari isnin. Maklumat lanjut boleh ke facebook cendoldotcom okay.
4 Comments
Laa akak selalu sgt lalu kot tu..patut laa ramai org..nanti bleh ler singgah
ReplyDeletejangan lupa singgah kak.. mmg sedap
DeleteSemua nampak sedap ;( . Kalau pekena time2 tekak tengah kering best ni. BTw done follow awk. Jemput ke blog kita :)
ReplyDeletehmm.. sedapnya kak..terliuq lah
ReplyDeletenana dah follow sini,jomlah datang ke blog nana
nfhuzairi.blogspot.com