Saturday, September 25, 2010

cerpen :Qaseh (sri 2)

Seminggu kemudian….


            “Hari ini kita ada kejutan. Seorang pelajar kelas ini telah  memecah rekod yang selama ini tempat pertama yang selalu dipegang oleh Fazura kini telah dirampas oleh Qaseh. Tahniah Qaseh”puji Cikgu Jamilah juga seorang guru kelas  dan juga guru yang turut mengajar subjek sejarah.

            Semua pelajar dikelas itu menberi tepukan gemuruh kepada Qaseh.  Mereka saling mengucapkan tahniah keapada Qaseh. Mereka sungguh kagum dengan kejayaan Qaseh.


             Namun ada sepasang mata mejeling tepat ke arah Qaseh . Rupa-rupanya Fazura yang mempunyai perasaan ketidakpuas hati terhadapnya.Jika sebelum ini Fazura sering  mendapat nombor satu. Tiada sesiapa  sebelum ini mampu mengugat kedudukan Fazura. Malah Fazura juga pelajar harapan bagi SPM Sekolah Sri Bangsar .Kali ini kehadiran Qaseh mencabar kedudukanya sebagai pelajar yang menjadi harapan guru dan sekolah.

            “Aku kena berbuat sesuatu. Budak tu telah memalukan aku. Tunggulah nanti” getus hati Fazura. Perasaan dendam mula bertunas dalam jiwa, semakin hari semakin menbara. Ditambah lagi dengan senyuman milik gadis bernama Qaseh ini.

No comments:

Post a Comment