Tuesday, June 21, 2011


Twitter dan facebook manakah pilihan korang??Dua laman sosial paling popular menjdai kegunaan masyarakat kini. wah ayat macam nak tulis karangan je. Kali ni Cik Miela nak story pasal dua benda alah nie. Cer story


Facebook

Facebook dari dulu sampai kini still popular. Cuma sekarang nie makin suram sikit. Di barat ramai dah tutup akaun facebook kononnya dah jemu dengan facebook selain bimbang keselamatan di internet. Cuma kat Malaysia nie, masyarakat kat sini masih lagi gilakan facebook. Kalau orang barat tak guna facebook, silap facebook tu jadi milik Malaysia hahaha. Adakah nasib Facebook senasib dengan myspace, friendsiter dan tagged?entahla. Facebook ni sebenarnya best jugak sebab ada game seperti Farmville, jadi orang yang tak dak ladang bolehlah berangan-rangan ada ladang besar melalui game Farmville di Facebook. Selain itu, Facebook juga kita boleh upload gambar,video, share link dan buat note. Lagipun facebook nie senang sikit guna daripada twitter yang agak complicated.


Twitter

Ramai artis guna twitter. Mungkin sebab itulah ramai orang buat akaun twitter. Twitter fungsi dia tak banyak cuma tweet,massage dan retweet. Cikit-cikit pun fungsi dia, twitter tak dak limit friend macam facebook yang hanya boleh friend 5000 je. Twitter makin hari makin popular. Kalau twitter ada game, lagi best. Game saja Cik Miela ni. Lagipun Twitter tak lambat loading la, rasanya. Layout twitter pun kita edit sendiri macam blog jugak.Layout je bukan template. Nak tweet pun ada limit, berapa yea?tak ingat la tu. Korang fikirlah sendiri.


Kesimpulan; Sebenarnya dua-dua pun best. So kalau rajin buat la akaun facebookdan twitter. Zaman moden nie, budak-budak pun ada laman sosial sendri. But, blog la dari dulu sampai sekarang tetap best, bahkan semakin ramai buat blog.

No comments:

Post a Comment