Showing posts with label tahu tak??. Show all posts
Showing posts with label tahu tak??. Show all posts

Wednesday, March 07, 2012

Jom sign up Octove




Tahukah anda apa itu Octove?. Aaa sejenis sotong mungkin?. Teeetttttt, salah. Sebenarnya Octave bukan sejenis sotong tapi sejenis lama sosial macam facebook dan twitter. Tapi sesuai dengan tangline We are different, memang banyak kelainannya sebab banyak fungsi boleh dikatakan semua fungsi twitter, skype, facebook, youtube, blog dan yahoo semua ada dalam Octove. Tahukah anda Octove ni Malaysia yang buat tau, dengar cerita ramai dah buka akaun nie, Oh betul ke?

Ooo best ke?. Best ke tak best belakang kira, padahal cik miela tak tahu pun best ke tak sebab baru beberapa jam buat octove ni. Tapi macam best, kalau nak rasa best ke tak korang sing up kat Octove ni. Kalau malas sangat nak taip email and password bila sign up guna je facebook, senang sekali dia update gambar profile sama ngan facebook. Cubalah dan alaminya sendiri (ececeh macam kenal je ayat tu)


Jangan lupa add cik miela as friend dalam octove ni. Just add http://www.octove.com/SalmilaNadia


Sunday, February 26, 2012

Banjaran Titiwangsa yang panjang

Hari ni cik miela nak jadi cikgu geografi pulak (ececeh bila tulis blog macam-macam nak jadi cikgulah,usztazahlah pengkritiklah). Dah dah, mari semua kita belajar mengenai banjaran titiwangsa.

Anda tahu mengenai banjaran titiwangsa?. Tahu.. banjaran gunung paling panjang di Malaysia. Yaa jawapan tepat sekali, sepuluh markah diberi,hehe. Banjaran ini panjangnya ialah 480km, fuhh jauhnya. Jaraknya lebih kurang dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang Johor. Banjaran titwangsa a.k.a tulang belakang Semenanjung Malaysia. Malaysia pun ada tulang belakang ke?.

Selain itu banjaran ni menjadi pemisah antara dataran pantai barat dengan dataran pantai timur Semenajung Malaysia. Gunung paling tinggi dekat bajaran ni adalah Gunung Korbu (2183m). Ada tiga pusat peranginan dalam banjaran ni, agak-agak pusat peranginan apa?. Jangan dok merapu yaa, sebenarnya pusat peranginannya ialah Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser. Kawasan seperti ni memang ramai yang datang, sebab kawasanya berhawa sederhana.

Sekarang sudah tahu mengenai Banjaran Titiwangsa?. Sudah... . Sekurang-kurangnya boleh jugak korang tambah ilimu bila baca entri ni. Rupa-rupanya Banjaran Titiwangsa panjang jugak yea. Nak toup ilmu lagi pasal banjaran titiwangsa sila klik sini

Wednesday, February 15, 2012

Cerita sekolahku: Info mengenai SMK SRI KURAU




Korang mesti setuju dengan pendapat cik miela, 99.9% pelajar lepasan SPM 2011 amat rindukan akan zaman persekolahannya. 00.1% tu yang tak de perasaan terhadap sekolah, mungkin time dia sekolah suka ponteng sekolah kali?,hahaha. Dah 2 bulan lebih cik miela tinggalkan alam persekolahan, rindu terhadap sekolah masih ada lagi. Rasanya zaman persekolahan adalah zaman paling manis dalam hidup. Cik Miela hari ini dengan bangga nak cerita tentang sekolah lama Cik Miela iaitu SMK SRI KURAU, BAGAN SERAI, PERAK.

"Tak pernah dengan pun?". Mungkin sesetengah orang pun tak tahu wujud ke SMK SRI KURAU. Memang wujud la, sekolah kebanggaan cik miela wei!. Biar cik miela cerita serba sedikit tentang sekolah ni.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau atau nama ringkasnya SMK Sri Kurau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Siakap.Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau telah ditubuhkan pada 1hb, Januari 1965 oleh Kementerian Pelajaran untuk memenuhi polisi Kerajaan bagi menyediakan pendidikan menengah untuk semua kanak-kanak terutama sekali yang kurang bernasib baik di kawasan luar bandar.Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau memiliki 656 pelajar lelaki dan 634 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1290 orang. SMKSK mempunyai seramai 106 orang guru.

Itu adalah bilangan pelajar tahun lepas di mana tahun akhir cik miela berlajar di situ. Nama asal sekolah tu dulu Sekolah Menengah Rendah Batu Tiga. Jom tengok gambar sekolah cik miela dulu.












Yang ini pula lencana sekolah. Smart tak?. Motonya ialah "BERUSAHA BERJAYA".



Dah tahu kan?. Semua orang pasti akan merindukan zaman persekolahan. So kepada yang masih bersekolah tu, hargailah masa belajar anda di sekolah kerana kenangan itu akan dikenang seumur hidup. I SMK SRI KURAU :) .

Friday, January 20, 2012

Lesen kereta auto atau manual?

Salam Jumaat. Hari ni Cik Miela nak bercerita lesen kereta. Cik Miela sebenarnya tak pernah pun pandu kereta tetapi jadi penumpang kereta memang tiap-tiap minggu jadi,hihihi. Memang Cik Miela berkeinginan untuk mempunyai lesen kereta, tetapi belum masa sesuai(Padahal boleh je lepas SPM nie). Cik Miela sebenarnya nak tunggu bila kenderaan trasmisi automatik dilaksanakan. Kalau korang tak percaya sangat Malaysia akan laksanakan lesen kereta trasmisi automatik, baca loparan akhbar dari Kosmo! ni.

IPOH - Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.

Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.

Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.

"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.

"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya.

Paham dah kan?. So Cik Miela memang suka sangat dengan sistem sebegini. Memudahkan kaum wanita untuk lulus dalam ujian memandu. Kalau manual ni payah sikit nak lulus dan asalkan ada lesen kereta daripada takde.Biarlah auto, walaupun nanti kalau kecemasan tiba-tiba kereta auto rosak kereta manual je ada. Banyak lagi transport awam kat Malaysia ni. Lagipun kita kena ikut peredaraan zaman, sekarang makin banyak kereta auto. Tetapi kalau dah mampu berlajar la dua-dua sekali apa salahnya?, yang pastinya orang perempuan macam Cik Miela mesti banyak pilih Auto.

Wednesday, October 05, 2011

Semak keputusan peperiksaan anda melalui online

Halo halo. Erm, lebih kurang tiga minggu cik miela dah lepas exam trial. So far ok la, kalau nak kata subjek paling trouble sekali sudah tentu add math and chemistry. Dapat cukup-cukup makan je tak dapat kredit pun. Hmm, tak pe boleh usaha lagi kan?. Tapi oklah dapat enam kredit ke atas dan dapat no 30 dalam rank tingkatan 5. Cik Miela teruja nak bagitau nie(wah exiceted ke?) yang korang sebenarnya boleh check result exam melalui online. Lepas nie boleh la suruh mak bapak korang check result korang melalui online pastu kalau result korang teruk pandai-pandai la korang tanggung sendiri. Tak kira sekolah menengah ke sekolah rendah boleh check melalui online dengan memasukkan no ic atau no surat beranak untuk mengetahui keputusan peperiksaan. Hanya klik semakan ibu bapa.


Monday, September 12, 2011

Entri popular sepanjang zaman


Hai kali nie cik miela nak tujuk lima entri cik miela popular sepanjang zaman. Untuk pengetahuan korang cik miela dah berblogging lebih kurang setahun. Tapi baru 192 follower, cik miela tak kisah pun sebab umur cik miela baru 17 tahun, cuba kalau sepuluh tahun akan datang. Agak-agak berapa ramai follower cik miela?. Oklah Cik miela dah tak sabar nie nak tunjuk entri yang popular nie

tadaaaa

-

-

-

-


Disini cik miela sediakan link top entri BLOG dan jumlah view....
1. Keistimewaan kucing menurut Islam 1486 view
2. Ending cinta melody 723view
4. Spongebob squrepants 418view

Kesimpulanya:
Rasanya cik miela tahu kenapa entri keistimewaan kucing menurut Islam banyak view sebabnya ramai cari gambar kucing kat goggle, betul tak?. Yang no dua tu, popular jugak sebab penangan cinta melody entri tu sampai ada yang copycat tanpa izn,isk-isk. Tapi Cik Miela bangga yang nombor satu tu sebab tu antara entri terawal cik miela...Apa-apapun kita berblogging bukan semata-mata untuk popular tapi untuk menyebarkan pandangan.

Wednesday, August 10, 2011

Jika nama anda dalam bahasa korea


Kali nie Cik Miela nak share sikit satu benda iaitu nama korea. Macam mana nak jadikan nama korang tu nama korea. Caranya ialah....

1. Nama depan adalah angka terakhir pada tahun kelahiran kamu ( Your first name is your last number of your year of birth )

Contoh: 1979 => 9 = JUNG

0: Park

1: Kim

2: Shin

3: Choi

4: Song

5: Kang

6: Han

7: Lee

8: Sung

9: Jung


2. Nama tengah adalah bulan kelahiran kamu(Your Middle name is your )

Contoh: AGUSTUS => 8 = HYO

1: Yong

2: Ji

3: Je

4: Hye

5: Dong

6: Sang

7: Ha

8: Hyo

9: Soo

10: Eun

11: Hyun

12: Rae


3. Nama belakang adalah tanggal kelahiran kamu(Your last name is your date of birth )

Contoh: 18 = JIN

1: Hwa

2: Woo

3: Joon

4: Hee

5: Kyo

6: Kyung

7: Wook

8: Jin

9: Jae

10: Hoon

11: Ra

12: Bin

13: Sun

14: Ri

15: Soo

16: Rim

17: Ah

18: Ae

19: Neul

20: Mun

21: In

22: Mi

23: Ki

24: Sang

25: Byung

26: Seok

27: Gun

28: Yoo

29: Sup

30: Won

31: Sub

Kalau tak faham, Cik Miela bagi contoh. Cik Miela lahir pada 14.11.1994..last number of year of birth ialah 4 jadi Song, second is month of birth ialah 11 jadi Hyun dan last sekali is date of the birth ialah 14 jadi Ri. Jadi nama korea Cik Miela ialah SONG HYUN RI,hehe sedap tak??. Cuba share nama korea korang kat sini. Harap korang enjoy yer

Tuesday, July 26, 2011

Matahari hampir dengan bumi hari nie??

Salam. Just simple entri. Hari orang kata hari jarak matahari dan bumi paling dekat. Oh baru tahu sekarang, tapi seriously Cik Miela langsung tak rasa pun kepanasan kerana di area bagan serai and kuala kurau mendung cikit pastu hujan..Lepas tu petang cikit dalam pukul empat panas balik. Tak la panas sangat tapi mungkin bulan puasa lagi panas, Cik Miela rasa. Depa kata kejadian nie akan berlaku empat hari berturut-turut.Apa-apa pun kita kena la ambil langkah berjaga-jaga....

"Disarankan, supaya esok JANGAN memakai pakaian yg berwarna gelap. Disarankan juga mengunakan topi atau sunblock kerana besok merupakan jarak terdekat antara matahari dengan bumi dan besar kemungkinan akan ada peningkatan suhu sehingga 4 darjah C selama 4 hari berturut2. Perbanyakkan minuman air mineral atau air masak".Sumber dari blog falak online

Apa-apa pun ini adalah tandanya kiamat makin hampir,wallahualam....

Monday, July 11, 2011

Semakan senarai nama peserta PLKN 2012 lahir tahun 1994

Attention plezz to my follower yang lahir 1994 atau senang cakaplah yang umur 17. Hari ni korang boleh semak samada korang terpilih tak masuk PLKN sei 2012. Semakan boleh melalui dua cara iaitu;

SMS

PLKN<space>SEMAK<space> NO.KAD PENGENALAN hantar ke 15888


Atau

ONLINE

http://www.khidmatnegara.gov.my/

Info;

CYBERJAYA: Mulai esok, 11 Julai 2011 mereka yang lahir pada tahun 1994 boleh membuat semakan untuk mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata seramai 140,000 peserta terpilih untuk mengikuti kursus itu tahun depan, iaitu 27 peratus daripada keseluruhan 515,697 yang lahir pada tahun tersebut.

“Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti,



update: Cik Miela bersyukur kerana bukan tersenarai peserta PLKN sesi 9/2012.. Sekurang-kurangnya lepas SPM boleh kerja. Betul Tak???

Sunday, June 26, 2011

Justin Bieber kena baling botol

Korang tengok dulu videon nie. Cik Miela tak pasti time Bieber kena baling botol bila...Tapi sebelum tengok video ni korang pause la lagu Ashiteru tu la tak tak dengar apa Bieber cakap selepas dia kena baling botol..cer tengok
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Anak sapa la yang baling botol tu. Nasib baik baling botol je,kalau durian mau berdarah si Justin Bieber tu. Agak-agak apa sebab la orang tu baling botol,hmm entahla..

Tuesday, June 21, 2011


Twitter dan facebook manakah pilihan korang??Dua laman sosial paling popular menjdai kegunaan masyarakat kini. wah ayat macam nak tulis karangan je. Kali ni Cik Miela nak story pasal dua benda alah nie. Cer story


Facebook

Facebook dari dulu sampai kini still popular. Cuma sekarang nie makin suram sikit. Di barat ramai dah tutup akaun facebook kononnya dah jemu dengan facebook selain bimbang keselamatan di internet. Cuma kat Malaysia nie, masyarakat kat sini masih lagi gilakan facebook. Kalau orang barat tak guna facebook, silap facebook tu jadi milik Malaysia hahaha. Adakah nasib Facebook senasib dengan myspace, friendsiter dan tagged?entahla. Facebook ni sebenarnya best jugak sebab ada game seperti Farmville, jadi orang yang tak dak ladang bolehlah berangan-rangan ada ladang besar melalui game Farmville di Facebook. Selain itu, Facebook juga kita boleh upload gambar,video, share link dan buat note. Lagipun facebook nie senang sikit guna daripada twitter yang agak complicated.


Twitter

Ramai artis guna twitter. Mungkin sebab itulah ramai orang buat akaun twitter. Twitter fungsi dia tak banyak cuma tweet,massage dan retweet. Cikit-cikit pun fungsi dia, twitter tak dak limit friend macam facebook yang hanya boleh friend 5000 je. Twitter makin hari makin popular. Kalau twitter ada game, lagi best. Game saja Cik Miela ni. Lagipun Twitter tak lambat loading la, rasanya. Layout twitter pun kita edit sendiri macam blog jugak.Layout je bukan template. Nak tweet pun ada limit, berapa yea?tak ingat la tu. Korang fikirlah sendiri.


Kesimpulan; Sebenarnya dua-dua pun best. So kalau rajin buat la akaun facebookdan twitter. Zaman moden nie, budak-budak pun ada laman sosial sendri. But, blog la dari dulu sampai sekarang tetap best, bahkan semakin ramai buat blog.

Monday, June 13, 2011

Hazama juara Akademi Fantasia 9

Malam tadi satu Malaysia tahu bahawa Hazama sudah diangkat sebagai juara Akademi Fantasia 9 musim terakhir pada tahun ini. Maka berakhirnya Akademi Fantasia selama sembilan musim,uhh sedihnya. Untuk pengetahuan semua, ketika undian terakhir ditutup Hazama mendapat 45% undian mengalahkan Lena sebanyak 28% undian. Ramai mejangkakan Hazama akan menjadi juara akhirnya ramalan mereka tepat. Cik Miela pun tumpang gembira sekali, memang Hazama layak menjadi berdasarkan persembahan yang hebat semasa konsert akhir. Tak kira lagu la, Hazama nyayi lagu cinta teragung ke pukau semuanya best. Selepas Pak Nil mengumumkan Hazama adalah juara AF9, maka megalirlah air mata JUARA, memang susah nampak Hazama menangis la. Tapi biasanya, AF tahun lepas pun bila dinobatkan sebagai juara mesti sang juara menangis teharu jugak. Apa-apa pun tahniah buat Hazama,


p/s; Korang tahu tak kenapa Shahir AF8 tak dapat buat persembahan final AF 9?. Sebab tangannya sakit dan retak akibat jatuh dekat bilik mandi. Semoga cepat sembuh yaa.

Saturday, May 28, 2011

Ending cinta melody

Mungkin korang tahu dan mungkin juga korang tak tahu bahawa ending cinta melody yang melody tidak akan bersama dengan elang. Bukan sebab mereka adik-beradik tetapi melody lebih cintakkan raffi. Ok jom baca sinopsis cinta melody episode akhir iatu episode 36:


Saat Melody dan Raffi berada di hotel, Raffi meminta dua kunci kamar untuk mereka. Melody menanyakan soal pemesanan dua kamar tersebut, Raffi menjelaskan bahwa mereka sedang tidak ada di rumah, jadi mereka tidak harus pura-pura tidur dalam satu kamar.Sementara itu, Sonia mengatakan pada Anggika, bahwa dirinya tidak mau menikahi Elang. Namun Anggika berusaha membujuk Sonia kembali. Sonia hanya diam dan tidak berkata apa-apa.


Tambahan sinopsis dari cik miela: Akhirnya melody tahu bahawa Pak Bharata itu adalah bapanya. Melody lebih memlih cinta Raffi daripada Elang. Disaat Elang melihat Melody memeluk Raffi di wad, elang melihat lalu beralalu pergi.


Kesimpulan: Walaupun cik miela dah tahu ending dia, tapi cik miela tetap lagi menonton sinetron cinta melody,hehehe. Ending dia memang sad ending, tapi korang kena tahu bahawa tak semestinya cinta pertama akan bersatu. Betul tak??

Tuesday, May 17, 2011

Nur Kasih The Movie VS Karak


Dalam bulan banyak betul filem yang best2. filem buatan malaysia yang best pada bulan nie ialah Nur Kasih The Movie dan Karak.Agak-agak yang mana bestnyer?


Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie adalah sambungan daripada drama nur kasih yang ditonton 4.5 penonton(kalau tak silap la). Filem nie pasti menbuatkan korang menangis, so kalau nak tengok bawa tisu banyak-banyak tau,hehe. Filem nie berkisar kehidupan Nur Amanina, Adam dan Aidil selepas enam tahun. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri.


Karak

Filem nie menampilkan hero melaya iaitu shahir(favourite nie), kilafairy dan Shera ayoib. Nie merupakan filem seram pertama daripada KRU Studio. Hantu dalam filem nie memang lain daripada yang lain tau. Lagipun filem berdasarkan kisah benar pasal lebuhraya karak. KaraK mengisahkan 4 pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan luarbiasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya



p/s: Dua-dua best..tapi panggung wayang jauh dari rumah cik mila, so tak dapat tengok melainkanbeli astro first. Kalau ada rezeki boleh la tengok kat pawagam tuh.hmm...

Wednesday, April 27, 2011

Lelaki dan kekacakan: 5 artis paling kacak di malaysia(part 1)

Selalunya orang mesti cakap wanita dan kecantikan, tapi entri cik mila ni LELAKI DAN KEKACAKAN. Uh kenapanyer?. Tapi post nie ada beberapa part, kalu nak sekali terus nanti korang penat menbacanya pastu tulis tutup blog nie. Seday cik mila tau..Kalau ada part2 nie, korang boleh la tengok blog cik mila nie selalu kan. Nie antara senarai 5 artis paling kacak di malaysia berdasar pandangan cik mila sendiri. Kalau tak puas hati ikut suka korang lar ek...



5. Zizan

Tiba-tiba pulak nama zizan nie muncul huhu. Tapi korang tentu setuju kalau cik mila katakan dia lar pelawak paling hesem huhu. Dengan hidungnya yang macung itu. Baru-baru nie dia dapat dapat anugerah artis komedi paling popular dan berjaya mengatasi Nabil .


4. Farid Kamil

Artis h nie yang popular dengan filem lagenda budak setan juga bagi cik mila hensem la . Filem Farid Kamil lakonkan memang best giler dan boleh korang buat korang nangis dalam Lagenda Budak Setan


3. Fahrin Ahmad

Sekerang nie muka dia selalu ada dalam drama2 kat Malaysia nie. Selain berlakon dia juga pernah menjadi pengacara di sebuah rancangan realiti iaitu sehati berdansa.


2 Ashraf Muslim

Ohoo, artis nie sebenarnya akan melangsungkan perkhawinan di mekah pada 1 syawal(tak silap cik mila la). Jadi kepada gadis di luar sana dah tak de peluang la kan. Drama yang dia lakonkan baru-baru nie ialah Ustaz Amirul tapi citenyer dah habis daa....




1 . Shahir Af8

Tadaa nie la artis malaysia paling kacak pada masa kini.Rupanya dah memang pun kacak, hatinya pun kacak juga. Dia nie artis yang terkenal dengan sifat sederhana menbuatkan makcik2 di luar sana sangat sukakkan artis nie. Dia juga hampir memenangi anugerah bintang popular tetapi shaheizy sam lebih menyelebahi undian.

p/s: Nie cuma pandangan cik mila lar. Kalau korang macam mana pulak??.Cite seterusnya bersambung di part 2 yer

Saturday, April 16, 2011

Apabila sang lelaki minat korea



Di petang yang agak mendung ini, maka cik mila tengah keadaan boring yang teramat sangat maka tiba-tiba ja cik mila tambah entri baru,ngee. Seperti korang tahu kan, kebayakan artis korea amat digemari oleh gadis-gadis kat Malaysia nie kan?contohnya Kim bum, SNSD, 4minute and bigbag(sekadar cik mila tahu lar, sebab cik mila nie minat sangat, tapi lagu depa gempak lar). Tapi kalau golongan makcik-makcik langsung tak minat korea, bahkan mereka samakan korea tue macam jepun. Mereka pun pelik dengan anak dara mereka asyik dengan lagu korea ja. “Hiss, pening betulhttp://www.emocutez.com dengan perangai anak aku ni, 24 jam korea. Macam lah faham sangat bahasa depa tu”mungkin itu persoalan yang ada dikepala golongan makcik2 nie.

Golongan anak teruna teruna juga tak terkecuali minat koreahttp://www.emocutez.com, tapi sangat sedikit. Yelah mereka bukan duduk kat rumah 24jam, asyik nak melepak je haha(tak semua).Tak da masa nak dengan korea nieh. Ada yang cakap “aku tak main la dengan korea nie, tak gentleman lar”. Amboi sombongnyer. Lelaki yang minat korea mungkin minat style korea, gaya tari dan lagu la. Contoh artis malaysia yang minta korea ialah Erul AF9. Memang artis nie fanatik la sangat-sangat dengan korea.



Bercerita pasal lelaki yang tak minat korea nie, lawak lar bila dia jumpa awek minat korea, maka terpaksa la lelaki ini minat korea demi memenangi hati si awek inihttp://www.emocutez.com. Aik kata tak minat korea. Namapak beno nipunya(ayat dalam hantu kak limah). Kalau bermesej dengan si awek nie pakai bahasa korea, maka pening la si pakwe tue,kahkahkah. Lagi satu dia terpaksa la kenal dan tahu lagu, artis dan style kpop nie. Sampai rambut pun nak diikutnya style korea, demi si awek nielah.

So, moral of the story lar,jangan cakap besar la.Secondly, jadi la diri sendiri, jangan sebab orang lain nak jadi bukan diri sendiri, kalau nak berubah ke arah kebaikan takpa la. Then, si awek tue janganlah paksa si pakwe tue minat kpop, kesian....Nampak beno tak boleh terima atas kekurangan dirinya. Jadi, dalam perhubungan tue biarlah be your selfhttp://www.emocutez.com.

Friday, April 01, 2011

Ada apa dengan AF9??




Pada 2 April ini bermulalah konsert tirai Akademi Fantasia musim 9 yang merupakan musim terakhir Akademi Fantasia. Menampilkan 12 pelajar Akademi Fantasia iaitu seperti Lena, Eka, Amir, Erul dan Raqib. Pihak akademi fantasia juga mengambil kepercayaan terhadap Aznil Haji Nawawi sebagai pengecara Af9 memadangkan Aznil mampu menarik ramai penonton untuk menonton rancangan realiti ini. Konsert tirai AF9 ini akan menampilkan juara AF pada musim lepas iaitu Shahir(yang paling cik mila minat,hehe), Stacy, Zahid, Mawi dan Hafiz. Menariknya penonton akan dapat mengetahui siapa pengetua AF. Yang pastinya ia menjadi detik-detik yang ditunggu oleh peminat Akademi Fantasia musim ke-9.Pastikan korang semua tidak akan rancangan realiti no 1 di malaysia hanya di astro ria saluran 104...hehe(ayat hari ni nampak skema je, wayang je...huhu)

Wednesday, March 30, 2011

Ada apa dengan Panadol??


Disini cik mila nak kongsikan sedekit pasal panadol nie..nie cik mila jumpa from fb, mungkin korang pernah baca,,,mungkin tak...Apa-apa pun jangan kerap sangat makan ubat panadol nie..cuba korang baca di bawah nie:

SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

Thursday, March 24, 2011

Follower ke-60 sudah ditemui



Yaa, akhirnya dapat juga cik mila jumpa follower ke-60....orang itu adalah:

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Nana Hanah..CONGRATULATION!!ya....

So leh la ambik award nie ya....just klik gambar tue je ok....walaupun tak secantik award lain..xpe k coz first time buat, pakai gambar kaito kid lagi gitu...itu pun pakai photoscope....nanti cik mila buat lagi...Follower ke berapa nanti cik mila bagi tahu..hehe

Wednesday, March 23, 2011

Siapakah Follower ke-60?


Ahaa, baru kali ini cik mila nak award...dalam peracangan nie...so Attetion plezz ok..Cik mila akan bagi award kepada follower ke-60....syaratnya ialah mesti follower ke-60, tetapi award itu akan terbatal jika follower itu tak cakap “sy follower ke-60” dekat shout mix...jika tidak ia akan terbatal secara automatik dan berpindah kpd follower seterusnya 60,61,62.....dan seterusnya jika ckp “sy folower ke-6*”..tu je.....i am waiting for....tunggu dan lihat siapa follower yang bertuah