Sunday, February 26, 2012

Banjaran Titiwangsa yang panjang

Hari ni cik miela nak jadi cikgu geografi pulak (ececeh bila tulis blog macam-macam nak jadi cikgulah,usztazahlah pengkritiklah). Dah dah, mari semua kita belajar mengenai banjaran titiwangsa.

Anda tahu mengenai banjaran titiwangsa?. Tahu.. banjaran gunung paling panjang di Malaysia. Yaa jawapan tepat sekali, sepuluh markah diberi,hehe. Banjaran ini panjangnya ialah 480km, fuhh jauhnya. Jaraknya lebih kurang dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang Johor. Banjaran titwangsa a.k.a tulang belakang Semenanjung Malaysia. Malaysia pun ada tulang belakang ke?.

Selain itu banjaran ni menjadi pemisah antara dataran pantai barat dengan dataran pantai timur Semenajung Malaysia. Gunung paling tinggi dekat bajaran ni adalah Gunung Korbu (2183m). Ada tiga pusat peranginan dalam banjaran ni, agak-agak pusat peranginan apa?. Jangan dok merapu yaa, sebenarnya pusat peranginannya ialah Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser. Kawasan seperti ni memang ramai yang datang, sebab kawasanya berhawa sederhana.

Sekarang sudah tahu mengenai Banjaran Titiwangsa?. Sudah... . Sekurang-kurangnya boleh jugak korang tambah ilimu bila baca entri ni. Rupa-rupanya Banjaran Titiwangsa panjang jugak yea. Nak toup ilmu lagi pasal banjaran titiwangsa sila klik sini

3 comments: