Wednesday, February 15, 2012

Cerita sekolahku: Info mengenai SMK SRI KURAU




Korang mesti setuju dengan pendapat cik miela, 99.9% pelajar lepasan SPM 2011 amat rindukan akan zaman persekolahannya. 00.1% tu yang tak de perasaan terhadap sekolah, mungkin time dia sekolah suka ponteng sekolah kali?,hahaha. Dah 2 bulan lebih cik miela tinggalkan alam persekolahan, rindu terhadap sekolah masih ada lagi. Rasanya zaman persekolahan adalah zaman paling manis dalam hidup. Cik Miela hari ini dengan bangga nak cerita tentang sekolah lama Cik Miela iaitu SMK SRI KURAU, BAGAN SERAI, PERAK.

"Tak pernah dengan pun?". Mungkin sesetengah orang pun tak tahu wujud ke SMK SRI KURAU. Memang wujud la, sekolah kebanggaan cik miela wei!. Biar cik miela cerita serba sedikit tentang sekolah ni.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau atau nama ringkasnya SMK Sri Kurau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Siakap.Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau telah ditubuhkan pada 1hb, Januari 1965 oleh Kementerian Pelajaran untuk memenuhi polisi Kerajaan bagi menyediakan pendidikan menengah untuk semua kanak-kanak terutama sekali yang kurang bernasib baik di kawasan luar bandar.Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau memiliki 656 pelajar lelaki dan 634 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1290 orang. SMKSK mempunyai seramai 106 orang guru.

Itu adalah bilangan pelajar tahun lepas di mana tahun akhir cik miela berlajar di situ. Nama asal sekolah tu dulu Sekolah Menengah Rendah Batu Tiga. Jom tengok gambar sekolah cik miela dulu.












Yang ini pula lencana sekolah. Smart tak?. Motonya ialah "BERUSAHA BERJAYA".



Dah tahu kan?. Semua orang pasti akan merindukan zaman persekolahan. So kepada yang masih bersekolah tu, hargailah masa belajar anda di sekolah kerana kenangan itu akan dikenang seumur hidup. I SMK SRI KURAU :) .

2 comments: