Showing posts with label diari cik mila. Show all posts
Showing posts with label diari cik mila. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Result SPM saya?

http://www.emocutez.com,Untuk semalam sorry ek cik miela tak sempat update blog, sebab semalam busy nak think and isi upu. Nak kemakini upu tu awal supaya tak kalut dah, and nak cepat relaks,hahaha. Ada soalan cepumas?. "Cik Miela dapat berapa yea result SPM?".

Gluppp, nak jawab ke tak eh?. Perlu ke?.Kalau Tak jawab http://www.emocutez.com mesti kata arghh mesti result tak berapa nak umphhh, kalau bagus semalam awal-awal dah update blog "Yeah saya dapat straight A". Bagus ke tak bagus at least saya dapat tengok riak wajah gembira cikgu, kawan-kawan, dan ibubapa saya. Result cik miela taklah sebagus result orang lain, 4As jer. But still bersyukur http://www.emocutez.com , alhamdulillah. Terkilan sedikit sebab ada 1 subjek sains tulen Dodol, tapi ada pulak subjek sains terlebih sudah.Hahaha. Jadi tak seimbang sebab subjek yang dodol patutnya kredit kerana subjek selalu berada ditengah-tengah dalam memilih course. Hmm, dah nasib kan?


Yang paling membanggakan http://www.emocutez.com ialah semalam seramai 20 orang dapat 6A ke atas untuk sekolah cik miela. Yelah sekolah cik miela luar bandar, kira hebatlah tu. Tahniah kepada mereka yang mendapt result yang cemerlang. Kepada yang kurang cemerlang tu jangan sedih-sedih http://www.emocutez.com masa depan jauh lagi. Banyak peluang kat luar sana seperti poli and IPTS.

Tuesday, March 20, 2012

Semangat untuk esok


Tadi tengok Dream High 2 kat KBS episode 9 kot yang ulangan, tetiba part yang last tu Jung Jin Woon, Kim Ji Soo, Jr dan Kang Sora nyanyi lagu We are the B a.k.a B class life . Giler best sangat, walaupun mereka tu low class tapi persembahan wow.

Bila dengar lagu nie, teringat pulak esok. Hari keramat, hari ambik keputusan SPM. Sorry masih sebut lagi pasal result sedangkan tadi pun tulis pasal tu juga. Apa mengena dengan lagu B class life dengan esok?

Soalan yang bagus,haha. Macam nie cik miela bukan dari kelas no 1, tapi dari kelas no 2 iaitu kelas 5 sains 2, nama pun dua memanglah kelas kedua. Jadi B classlah,hahaha. Cik miela tahu kelas cik miela ni sekolah tak target pelajar kelas ni staright A dalam SPM tak seperti kelas No 1 a.k.a kelas A. Tapi dengan lagu ni seperti vitamin buat cik miela.


We are B B B-level, wanting to be A-level
We are ab-ab-abnormal, wanting to stand on the peak

Part lirik ni cik miela suka. Dengar lagu nie kurang sedikit gemuruhnya. Walaupun kami kelas B, kami the best hehe. Insyaallah kalau diizikan Allah kelas B ni juga akan setaraf dengan kelas A dengan result SPM esok walaupun bukan staright A. Biarlah ibarat itik hodoh bertukar menjadi angsa yang cantik kan?

Before end, jomlah enjoy dengan lagu nie dulu,hihi. Untuk menghayatinya sila pause kan lagu kat bawah header tu. Smile always walaupun hari esok.



Debaran menanti esok

Cik Miela jamin http://www.emocutez.com keputusan SPM yang akan diumumkan esok sudah menjadi hot topik dikalangan remaja yang berumur lapan belas tahun. Memang banyak status berkaitan result result result. Dan juga mungkin mereka rasa sama apa peristiwa cik miela alami sebelum menjelangnya hari rabu.




Huhu berdebarkan?. Dup dap dup dap, denyutan jantung dah laju macam peluru. Nasib baik jantung tak terkeluar jer. Kalau klik sini, waaaaa http://www.emocutez.com seram sih. Dah-dah sekarang jangan fikir-fikir negatif, think positif. Nanti bikin stress jer.


Nie nak bagitau sekarang nak check result dan boleh pakai SMS kan?. Ingat cik miela nak try esok tapi lepas dapat slip la senang, kalau before takut kecewa lepas tu lempar handset sampai pecah. Biarlah terharu kecewa http://www.emocutez.com happy semua bila ada slip di tangan. Lepas tu baru check pakai SMS.


Dan selepas slip berada di gengaman pasti ada yang bertanya "........ dapat berapa A?". Orang yang ditanya tu mesti rimas, tapi yang bertanya sebenarnya tujuan nak ambil berat. Cuma kita je segan http://www.emocutez.comnak jawab kalau result tak berapa umphhh.


Apa-apa pun cik miela harap sangat dapat result yang boleh menbanggakan oleh all family, friend and teacher. Kalau tak tu saya minta maaf http://www.emocutez.com kerana saya tidak dapat mengembirakan hati orang yang tercinta dengan keputusan SPM nie. Tapi sekiranya result SPM yang saya akan dapat esok mendapat result yang diidamkan semua saya sangat berterima kasih dengan orang-orang yang banyak memberi dorongan ketika saya masih belajar. Insyaallah bila saya dah berjaya, saya takkan lupakan kamu semua. (cewaah awal-awal dah bagi ucapan :P )

Friday, March 16, 2012

Ibarat tin kosong


Alamak kenapa cik miela sebut pasal tin kosong?Nak main-main dengan tin kosong ke?. Alahai apa punya soalan der, orang tengah sedih nie. Sedih bukan sebab kucing mati, tapi sebab benda-benda BERHARGA telah hilang. Tahu apa sebabnya?, sebabnya komputer cik miela rosak dan dibawa ke kedai untuk dibaiki, selalu kalau bawa ke kedai pak cik repair komputer tak kan padam benda-benda dalam hardisk, tapi malangnya mungkin komputer tu hampir nazak habis didelete semuanya. Komputer cik miela dah ibarat tin kosong, langsung dah takde benda-benda kesayangan cik miela.

Tau tak ada apa dalam hardisk tu?. Ada lebih 25gb tentang korea termasuk music video dan cerita korea. Selain tu ada gambar kenangan masa time sekolah, photoscape, vlc dan paling sedih ialah karya cerita yang dihasilkan oleh cik miela. Tak tau itu semua sangat berharga, mana nak dapat balik?

Mujur gambar kenangan tu cik miela simpan dalam CD masa bulan 12, dan benda-benda korea tu nasib baik minggu lepas jiran cik miela minta copy semua benda-benda korea tu sebab kami main tukar cerita korea dan video klip korea. Nampaknya kena mintak copy balik kat dia, haha nasib baik cik miela tak kedekut share benda-benda korea kat dia. Cuma satu je, karya..huhu menangis tak berlagu nie, penat taip beribu-ribu patah perkataan tapi hilang macam tu sahaja, dahlah penat cari idea nak taip tu. Hmm, kena buat balik. Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku, mungkin kalau cik miela tulis balik karya tu makin lebih baik dari dulu

Tuesday, February 28, 2012

Entri sedih: My Love have gone



patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Sedih sangat bila terkenangkan DIA. DIA dah pergi buat selama-lamanya. DIA dah tinggalkan cik miela 5 hari lepas. DIA meninggal sebab kemalangan. Kenapa dia harus pergi?. Lebih 4 tahun aku kenal DIA. DIA terlalu baik.Sayu hati cik miela terkenangkan DIA. Rindu tak terubat. Bila melihat gambarnya, rindu sangat-sangat kat DIA.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Harap jangan ada yang terkena ye,hehe. DIA adalah kucing cik miela yang bernama ******. Sedih la kucing cik miela ni mati kena langgar, kesian sangat. Patutlah dia hilang sehari, rupanya kena langgar. Harap DIA bahagia di alam sana.

Saturday, February 25, 2012

Aku bangga menjadi seorang penanam anggur

Tahu tak disebalik nama si penanam anggur?. Penanam anggur a.k.a penganggur tau. Cik miela mengaku memang cik miela penggangur, so what?. Bangga pe jadi penanam anggur, duduk goyang kaki jer.

"Tak teringin nak kerja ke sementara nak masuk U tu?". Teringin la jugak, tapi susah nak jumpa kerja yang suitable lagipun kawasan rumah cik miela kampung, memang peluang perkerjaan kurang. Yang banyak pun kerja kilang. Kerja kat kedai pulak, gaji sedikit macam tak berboloi pergi balik bawa motor, duit minyak pakai dengan duit makan lagi.

"Kenapa tak kerja kilang jer?". Memang nak kerja kilang, tapi ayah I tak galakkan kerja kilang. Lagipun kerja kilang 12 hours penat tu lagi penat kalau kerja berdiri 12 jam. Memang cik miela mengakui gaji kerja kilang lumayan jugak untuk lepasan SPM cari duit.

"Kawan-kawan lain kerja, kenapa tak join sekali. Lagi senang kawan ada taklah kerja sorang-sorang jer". Ramai kawan cik miela kerja, bila jumpa je mesti tanya "kau kerja apa?". Kadang-kadang jelous jugak dengan depa tu ada kerja, gaji bagus. Tapi beberapa minggu lepas ada pulak mengadu dah tak mau kerja. Sampai ada yang cakap nak berhenti. Alasan dia satu PENAT. Haha lawak pulak, dulu excited sangat nak kerja, sekarang excited nak berhenti. Tetiba bersyukur jadi penganggur :p .

"So anda bangga jadi penggangur". Yup tepat sekali. Dah lah tak kerja, duit belanja pun sentiasa masuk sebab mak bapak I bagi duit. Tapi kadang-kadang bosan jugak duduk rumah. Kerja buka lappy, tengok TV, layan korea hahaha. Tapi I'm enjoying of my life now. Lagipun penganggur bukan sebarang penganggur sebab kerja menulis blog tanpa gaji,hehe. Cik Miela rasa masa sekarang bukan masa sesuai nak kerja. Biarlah duduk rumah jer, nanti bila masuk U payah nak tengok rumah sendiri hari-hari. Lagipun nama pun perempuan kenalah tolong buat kerja-kerja rumah, tak kerja pun tak pe,hahaha.

Tuesday, February 21, 2012

30 hari lagi...

Salam readership. Ini bukan kisah 30 hari mencari cinta, ini kisah 30 hari nak dapat result SPM 2012. Seriously, cik miela macam berdebar-debar je, sebab cik miela tak boleh agak result cik miela berapa, hanya tuhan sahaja tahu. Hari ni 21 kan?, cik miela tambah tolak kira berapa hari lagi rupa-rupanya tinggal 30 hari lagi. Tak caye?

(29-21)+22=30 HARI!!

Budak lepasan SPM 2011 mesti dah tau result akan kuar 22.3.2012, insyaallah. Dalam masa menunggu result, ada baiknya kita banyakkan berdoa agar kita mendapat result diidamkan. Tapi dalam masa yang sama jugak cik miela tak sabar tunggu hari tu, sebab automatik renuion dengan schoolmate dan guru. Cik Miela rindu sangat dengan mereka semua. Bila jumpa mungkin, ada perubahan sedikit, yang lelaki dah tak rambut botak dah rambut macam-macam style, yang perempuan makin bergaya, ahakss. Yang sedihnya lepas dapat result semua pergi ke haluan masing-masing, hmm mungkin dinamakan setiap bertemu pasti akan berpisah. Jangan sedih-sedih, masa sekarang ni kena banyakkan doa supaya dapat result yang gempak punya, amin...


Wednesday, February 15, 2012

Cerita sekolahku: Info mengenai SMK SRI KURAU




Korang mesti setuju dengan pendapat cik miela, 99.9% pelajar lepasan SPM 2011 amat rindukan akan zaman persekolahannya. 00.1% tu yang tak de perasaan terhadap sekolah, mungkin time dia sekolah suka ponteng sekolah kali?,hahaha. Dah 2 bulan lebih cik miela tinggalkan alam persekolahan, rindu terhadap sekolah masih ada lagi. Rasanya zaman persekolahan adalah zaman paling manis dalam hidup. Cik Miela hari ini dengan bangga nak cerita tentang sekolah lama Cik Miela iaitu SMK SRI KURAU, BAGAN SERAI, PERAK.

"Tak pernah dengan pun?". Mungkin sesetengah orang pun tak tahu wujud ke SMK SRI KURAU. Memang wujud la, sekolah kebanggaan cik miela wei!. Biar cik miela cerita serba sedikit tentang sekolah ni.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau atau nama ringkasnya SMK Sri Kurau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Siakap.Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau telah ditubuhkan pada 1hb, Januari 1965 oleh Kementerian Pelajaran untuk memenuhi polisi Kerajaan bagi menyediakan pendidikan menengah untuk semua kanak-kanak terutama sekali yang kurang bernasib baik di kawasan luar bandar.Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau memiliki 656 pelajar lelaki dan 634 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1290 orang. SMKSK mempunyai seramai 106 orang guru.

Itu adalah bilangan pelajar tahun lepas di mana tahun akhir cik miela berlajar di situ. Nama asal sekolah tu dulu Sekolah Menengah Rendah Batu Tiga. Jom tengok gambar sekolah cik miela dulu.












Yang ini pula lencana sekolah. Smart tak?. Motonya ialah "BERUSAHA BERJAYA".



Dah tahu kan?. Semua orang pasti akan merindukan zaman persekolahan. So kepada yang masih bersekolah tu, hargailah masa belajar anda di sekolah kerana kenangan itu akan dikenang seumur hidup. I SMK SRI KURAU :) .

Thursday, February 09, 2012

Soalan yang sering ditanya selepas SPM

Good morning readers, have a nice day k?. Tangan Cik Miela dah gatal nak update blog, padahal berjam-jam nak fikir entri apa nak update, sejak lepas SPM nie cik miela jadi blur sedikit nak update story sebab hanya pengalaman kat sekolah macam-macam idea nak cerita. Oklah staraight to the point, sejak lepas SPM ni kan, kebanyakan orang selalu tanya soalan lebih kurang sama je kat Cik Miela, nak tahu apa soalanya?.

1. "Kau kerja apa sekarang?"

Itulah soalan orang selalu ditanya especially kawan-kawan cik miela. Tahulah yang tanya tu ada kerja bagus gaji bagus yang cik miela tak kerja eh silap kerja menulis blog perkerjaan jugak,hihi. Bila hujung bulan ada gaji mesti beli macam, ah jelousnya. Tak pe cik miela oi tak kerja pun tak pe, asalkan jangan buat kerja haram sudah.

2. "Tengah buat apa sekarang?"

Hmm soalan kedua nie macam lebih kurang soalan 1, tapi yang soalan dua kurang sakit hati mendengarnya, soalan lebih terbuka daripada soalan 1 yang lebih spesifik. Golongan yang selalu bertanya kawan, keluarga dan guru. Jawapannya tetap sama "Saya sekarang duduk rumah je tak de buat apa-apa. Tunggu result SPM".

3. " Adik ni lepasan SPM ke?"

Soalan nie salalu ditanya oleh perkerja kedai, supermarket dan sewaktu denganya. Cik Miela tau kenapa mereka nie tanya, sebab mesti kena ramah dengan customer. Lagi 1 mesti la dia orang rasa pelik budak sekolah pergi ke kedai dia pada hari sekolah, padahal bukan budak sekolah pun. But ada sesetengah yang tanya tu terkejut sikit, sebab dia orang ingat cik miela budak form 3, aduhai cik miela dah umur 18 tahun. Mungkin aura budak sekolah masih terpacar di muka?.

4. "Result dapat berapa A?"

Ni soalan cepumas, soalan ni akan ditanya selepas slip keputusan sudah berada digengaman. Yang tanya pulak tanya berapa A, cubalah tanya berapa B ke berapa C ke,hahaha. Kalau result teruk tersipu-sipu nak jawab,kalau result bagus dengan bangga nak jawab tu. Lebih bagus kalau orang tu tanya "Result dapat berapa kredit". Yelah buka semua yang kita tanya tu dapat result bagus kan?


P/S: Tak sekolah pun kena tanya juga. Mungkin yang tanya tanda mengambil berat

Thursday, January 12, 2012

Kenapa CM Blue??

Waaa kenapa nama blog The CM Blue Blog?. Ada mengenakah dengan CN Blue(artis korea) ke?. Haha The CM Blue blogs bukan nama blog nie, tapi nama samaran je. Nama blog nit tentulah Blog Cik Miela. Mesti pelikkan kenapa di beri nama The CM Blue blogs. Kisahnya bermula apabila dengar lagu CN Blue tu, tetiba ada idea pulak nak letak nama tu, tapi ubah kepada The CM Blue blogs. Sebab apa?, sebab blog tahun 2012 Cik Miela kaler biru kan? so ada bunyi biru la sikit. And CM tu agak-agak maksudnya apa?cuba teka. Jangan ingat CM tu pembaris 10cm pulak, tapi CM tu bermaksud Cik Miela. So maka terhasil la nama The CM Blue blogs. Saja leatak nama nie, sebab nak tarik orang jenguk blog nie, sebab nama iras-iras CN Blue,hihi. Tapi nama sebenar blog nie tetap takkan ubah,insyallah. So apakata kita layan gambar CN blue nie..






Thursday, January 05, 2012

Twitter saya!!

Selamat petang semua. Moga hari nie dan hari seterusnya lebih ceria yea. Sebenarnya cik miela nak.......................................................................................................nak promo my twitter jap. Twitter cik miela nie kurang follower, so kalau korang senang hati follow la ek?. Bukannya susah pun, kalau korang follow cik miela punya twitter, saya ucap terima kasih yea.Tapi kalau korang rasa terpaksa hmm tak payah follow sebab cik miela bukan suka paksa-paksa orang pun. Ok ini twitternya

http://twitter.com/SalmilaNadia

Azam Blog CiK Miela 2012


Huhu jangan ingat hanya orang je ke ada azam, blog nie pun ada azam jugak?. Cik Miela sebenanrnya dah tetapkan azam blog nie mejadikan Blog Cik Miela blog yang bombastik yang dipenuhi dengan entri yang menarik. Sasaran cik miela ialah

~Mencapai bilangan folower 700+ ke atas
~Mendapat bilangan liker dari page Blog Cik Miela 100+ ke atas
~Menukar warna tema blog cik miela berwarna pink kepada warna lain.(warna masih dalam pemilihan)
~Menajadikan entri blog kepada yang lebih matang sesuai dengan umur Cik Miela yang 18 tahun
~Mengupdate entri sekurang-sekurangnya 6 entri dalam sebulan
~Mengurangkan entri copy paste sebaliknya meningkatkan entri dari tulisan sendiri

Insyallah azam dan sasaran ini dapat dicapai jika mempunyai iltizam yang tinggi dan usaha tidak sekadar hangat-hangat ayam. So inilah AZAM BLOG CIK MIELA 2012. Sebagai penutup entri nie, cik miela print screenkan gambar blog cik miela untuk dijadikan kenangan kerana blog ini akan berubah selaras dengan azam baru..Hihihi



Thursday, December 01, 2011

5 science 2- Bukan sekadar kisah dongeng

Halo halo. Ini sudah hari pertama selepas SPM..ringkas jer entri kali nie. Boring jer cik miela pun buat sajak merapu pasal kenangan berada kelas 5 science 2 . Tajuknya ialah BUKAN SEKADAR KISAH DONGENG. So korang bacalah sajak dibawah nie:

Khas untuk 5 sains 2 yang disayangi......

Masih ingatkah kita kenangan itu?

Kisah dimana kita bersama-sama berjuang menutut ilmu

29 insan mempunyai matlamat yang sama

Di alma meter

Sepanjang perjuangan kita

berbagai rintangan yang kita tempuhi

susah senang sedih bersama

kita bergelak ketawa

menangis bersama-sama

Hari demi hari kita tempuhi bersama

walaupun ada halangan yang begitu besar

walaupun ada persengketaan mahupun cabaran

5 sains 2 tetap cuba tempuhi jua

dengan penuh sabar

bila detik peperiksaan menjelma

Semua berusaha demi mencapai impian dihajati

dalam kita mencapai impian

sedar tidak sedar hampir sampai ke penghujungnya

satu kelas sepakat menbuat 'Event' untuk diingati sepanjang hidup

sungguh kita tidak lupakan detik itu

Hari demi hari kita tempuhi bersama

Banyak kenangan kita lalui

Hanya gambar mampu menjadi tatapan

Menjadi kenangan buat kita

SPM sudah tamat

maka tamatlah perjuangan kita bersama

Inilah kisah kita 5 sains 2

Bukan sekadar kisah dongeng....


Giler jiwang kan?. Untuk pengetahuan semua, sajak nie ada video sekali tau, tapi kalau nak tengok video nie buka facebook dulu baru boleh tengok




Friday, November 04, 2011

Blog Cik Miela kena cuti-cuti Malaysia


Bahawasanya dengan inie Cik Miela bercuti berblogging selama sebulan disebabkan Cik Miela akan menjalani peperiksaan Spm. So kepada follower Cik Miela kalau rindu jenguk la yer entri lama-lama tu. Doakan Cik Miela yea untuk SPM. Insyallah after Cik Miela akan tulis blog lagi. Jumpa lagi!!

Friday, October 28, 2011

Jamuan yang happening

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Hari nie Cik Miela berbesar hati nak update blog. Sebenarnya sejak hari Depavali nak taip entri ni, tapi tak sempat sebab sibuk,huhu. Ceritanya mengenai jamuan kelas. Jamuan kelas nie di buat dekat rumah classmate Cik Miela di Taman Sri Kurau. Memang best sangat-sangat. Alhamdulilah semua classmate hadir walaupun ada ura-ura tak nak datang. Kalau jamuan, apalagi tentulah Cik Miela ambil gambar sebanyak mungkin. So, korang tengok gambar-gambar di bawah nie. Hanya beberapa gambar yang mampun Cik Miela kongsikan..


Kami datang nak makan

posing dulu

Nie mesti ada hati nak ambil dua pinggan,hehe

makan nugget cap ramlee

Alamak sedapnya makanan

Ayam goreng kesukan upin dan ipin

love karipap pap-pap

Huhu makan nasi ayam

Sedapnya kek. Kek nie paling berharga tau

Bakar satay, hati-hati sikit

Alamak terbakor sudah

time balik



p/s: Gambar Cik Miela kurang, seday tol.. Mungkin sebab asyik tangkap gambar orang sampai lupa tangkap gambar sendri,hehe

Saturday, October 22, 2011

Edit pic lagi


Nie adalah pic terbaru yang cik miela edit,hehe. Walaupun beberapa hari nak SPM, still edit gambar. Takpe satu je kowt. Dalam gambar nie mengandungi 29 nama classmate Cik Miela. Nanti lepas exam, dah tak jumpa classmate macam selalu. Dah tak boleh, copy paste homwork, makan sa,ma-sama, gurau senda sama dan sedih pun sama-sama. Gambar nie boleh la buat kenangan, tapi masih banyak gambar lagi tak tangkap untuk dibuat kenangan mungkin time jamuan. Yang penting gambar kartun yang ada dalam pic atas tu, gambar kartun dream high ala drama korea yang baru dekat 8TV pukul 6.30 setiap sabtu. Best tau

dream high


Friday, October 14, 2011

Tekanannya!!


Hoho ni entri ke-3 untuk bulan nie walaupun dah tengah-tengah bulan. Biasanlah cik miela buzy memanjang memadangkan lebih kurang tiga puluh hari nak spm, so many homework kena buat disamping study. Nie pun Cik Miela buat lepas buat homework sejarah. Bak orang kata kalau nak berperang mesti ada sejanta sama juga spm senjatanya ialah ilmu bukan sekadar pen atau pensil. Time kemuncak nak SPM nie orang mesti hyperstress. Termasuklah la cik miela stess giler la, rasa nak cari coklat jer. Tapi sebenarnya bukan coklat je yang boleh hilangkan stress tau, tapi banyak lagi. Baru-baru nie cik miela ada tanya dekat page UBK Smk Sri Kurau bagaimana nak hilangkan sterss. Jawapannya di bawah nie...




Ingin hilangkan tekanan ?..Amalkan :-

1) Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.

2) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

3) Membuat perancangan bagi se...tiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.

4) Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja.

5) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

6) Banyakkan Solat Sunat

7) Selalu berdoa kepada Allah

8) Bersangka baik dengan Allah

9) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

10) Amal diet dengan disiplin yang kuat

11) Menangis dengan sepuas hati

12) Hargai kebolehan diri sendiri

13) Cintai diri sendiri

14) Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan

15) Dapatkan Tidur yang Cukup


Terima kasih, thanks you, syukran, kasamida UBK SMK SRI KURAU because help me. hehe