Friday, March 16, 2012

Ibarat tin kosong


Alamak kenapa cik miela sebut pasal tin kosong?Nak main-main dengan tin kosong ke?. Alahai apa punya soalan der, orang tengah sedih nie. Sedih bukan sebab kucing mati, tapi sebab benda-benda BERHARGA telah hilang. Tahu apa sebabnya?, sebabnya komputer cik miela rosak dan dibawa ke kedai untuk dibaiki, selalu kalau bawa ke kedai pak cik repair komputer tak kan padam benda-benda dalam hardisk, tapi malangnya mungkin komputer tu hampir nazak habis didelete semuanya. Komputer cik miela dah ibarat tin kosong, langsung dah takde benda-benda kesayangan cik miela.

Tau tak ada apa dalam hardisk tu?. Ada lebih 25gb tentang korea termasuk music video dan cerita korea. Selain tu ada gambar kenangan masa time sekolah, photoscape, vlc dan paling sedih ialah karya cerita yang dihasilkan oleh cik miela. Tak tau itu semua sangat berharga, mana nak dapat balik?

Mujur gambar kenangan tu cik miela simpan dalam CD masa bulan 12, dan benda-benda korea tu nasib baik minggu lepas jiran cik miela minta copy semua benda-benda korea tu sebab kami main tukar cerita korea dan video klip korea. Nampaknya kena mintak copy balik kat dia, haha nasib baik cik miela tak kedekut share benda-benda korea kat dia. Cuma satu je, karya..huhu menangis tak berlagu nie, penat taip beribu-ribu patah perkataan tapi hilang macam tu sahaja, dahlah penat cari idea nak taip tu. Hmm, kena buat balik. Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku, mungkin kalau cik miela tulis balik karya tu makin lebih baik dari dulu

1 comment:

  1. ish sian... mesti nagis gila gila nieyh.... gambar zaman skola, aduhh...

    ReplyDelete