Thursday, December 15, 2011

Tersesat di dunia Korea

Bosan!!Bosan!!Bosan!!. Rasanya nak menjerit satu dunia yang cik miela sangat bosan teramatlah sangat. Maklumlah lepas SPM memang macam rasa bosan mesti ada. Tapi entah bagaimana dalam bosan tu tiba-tiba masuk satu dunia yang dikenali sebagai korea. Kononnya ia menberikan satu kepuasan dan keseronokan dan pasti hidup pasti tak akan bosan. Disitu cik miela mula kenali running man, KBS World, Secret Garden, girl generation dan lain-lain. Wah macam Alice in Wonderland. Sepanjang pengembaraan di dunia korea, memang teramalah menyeronokan,hahahaha.

1.Running man

Di running man,kita tak boleh jalan tapi kena lari. Sebab kena cari running ball melepaskan diri kalau tidak kena azab iaitu kena pakai hot pants di depan orang ramai, malu wei. Ahli-ahli runnng daripada Yu Jae-suk(Younce wili), Kang Gary, Ha-ha(haroro),Ji Suk-jin(big nouse), Kim Jong-kook(sparta),Lee Kwang- su, SongJi-hyo dan flower boy yang hensem iaitu Song Joong-ki. Yang pasti, anda pasti gelak tak henti-henti dengan mereka nieh.


2. KBS World

Macam-macam ada. Alamat tempat nie adalah 391 channel astro. Tempat nie macam library korea, sebab di situ kita akan kenali ramai artis korea. Tempat nie ada satu bank iaitu music bank.

3. Girl Genaration

Terdiri daripada 9 pari-pari (kalau tak silap) seperti sunny, yoona, yuri, jessica dan taeyeon. Mereka ni sering menyanyikan lagu kat cik miela seperti lagu mr.taxi, genie gee dan lain-lain. Tertidur dibuatnya,haha.

4. Secret Garden

Disuatu tempat dimana si woo-yung dan pasangan gil ra im tetukar roh. Rupa-rupanya disebalik tertukar roh, ada hikmahnya dan akhirnya mereka jatuh cinta. so sweet


Tetapi macam mana cik miela nak keluar dari dunia korea, pintu keluar tak da, tolong!tolong!.


p/s: amacam best tak cerita cik miela nie?


Sunday, December 04, 2011

When Say about SPM

Dah lepas SPM nie, cik miela nak cerite sedikit pengalaman semasa menduduki peperiksaan paling penting dalam hidup iaitu SPM. Overall boleh tahan, kita dapat menjawab dengan tenang. Hasil usaha dua tahun akan terjawab pada bulan 3. Dengar-dengar result SPM keluar 23.3.2011. Ala lambatnya, ingat awal bulan. Memang cik miela akan ingat sampai bila-bila tarikh cik miela ambil SPM iaitu 14.11.2011. Sebab apa, sebab hari tu hari jadi cik miela. Mestilah ingat kan?.

Bermula dengan subjek Bm dan berakhir dengan Biologi. Masa spm takder teritinggal slip atau IC tapi suka tertinggal kalkulator dalam beg pastu kene keluar balik kat dewan nak ambil balik kalkulator kalau tak habis result SPM nanti. Kalau exam SPM mestilah ada pengawas peperiksaan. Pengawas ok-ok lah, tapi paling best ketua pengawas peperiksaan suka buat lawak. Itu membuat cik miela seronok menduduki peperiksaan SPM. Teringat lawak dia, bila last paper iaitu biology paper 3. Time tu lagi 10 minit nak habis tapi dia cakap "masa menjawab ada 2 jam" apalagi semua gelak lah, orang sebenarnya excited nak habis exam. Ketua pengawas sempat juga, bagi ucapan kat kami sedikit before keluar dewan.

Sebut pasal paper exam. Memang menakut kan. Takde menakutkan sangat pun,hihi. Kebanyakan soalan cik miela spot sendiri masuk, alhamdulilah. Semuanya disebabkan cik miela buat latihan soalan trial SPM last-last minit. Boleh dikatakan banyak soalan trial negeri-negeri masuk, tapi tak sampai sebijik sangat. So, untuk yang belum ambil SPM, cik miela sarankan buat latihan soalan trial SPM dari negeri lain. Cik Miela percaya kalau korang dah mahir soalan trial tu, pasti A+ dalam tangan. Berikut komen cik miela mengenai sub jek cik miela duduki time SPM:


Bahasa melayu- komsas punyalah penat pikir,terutamanya maksud rangkap,huhu

Bi- tak tahu nak komen apa, biasa jer.

Sejarah- haha nie subjek favourite cik miela, subjek ni cik miela target A. Tapi dok tengah risau, boleh ke tak dapat A. Sebab rugi pulak tak jawab soalan 7 soalan semuanya pasal KBKK, tak cukup masa nak jawab soalan lebih daripada 3. Cik Miela jawab soalan 6 pasal getah, kebetulan cik miela baca yang tu jadi malas nak jawab soalan KBKK sebab kena fikir lama sedikit.

Matematik-hampir semua negeri target graf soalan 1 paper 2, tapi alih-alih set juga masuk. Tapi masih boleh jawab. Kalau tengok soalan mate nampak susah tahun nie, tapi kalau diteliti sebenarnya senang je.

Pendidikan Islam-paper 1 memang senang sangat. paper 2 cik miela lemah sedikit. Tak boleh nak agak boleh dapat A ke tak.

Add math- subjek nie menyebabkan ramai orang nak keluar dewan awal, tapi cik miela taklah sebab add math cukup-cukup masa cik miela jawab terutamanya paper 2. Soalan add math tahun nie, memang baik lah sebab paper 2 keluar logarthim memang makanan lar. Tapi soalan lain tak tahu nak kata apa. Harap subjek nie dapat kredit ke atas la.

Fizik- Paper 3 kat design experiment mujur cik miela target masuk. Pastu radioaktif tu pulak masuk, memang suka la jawab.

Kimia-ayoo, mampu geleng kepala ja jawab, banyak-banyak subjek kimia la kebanyakan target tak masuk.sedih :(

Biologi-sebab pergi kelas tambahan 2 hari sebelum jawab bio, mujur boleh jawab soalan esei. Thanks you cikgu.


apa-apa pun Spm sudah lepas bro. Sekarang masa itu gua cuti panjang..haha

Thursday, December 01, 2011

5 science 2- Bukan sekadar kisah dongeng

Halo halo. Ini sudah hari pertama selepas SPM..ringkas jer entri kali nie. Boring jer cik miela pun buat sajak merapu pasal kenangan berada kelas 5 science 2 . Tajuknya ialah BUKAN SEKADAR KISAH DONGENG. So korang bacalah sajak dibawah nie:

Khas untuk 5 sains 2 yang disayangi......

Masih ingatkah kita kenangan itu?

Kisah dimana kita bersama-sama berjuang menutut ilmu

29 insan mempunyai matlamat yang sama

Di alma meter

Sepanjang perjuangan kita

berbagai rintangan yang kita tempuhi

susah senang sedih bersama

kita bergelak ketawa

menangis bersama-sama

Hari demi hari kita tempuhi bersama

walaupun ada halangan yang begitu besar

walaupun ada persengketaan mahupun cabaran

5 sains 2 tetap cuba tempuhi jua

dengan penuh sabar

bila detik peperiksaan menjelma

Semua berusaha demi mencapai impian dihajati

dalam kita mencapai impian

sedar tidak sedar hampir sampai ke penghujungnya

satu kelas sepakat menbuat 'Event' untuk diingati sepanjang hidup

sungguh kita tidak lupakan detik itu

Hari demi hari kita tempuhi bersama

Banyak kenangan kita lalui

Hanya gambar mampu menjadi tatapan

Menjadi kenangan buat kita

SPM sudah tamat

maka tamatlah perjuangan kita bersama

Inilah kisah kita 5 sains 2

Bukan sekadar kisah dongeng....


Giler jiwang kan?. Untuk pengetahuan semua, sajak nie ada video sekali tau, tapi kalau nak tengok video nie buka facebook dulu baru boleh tengok