Sekali sekala nak review untuk novel apa salahnya?. Inilah kali pertama cik miela review untuk novel selalunya review drama or filem. Novel yang pertama direview oleh cik miela ialah Juara Carta Cinta bukan Carta hati lagu najwa latif yer. Kebetulan novel ni baru je habis baca last week. Novel ni memang best. Kalau nak bagi bintang untuk novel ni, cik miela bagi tiga bintang setengah daripada lima bintang. Kalau nak beli novel harganya RM 19.90. Tetiba sebut pasal harga pulak, :P.

Awal-awal part dalam novel ni agak boring sedikit tapi makin lama makin best pula. Maya Hanum ni watak utama dalam novel ni. Yang heronya pulak ialah Haiqal, dan dua watak yang ingin menrebut juara dalam carta cinta Maya ialah Haqiem jiran disebelah kiri yang merupakan bekas kekasih Maya Hanum dan Adnan jiran sebelah kanan yang merupakan bekas tunang Maya yang sekarang sudah berkahwin dengan Intan. Kedua-dua jiran ni menbuatkan Maya pening habis kerana dua jiran ni. Dunia Maya rasa sempit bak inti sandwic yang dihimpit dek roti panas. Datang pula Si Haiqal ni akhirnya berjaya menbuka pintu hati Maya. Mula-mula Haiqal nie banyak berahsia, sampai Maya ingat Haqial berkerja sebagai pengawal keselamatan. Rupa-rupanya Haqial seorang penulis novel yang terkenal, tapi kalau nak tahu nak nama pena Haiqal untuk karyanya kenalah baca novel ni ok?. Ada satu kejadian dtidak dingini berlaku kepada Maya menyebabkan Maya ni asyik pengsan je. Keadaan Maya yang asyik pengsan menimbulkan fitnah menyebabkan Maya dipaksa kahwin dengan Haiqal. Kenapa Maya asyik pengsan?. Hehe kalau nak tahu ending novel bacalah novel JUARA CARTA CINTA karya Lynn Dayana.

0 Comments