Saturday, May 05, 2012

Matrik atau U


Salam readers. Sampai ke hari ini, Cik Miela masih terkebil-kebil memikirkan masa depan. Begitu sulit sekali, kalau jadi budak tadika kan bagus, tak payah fikir bagai nak rak pening nak pergi ke mana. Pagi-pagi pergi tadika belajar A B C bila cukup time balik, yaahooo. Masalanya sekarang dah umur 18 tahun, setiap pilihan akan bagi effect terhadap masa depan. Walaupun result UPU belum keluar lagi, pening nak pilih nak pergi matrik atau U. Yelah kalau U diploma 3 tahun sedangkan matrik leh shortcut ambil degree.

Dalam diri ni 50-50 je. But i'm waiting for UPU. Kalau nice pergilah. Kalau tak matrik jawabnya,hmm. By the way, sebelum result UPU keluar Cik Miela ada cari info about matrik, terima kasih kepada Pak Cik Google dan Abang Facebook [siap ada gelaran lagi, =="] sebab bagi info tentang Matrik . That true, setiap benda ada kebaikan dan keburukan. Begitu jugaklah Matrik.

Matrik ni ada kebaikan ada keburukannya. Siapa-siapa dapat matrik ni mesti tengah pening kan macam lembu ni,hahaha. Ok Cik Miela kongsi sedikit kebaikan dan keburukan Matrik. Kebanyakan info dari blog akak abang yang pernah pergi Matrik. Jangan buat fakta hanya pointer 4 flat je dari Matrik boleh pergi U. Habis yang bawah pointer <4.00 tu letak ke mana??. Cik Miela start dari keburukan dahulu, sebab Cik Miela suka ending diakhiri dengan happy ending, wah gitu.


Keburukan:

1. Barang siapa dapat pointer kurang dari 1.5 pada first semester kemungkinan besar anda diberi status GAGAL dan diberhentikan daripada pengajian. Nampak kejam, tapi itulah hakikatnya sebab Matrik nak best student.

2. Kalau habis matrik nanti dapat pinter 2.00 - 3.00 kemungkinan dapat course lelong, tapi ikut nasib la. Paling sadis, terpaksa ambil diploma balik, sebab low pointer dan tak dapat tawaran. Kan dan buang masa tu belajar kat matrik.

3. Kehidupan kat Matrik memang terkenal dengan jadual belajar yang pack. Dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Kadang-kadang kelas habis pukul 5 petang, dan ada juga kelas tambahan pada waktu malam. Ayoo letihnya.

4. Belajar kat matrik super past, boleh dikatakan satu hari satu tajuk. Kena cepat-cepat tangkap. Kalau yang jenis lambat tu cepat-cepatlah tanya lecture atau kawan-kawan.Kat Matrik belajar cepat sebab nak kena cover tajuk semua, yelah satu tahun kan belajar [kecuali dua tahun].

5. Result matrik tak boleh digunakan untuk kerja, last-last sijil SPM kau je laku nak kerja. Tujaan belajar kat Matrik nak sambung belajar degree bukan nak berkerja ok?.



Kebaikan:

1. Paling suka, dapat elaun lebih kurang RM1200+. Yuran pengajian pun murah, takpayah pakai duit ptptn. Jimat wang jimat masa. Jimat masa sebab after matrik boleh ambik degree. Mestilah duit pun pakai sikit.

2. Kehidupan di Matrik sangat-sangat best menurut senior. Even satu tahun pun. Ada yang kata hidup kat Matrik lagi best daripada Universiti yang kadang-kadang budak dia sosial sikit.

3. Berita baik, tadi korang risau tentang pointer kat Matrik kan?. Sebenarnya setiap course dalam universti kat Malaysia nak pointer tertentu dari pelajar Matrik. Contoh, si A yang pointernya 3.87 dan mohon medic di UKM, GAGAL. tapi si B pointer 3.5 mohon medic di UMS, LULUS. jadi, bukan tak boleh memilih U yang baik tetapi nak memilih pun berpada-pada laa. Dan masih ada lagi U masih menerima pointer 2.00+ seperti uitm/unikl/unisel. Tapi tak kan nak target pointer 2.00+ je?.

4. Pemadangan kat matrik sangat best, sebab terletak di luar bandar. Terutama kat matrik gopeng [sebab Cik Miela dapat gopeng, tahu tentang matrik gopeng je]. Matrik kat gopeng pemadangannya wow, indah sebab dekat atas bukit, hijau lagi sangat menyenangkan. Ipoh pun dekat, boleh keluar outing kat Ipoh [haha berangan la tu].

Matrik gopeng


Konklusinya, lu pikirlah sendiri. Haha. Moga-moga entri ni dapat bagi info yang dapat Matrik. Result UPU keluar 7 mei, huhu berdebar tau. Kepada follower, jangan ingat entri ni bermakna Cik Miela coform nak pergi Matrik. Selagi result UPU tak keluar, takde kata putus nak pergi belajar mana lagi.


6 comments:

  1. matrix terbaik kalau nak cpt kerja..
    diploma terbaik untuk mencari pengalamn..

    ReplyDelete
  2. metrik bnyak kelebihan, kalau yakin boleh bwk dkt metrik, baik amek metrik,tak semua yg lucky dpt pergi metrik,

    ReplyDelete
  3. @MiMiNadam betul2. hmm tengah berfikir la ni,huhu

    ReplyDelete
  4. saya sedang menyambung pengajian di matrikulasi perak. wish me luck for ups after raya.

    ReplyDelete
  5. @kesah pulak aku Good luck. Semoga dapat pointer yang bagus kat sana. Ala senang je dik kat matrik belajar, hehe

    ReplyDelete