Mimpi apa tah  malam ni secara tetiba nak mengudapte blog di tengah malam. Oh tidak, Cik Miela tak tidur lagi rupanya?. Relax relax esok cuti, bangun lewat pun tak apa. Opps, jangan lupa solat subuh. Lepas tu tidor balik, isk isk tak patut anak dara tidur lepas subuh. Ehh, makin mengarut jadinya ==".

Sumber pakcik google

Oh maaf ye, tujuan entri ini berbuah, nak menujuk yang saya dah dapat baucer. Eh eleh orang lain dah dapat daa, sorry malam ni Miela senget sikit. Mungkin sebab makan nasi goreng tomyam cafe C *tak da mengena* . Gambar yang diatas minta kat pak cik google je. Malas pulak nak upload gambar baucer sendiri, heh heh. 

Baucer buku RM250, banyak jugak lah rasa.. Yelah just baucer buku hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu je, even kedai runcit sebelah rumah pun tak terima, tahu?. Lainlah duit RM250, memang kejap habisnyer. Sehari pun boleh habis. 

Bagi budak yang jenis malas membaca ke apa, mesti fikir nak guna bauncer BB1M untuk beli apa?. Lalu di lelongnya baucer dengan kadar diskaun 5% RM200 ke, RM150 ke tak pun bagi free kat orang lain.Lagi  bagus bagi free sebab itu dah kira sedekah. Bagi kat Miela pun tak pe, sangat dialukan :P.

Korang, kalau dapat bauncer buku pulun je guna. Tak da siapa larang kan?. Haha. Sayang benda free tu, tak semestinya dapat BB1M beli buku je. Hampa beli laa test pad satu kotak ke, CD korea ke *amboi mengajaq benda yang salah*, Earphone ke tak pun hardisik *eh boleh ke?* dengan syarat benda-benda tu mesti di jual di kedai buku dan menerima BB1M seperti kedai buku Popular. 

Ehh jap, betul ke apa aku cakap?. Adoi kepala sudah pening, mahu tidur rasanya. Dahlah Miela jangan buat senget disini yer. Akhir kata, gunalah baucer buku tu dengan sebaik-baiknya. Aroso?? *bahasa korea*

Sekian sahaja story untuk hari ini

0 Comments