Salam jumaat and salam readership. Ketagih pula nak update blog lagi, ngeh ngeh. Disebabkan rasa sayang terhadap blog ni, Miela tak nak biarkan blog jadi usang. Biarlah jarang update asalkan tiap-tiap ada juga al least satu kan?. Tengok, tajuk entri main hentam je, haha. Sebenarnya tajuk dan gambar di atas tak ada mengena pun dengan entri ni. Kalau ada, mungkin sikit. Nak kata pindah ke rumah flat, memang tidaklah. Nak buat rumah flat lagilah merepek. Saya bukan arkitek, umur 19 tahun manalah mampu nak buat. Kalau nak buat, muka tak rupa rumah pun. *merepiking.

Kite bukan nak cerite pasal rumah flat yer. Alhamdulilah, result UPS2 saya dapat 4FLat. *result elok baru nak habaq, kalau tak heh heh*. Like a dream, siyes memang terkejut jugaklah. Eh eh jangan lebih-lebih UPS jerrr pun, hehe. Masa hari tu, Miela pergilah cubicle pensyarah, bila dapat slip tu. Terkejut beruk Hah betul ke?, tengok banyak kali. Tampar muka sikit, cubit muka sikit *overlah pulak*. Sebabnya sebelum ni tak terpernahnya mimpi dapat staright A pun. Memang dari sekolah rendah ke menengah ke, Miela memang tak pernah pun dapat staright A. Yelah saya bukan pandai sangat, asyik-asyik blur je, huhu.

At least dapat lah rasa angka 4 tu. Tapi Miela tahu, kalau campur-campur nanti, mungkin tak dapat angka 4 tu. Sekali rasa pun dah cukup. Bila campur result sem 1, mungkin terkurang sikit. Lainlah kalau boleh bundarkan pointer, semua pun boleh dapat 4 flat, haha.

Terima kasilah kepada siapa-siapa yang cakap cograz to me. Seganlah, UPS je pun, memang awak buat saya blushing. Gembira lah jugak, tapi lagi gembira dapat balik *apakah?. You know. Daripada result UPS, 10% markah wajaran je. Tak perlu duduk macam di awangan sebab seronok sangat. Saya berpesan diri sendiri, ada lagi separuh penjalanan. PSPM di hadapan, jangan seperti arnab dah rasa menang dan terus berehat. Jadilah seperti kura-kura, slow-slow pun menang jugak, kalah  si arnab. Tak kira kita berada di atas atau bawah, untuk semua dengan izinNya.

Lebih kurang 1 bulan lebih, Miela nak tamatkan pengajian di Matrikulasi.Tak lama pun duduk di matrik ni, pejam celik hah dah habis. Hidup di matrik sebenarnya memang best. Ada kawan-kawan yang best. Selepas ni, kami semua berpisah. Membawa haluan masing-masing. Kalau ada jodoh boleh jumpa lagi dengan kawan-kawan matrik. Apa-apa pun result, pandanglah ke hadapan jangan menoleh ke belakang ataupun mahupun stay di tempat sendiri. Semakin hari kita semakin kedepan, tidak mungkin ke belakang. Jangan pandang belakang, kang terlanggar tiang, hehehe.


Berfikir ke hadapan




Sekian sahaja story untuk hari ini

0 Comments