Saturday, June 22, 2013

Review: Movie seram korea

Salam readership. Cuaca yang agak panas dan berjerebu ni elok sangat duduk rumah sambil buat kilang air liur ye, hahaha. Blogwalking sekejap tadi, rasa nak jugak update blog lagi. Walaupun tak ada modal story nak di ceritakan. Muncul mentol menyala di atas kepala, terdetik nak review filem seram ni.

Dulu masa zaman kat matrik, Miela suka download filem dan drama berbekalkan broadband celcom. Walaupun assigment masih berlambak masa tu, nak menghilangkan stressszzz so menonton drama dan movie di depan laptop ibarat sebuah hiburan tanpa tv. Lebih-lebih lagi movie seram dengan penuh suspen gitu. Padahal part yang seram sejuk terus je kau skip, haha. Di bawah antara movie-movie seram korea yang pernah Miela tonton:

Don't Click
"Jangan klik, jika tidak nyawa jadi tebusannya". Cerita hantu ni memang nampak merapu sikit. Ada pulak hantu moden pakai camera cctv yer, tak logik langsung. Tapi Miela layan movie ni sebab filem ni penuh suspens. Sorang je Miela kenal palakon dalam movie ni iaitu Park Bo Young sebagai Se-hee. Jung Mi adik kepada Se-hee minta tolong kat pakwe Se-hee untuk beri video-video pelik. Tapi pakwe See-hee tak sedar video dah telah dia beri kat Jung Mi bakal mengubah hidup dorang bertiga.


The Cat
Kenal tak Park Min Young yang berlakon dalam City Hunter tu?. Dalam movie ni dia berlakon sebagai So-Yeon yang berkerja di pet shop. Satu hari, ada pelanggan beli kucing kat pet shop dia. Tak lama kemudian pelanggan tu mati dalam lif. So yeon merasakan kematiaan pelanggannya itu ada mengena dengan kucing yang bernama Bidanyi. Lagi menguatkan sangkaan dia tu tepat, owner baru Bidanyi juga mati dalam keadaan yang mengerikan. Comel kucing bernama Bidanyi ni tapi rupa-rupanya berhantu.


White - The Melody Of The Curse


Movie ni banyak kali Miela tengok, best. Sampai kawan Miela pun pelik tak seram ke movie ni sampai tengok banyak kali?, hehe. Watak utama dia Eun Jung ketua kumpulan Pink Dolls. Mula-mula kumpulan Pink Dolls langsung tak famous. Tapi sejak ketua dia jumpa video tape lama yang mengadungi satu lagu misteri, akhirnya mereka menjadikan lagu tesebut sabagai single terbaru dorang. Sejak itu dorang famous tapi berlaku kejadian pelik dan misteri dari seorang ahli kumpulan Pink Dolls ke ahli lain sampai semua rasa tempias dia sekali. Kiranya lagu dorang nyanyi sebenarnya berhantu.

Death bells
Dalam movie ni pula ada flower boys berlakon iaitu Kim Bum. Tapi berlakon sebagai watak sampingan je. Kisahnya lebih kurang 20 pelajar kumpulan elite menghadiri kelas khas sampai malam. Malam tu ada seorang pelajar terbunuh, muncul pula suara misteri suruh pelajar-pelajar dorang jawab soalan kalau nak keluar dari sekolah. Kalau tidak semua pelajar akan berdepan dengan maut. Dalam dorang dok cari jawapan, ada pula pelajar lain mati. Kebetulan giliran pelajar yang mati tu mati mengikut ranking dalam sekolah. Apa sebenarnya hantu tu nak ye?. Adegan dalam movie penuh suspen boleh  buat wa terjerit dek terkejut dengan mayat-mayat student yang mati. Walaupun mengerikan, tapi still best movie ni, hehe.


Itu sahaja 4 movie seram yang Miela dapat review. Agak-agak ada nak recommended kan movie seram lain untuk Miela tonton?. Huhu Miela suka movie seram/horor movie dari korea selatan. Korang pula bagaimana suka tak movie seram?. 

1 comment:

  1. park min young rupenye.. ingatkan yuri.. hehe muke garang semacam -_-"

    ReplyDelete