Salam readership. Haih kenapalah rasa malam nak taip entri hari ni?. Tapi cuba gagahkan tenaga 10 jari menaip entri untuk santapan peminat running man. *relaks sekejap.

*Mood rajin kembali. Minggu lepas Miela dah review episode 150 running man. Miela review separuh je tak sampai habis sebab tak nak bagi spoilkan mood korang tengok running man. Serius ending running man episode minggu lepas tak best kan?. Tapi episode kali ni best sekaligus dapat merawat hati yang kecewa dengan episode the avengers.

Sebelum race start, ada dua guest datang iaitu Jungho 2PM dan Hyo Joo arumdapttaa!!. Tapi ada satu guest misteri yang menanti di dalam bangunan Seoul Broadcasting System(SBS). First dorang kena melalui 5 challenge kalau tak silap untuk dapatkan imuniti supaya orang lain tak boleh vote mereka yang dapat imuniti untuk outkan dalam race terakhir. Antara challenge dorang yang kena hadapi sebelum sampai SBS building :






Selepas tu mula sesi vote mengvote, last-last betrayer brother Haha dan Kwang Soo kena out. Tapi dorang bukan out takat tu je, dorang dapat buku death note untuk menebus dendam kesumat terhadap ahli lain yang telah menbuatkan mereka out. Di sinilah peranan guest misteri, Jung Woo Sung untuk memenuhi wishlist betrayer brother.



Sementara itu, ahli lain sudah tiba di SBS Building. Mereka diberi tugas untuk menutup 108 camera sebelum menyerang God of Death Note, Jung Woo Sung. Tapi berjayakah mereka sedangkan ada mata memerhati dan berjayakah Jung Woo Sung untuk outkan ahli running man yang lain seperti wishlist betrayer brother inginkan?. Jeng jeng kenalah tengok sendiri yer oullz. Belum tengok? download di sini.

Walapun umur dah nak masuk 40 tahun, Jung Woo Sung masih handsome dan bertenaga.

0 Comments