Salam Ramadhan. Mungkin Miela terlambat sikit nak update pasal ramadhan, sedangkan blogger lain seminggu sebelum ramadhan dah update. Bagus ada semangat nak menyambut ramadhan yang sudah kujung tiba. Entri ini sudah masuk kali  ke empat sejak Miela berblogging. Setiap tahun mesti ada entri tentang ramadhan. Yang membeza entri ramadhan tahun ini dengan tahun lain umur semasa menaip entri. Dari entri berapa tak matang hingga sekarang *eh matang ke?.

Tahun 2012 :  Ujian di Bulan Ramadhan
Tahun 2011 :  Puasa mesti terbaek!!
Tahun 2010 : Ramadhan datang lagi (entri pertama time mula-mula blogging)

Puasa tahun ini adalah bermakna, sebab tahun ni Miela dapat berpuasa lagi di rumah sebulan bersama dengan family tercinta. Tahun lepas berpuasa di matrik, tahun ni berpuasa di rumah. Tahun depan puasa lagi sebagai student la yer. Puasa sebagai student U matrik poli dan seangkatan dengannya sangat sangat lah mencabar buat hati yang dibelenggu kerinduaan terhadap keluarga. Sahur makan bsikut kering jer, kalau nasib tak baik tak bangun sahurlah, sama-sama dengan roomate terbabas sahur. Sebab takde family nak bangunkan, huhu sadisnya. Buka puasa pula, semuanya bau pasar malam. Takkan sama dengan masakan di rumah.

Azam Miela bulan ramadhan ni, nak kurangkan buat benda-benda lagha. Ye la kan benda-benda ramai je suka buat, tapi benda baik berat sikit. Harap-harap bukan sampai ramadhan je kita buat baik tapi untuk seumur hidup. Tu buku agama yang Miela beli  guna baucar buku tak habis lagi baca, so ingatkan nak habiskan dalam bulan ramadhan ni.



Harap-harap bulan ramadhan yang penuh berkat ni, dapat keputusan UPU/USM yang Miela inginkan. Kalau tak dapat apa yang Miela inginkan, dapat terima dengan hati terbuka dah kira cukup buat Miela. Nebes giler uollz tunggu, lusa ni baru dapat result. Doakan la yer.


Salam Ramadhan buat semua pembaca blog Cik Miela. Hehe kalau nak dapat pahala extra lagi, tolong klik link iklan bawah ni.

4 Comments

  1. salam ramadhan from indonesia... amalan ibadah harus bertambah, agar menjadi bulan berkah penuh rahmah, akhirnya menjadi magfirah

    ReplyDelete