Sunday, September 29, 2013

Minggu orentasi di USM

Salam readership. Seperti hampa sedia maklumlah kan, hampir sebulan Miela di USM. Dan sekarang baru nak gegeh update minggu orentasi yang dah lepas tu, haha. Well, kehidupan student sememangnya busy, haha kononnyalah kan. Padahai hari-hari online facebook.

Pernahkah korang menjalani orentasi? best tak?. Tahun lepas Miela orentasi di matrik , tahun ni di university. Kejap betul masa berlalu, dah jadi student U. Orang kata minggu orentasi minggu penyeksaan ekk?. Alkisahnya orentasi bermula....

Hari pertama
Miela daftar USM petang, sebab kena daftar petang. Tapi dalam hati memang nak daftar lambat-lambat, sebab rasa berat hati nak tinggalkan rumah. Bila sampai disana, wa macam jakun sekejap, betulkah tempat ni?. Cantik macam dalam taman. Desasiswa Miela jauh hujung dunia katakan. Sampai kena naik bas untuk ke RST sebab dorang tak benarkan kenderaan ibu bapa ke RST takut sesak. Itu kira pengalaman paling tak dilupakan sebab bersesak dalam bas tu.

Tandaaa ni desasiswa saya.
Hari kedua
Serius hari kedua, tak cukup tidur. Adatlah kan orentasi tak cukup tidur, pukul lima kena berkumpul dan berjalan-jalan untuk solat subuh berjemaah. Pagi kitaorang kena pergi dewan untuk raptai majlis sambutan, dan petang sesi tangkap gambar buat kad matrik semua tulah. Malam pula, kitaorang makan free, sebab malam ada dinner desasiswa. Cuma hari kedua, dah rasa kepenatan kena berjalan 30 minit ke dewan T.T.

Hari ketiga
Korang pernah tengok filem ali setan??. Part angkat sumpah, lebih kurang sama apa kami buat. Cuma baju calourfull gitu, saat tu Miela rasa "Betulkah aku disini?". Tapi realitinya inilah tempatku menuntut ilmu selama 4 tahun. Insyallah 4 tahun akan di dewan tu juga Miela akan bawa segulung ijazah ;).

Hari keempat dan kelima
Part ni Miela takda modal banyak cerita, biasalah manusia mana boleh ingat-ingat satu-satu. Apa yang Miela ingat, masa tu kitaorang macam ikan sardin nak daftar ko-k dan bahasa, kalah pasar malam. Dan Miela tak boleh lupa walkrobik. Best sangat, walapun hujan kitaorang tetap acara cheer dari desasiwa masing-masing. Nampak semangat distu, tapi tapi bukan desasiswa Miela yang menang. Ist okay, janji dah buat terbaik

Haa begitulah cerita orentasi Miela. Dan bermula kehidupan sebagai seorang student USM...

Friday, September 20, 2013

Lama tak update


 
Salam readership. Hoho lama betul tak update blog. Lebih dua minggu Miela tinggalkan blog ni. Macam-macam iklan kat cbox muncul eh. Takpe - takpe da delete dah. Lain kali jangan menyemak iklan merapu dalam blog orang yee.
Amboi cuti raya sakan cik miela?. Haha takdalah sakan sangat cuti rayanye, raya pun tak banyak jalan. Banyak orang datang rumah je. Duit raya pun dapat sikit, maklumlah kan dah besar mana nak dapat duit raya bebanyak. Hukhuk seday :/.
Sebenarnya Miela pun tak tahu nak update. Mungkin dah kekeringan idea akibat makan kuih raya berbanyak kali?. Btw, cuti panjang da nak habis. Kurang daripada 2 minggu nak masuk U. Nanti kalau dah idea taip entri barulah nak update tentang persiapan nak masuk U. 


Pelik kan?. Okay sebenarnya itu adalah entri yang tertangguh sebulan lepas. Lama wooo. Disebabkan Miela taknak mebazir draf, so update jugak entri yang dah basi, hahaha. Menbazir kan amalan syaitan.  Bukan empunya diri ini malas nak mengupdate blog tetapi disebabkan kekangan yang menghalang wa mengupdate blog. Nak update blog pun ada problem jugak. First internet masa itu sangat-sangatlah annoying, faham-faham jelah kejap ada kejap takda. Second, ini sedih. Sebab keyboard laptop Miela problem maaaa. Tahulah kan keyboard dah macam senjata nak update blog. Takda senjata, gagal di tengah jalan.

So sekarang ni disebabkan konon-kononya rindu setengah mati dengan blog ni, guna alternatif lain sign in blogger guna pc jerr. Takpa memang rancang nak beli laptop baru, on the way. Sebab lain jarang mengupdate blog because I'm a university student right now. Secara sah selepas akad sumpah jadi pelajar USM masa minggu orentasi. Sebenarnya banyak Miela nak cerita tentang minggu orentasi tapi tak bestlah cerita kat sini. Biarlah dalam satu entri khas kannn?. Tapi tak tau bila ceq nak chegtha maklumlah sibuk study kat penang, masa pun terhad. See you next entry la yerr..