Sunday, September 29, 2013

Minggu orentasi di USM

Salam readership. Seperti hampa sedia maklumlah kan, hampir sebulan Miela di USM. Dan sekarang baru nak gegeh update minggu orentasi yang dah lepas tu, haha. Well, kehidupan student sememangnya busy, haha kononnyalah kan. Padahai hari-hari online facebook.

Pernahkah korang menjalani orentasi? best tak?. Tahun lepas Miela orentasi di matrik , tahun ni di university. Kejap betul masa berlalu, dah jadi student U. Orang kata minggu orentasi minggu penyeksaan ekk?. Alkisahnya orentasi bermula....

Hari pertama
Miela daftar USM petang, sebab kena daftar petang. Tapi dalam hati memang nak daftar lambat-lambat, sebab rasa berat hati nak tinggalkan rumah. Bila sampai disana, wa macam jakun sekejap, betulkah tempat ni?. Cantik macam dalam taman. Desasiswa Miela jauh hujung dunia katakan. Sampai kena naik bas untuk ke RST sebab dorang tak benarkan kenderaan ibu bapa ke RST takut sesak. Itu kira pengalaman paling tak dilupakan sebab bersesak dalam bas tu.

Tandaaa ni desasiswa saya.
Hari kedua
Serius hari kedua, tak cukup tidur. Adatlah kan orentasi tak cukup tidur, pukul lima kena berkumpul dan berjalan-jalan untuk solat subuh berjemaah. Pagi kitaorang kena pergi dewan untuk raptai majlis sambutan, dan petang sesi tangkap gambar buat kad matrik semua tulah. Malam pula, kitaorang makan free, sebab malam ada dinner desasiswa. Cuma hari kedua, dah rasa kepenatan kena berjalan 30 minit ke dewan T.T.

Hari ketiga
Korang pernah tengok filem ali setan??. Part angkat sumpah, lebih kurang sama apa kami buat. Cuma baju calourfull gitu, saat tu Miela rasa "Betulkah aku disini?". Tapi realitinya inilah tempatku menuntut ilmu selama 4 tahun. Insyallah 4 tahun akan di dewan tu juga Miela akan bawa segulung ijazah ;).

Hari keempat dan kelima
Part ni Miela takda modal banyak cerita, biasalah manusia mana boleh ingat-ingat satu-satu. Apa yang Miela ingat, masa tu kitaorang macam ikan sardin nak daftar ko-k dan bahasa, kalah pasar malam. Dan Miela tak boleh lupa walkrobik. Best sangat, walapun hujan kitaorang tetap acara cheer dari desasiwa masing-masing. Nampak semangat distu, tapi tapi bukan desasiswa Miela yang menang. Ist okay, janji dah buat terbaik

Haa begitulah cerita orentasi Miela. Dan bermula kehidupan sebagai seorang student USM...

No comments:

Post a Comment