Salam readership. Yahooo tinggal satu paper je tinggal. So hari ni nak relax sikit, lagi pun saya dah rindu dengan blog kesayangan saya ni. Rindulah sesangat.

Kali ni Miela nak bercerita pengalaman beli belah di Zalora. Miela tak email Zalora untuk minta voucher RM50 macam blogger lain buat sebab ada lagi voucher lebih banyak Miela dapat. Miela dapat RM75 free je. RM 75 tu kira banyak tau, so macam mana nak dapat?. Miela dapat voucher free ni dari Kakao promo, voucher tu khas untuk siapa yang tak pernah shopping Zalora *terus tengok buka Kakao Talk. Add lah Kakao Promo untuk dapat lebih banyak benefit. Tapi voucher tu valid sampai 13.1.2014 je.

rezeki jangan ditolak


Sebelum ni Miela pernah dengar Zalora ni penipu, lambat hantar barang apalah. Tapi Miela rasa Zalora mungkin dah improve lagi perkhidmatan. Sepanjang menbeli belah di Zalora takda masalah cuma bila hantar resit dekat website zalora tak sampai. So kalau korang dah bagi resit kat Zalora, tapi takda email dari zalora dalam masa 12 jam better tanya Zalora sampai tak resit tu. Miela hantar email, tak sampai 15 minit Zalora dah balas. Memang cepat Zalora menbalas email dengan customernya.

Alhamdulilah, dalam masa 3 hari dah sampai, lambat sikit sebab masa beli sehari sebelum tahun baru, so doranglah mestilah cuti. Hehe kalau korang nak tau, Miela beli barang kat Zalora cuma kena RM6.75 je. Manalah nak shopping online RM 6 tu kalau tak dapat voucher free kan.





Ethnic Chic Ayu collar blouse

Miela shopping beli baju Ethnic Chic Ayu collar blouse warna biru dan Seradina tudung bawal untuk match dengan baju. Bila barang dah sampai rasa excited je, maklumlah baru first time beli kat Zalora. So far Miela puas hati dengan terutamanya dengan baju Ethnic Chic Ayu collar blouse, kain lembut dan ada kualiti. Baju ni free saiz tau, so kalau beli baju ni tak perlu risau kalau tak muat, sampai XL pun boleh pakai.

Kesimpulannya Miela puas hati sepanjang perkhidmatan Zalora. Andai ada apa-apa masalah boleh terus contact kat Zalora. Jangan diamkan je, pastu cakap Zalora penipulah apa la. Miela bagi 4 bintang untuk Zalora. Nanti di lain masa boleh shopping dengan Zalora, hehe.



4 Comments

  1. mcm okey service.. tak pernah beli tp smlm bru try beli dari zalora. tngok cmne service. thx for this review. :)

    ReplyDelete
  2. Saya ada code voucher zalora, boleh digunakan untuk pelanggan baru nak beli, isi je code ni dan dapat diskaun 15% code : ZBAP1Gp

    ReplyDelete