Thursday, July 02, 2015

Shopping dengan Muslimah Clothing

Salam Ramadhan. Sekian lama berbulan-bulan tak shopping online, so menjelang nak raya sempat juga shopping online. Tambah-tambah bulan puasa ni, daripada penat-penat cari barang apa yang kita nak lebih baik cari dalam online. Semuanya ada, cakap ja nak warna apa biru, hitam, kuning, hijau,? pilih sahaja.

Al kisahnya begini, Miela baru beberapa hari lepas shopping baju kat kedai biasa. Disebabkan susah nak cari tudung yang matching dengan jubah, hmmm beli online jelah kan. Sudahlah beli baju raya tu jenuh pusing kedai, ni nak cari tudung yang sesuai dah tak larat nak pusing-pusing cari.

Kemudian Miela terjumpa satu butik online Muslimah Clothing, so pergi situ laa. First Miela klik bila jenguk laman web tu, Miela klik Warehouse sale hahaha. Mana tahu ada tudung yang kita nak ada dalam sale kan. Jimat duit betul tak?.

Sale sale sale

Dikutkan semua nak beli, boleh bersaing dengan Che Ta baju raya 60 pasang. Tapi takpalah, kang kena bebel dengan Mak huhu. Lagipun niat asal nak membeli tudung. Akhirnya jumpa jugak tudung pilihan.

Shawl Salema Satin-Starfruit. Harga RM37.00, RM33.30
Shawl ni matching dengan warna baju raya, warna yang cantik ditambah material satin

Shawl Dollies Halfmoon-Mint RM32.00, RM19.00
Alang-alang membeli, tambah lagi satu lagi shawl. Warna yang cantik dengan corak polkodot gitu




Dan semalam abam posmen hantar parcel kat kite. Gembira bila tengok barang yang kita order dah sampai. Dahlah beli dengan harga sale, bila pegang material tudung perghhhh memang kualiti kain sangat terbaik. Tudung pun besar dan labuh lagi senang nak bergaya mengikut syariah kan. Memang rasa berbaloi beli di Muslimah Clothing.

Muslimah Clothing
Twitter: @MCCLabuhLonggar
Instagram: muslimahclothing

1 comment: