Salam Readership. Dalam seminggu ini blog agak sunyi dari sebarang entri. Minggu lepas pulak kena balik USM secara mengejut selepas mendapat call untuk ganti orang dan menjalankan tugas sebagai co-fasi untuk sebuah kem. Selepas kem pula, sibuk nak menghabiskan sisa kain felt untuk buat penanda buku. Tengok-tengok cuti tinggal sebulan ja, sibuklah nak kena tambah stok penanda buku ni.

Actually biasanya waktu cuti sem Miela akan buat seberapa banyak penada buku felt untuk dijual masa bukak semester nanti. Miela takkan buat penanda buku ni masa belajar tau, sebab Miela tahu bukak semester mesti sibuk dengan study dan juga aktiviti persatuan. So cuti daripada duduk saja baik kita buat kerja kan?.

Design penada buku yang ada
Biasanya design penanda buku yang laku ialah design character watak kartun contohnya Baymax. Memang hot selling lah, tambah masa tu musim kartun Baymax. Selain tu Miela ada  buat design penanda buku Hello Kitti, Emoji, Elmo dan watak kartun yang lain lagi. Miela buat design kartun yang simple ja huhuhu. Sebab Miela pun guna 200% gunting pakai tangan tanpa mesin. Mesin pontong kain felt memcecah RM500+, tak mampu nak beli. Lagipun buat penanda buku felt cuma kerja part time saja.

Penada buku felt yang dah siap simpan elok-elok dalam kotak

Dah dua kali cuti semester Miela buat benda ni dan alhamdulilah laku jual jual penanda buku felt. Selalunya Miela jual kat bilik je, jiran-jiran bilik selalu mai nak beli penanda buku yang comel ni. Lagi satu Miela selalu meminta orang ketiga  jual dalam ekspo WUS. WUS atau dikenali sebagai subjek Keusahawanan di Universiti. So ada satu task di mana student kena jual barang dalam tarikh ekspo ditetapkan. Dari situ Miela boleh generate money setiap semester, cukuplah nak tampung makan sikit. 


Nota: Student memang suka cari extra money walaupun sudah ada duit pinjaman atau biasiswa. Biasalah zaman muda macam-macam keperluan dan keinginan nak tampung.

7 Comments

  1. Jgn kata students yg dah keja ni pun gigih cari extra income jgak. Hahaha.

    Tapi cantik lah. Comellll! Hehe

    ReplyDelete
  2. Comelnyerr.. Kreatif betul! Semoga boleh berkembang lg minat cik miela.. In sha Allah :)

    ReplyDelete
  3. Rajinnya Miela! Pandai cari duit poket. Arol pun ada jugak barang-barang felt craft nie tapi dah bertahun mereput dalam almari. Sejak sambung belajar dah malas nak buat. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sampai felt mereput dalam almari. T kalau nampak penanda buku felt jual kat USM, jangan lupa beli! hikhik

      Delete