Salam Readership. Kat Penang kalau korang nak tahu, memang macam-macam muzium ada. Muzium 3D, Muzium terbalik, Toy Museum, Food Museum dan banyak lagi laa. Tapi yang ini Miela nak review pasal Ghost Museum.

Alkisahnya lepas pergi ESCAPE Penang , alang-alang dah keluar berjalan. Berjalan biar sampai penat kannn. Tetiba teringin nak pergi Ghost Museum , why not?? try betul ka seram kat Ghost Museum tuu?. Seperti biasa kami memang tak tahu jalan, berkat telunjuk waze sampai jugak ke destinasi. Untuk pengetahuan korang muzium ni terletak di 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang.

Alamak gambar pulak tak jelaih. Nebes sangat  nak masuk Ghost Musuem kot, haha

Disebabkan gambar di atas tu tak jelaih, so nak habaq pasal harga tiket:

Untuk Warganegara Malaysia yag ada MyKad
Adult : RM 18
Kids : RM 8
Senior : RM 8
Student : RM 10

Bukan Warganegara yang takdak MyKad
Adult : RM 36
Kids : RM 16
Senior : RM 16
Student : RM 16

Pendek kata tak kira mana-mana muzium kat penang termasuk Ghost Museum, asal ada student card korang boleh dapat harga diskaun. Settle pasal harga tiket sekarang nak story pasal pengalaman di Ghost Musuem. Yang menarik muzium ni, korang boleh kenal hantu serata dunia seperti Malaysia, Eropah, Timur dan Barat. Nampak macam menarik kan?.

First time datang, terdengar suara-suara yang menjerit ketakutan. Terfikir juga seram sangat ka muzium ni?. Jadi curious pula, sebab Miela peminat cerita seram ni, hihi. Lepas bayar korang kena tunggu turn masuk. Korang juga akan diberi pilihan sama ada nak masuk bersama guide sambil menerangkan jenis hantu di serata dunia *if korang ni jenis penakut masuk sendiri haha. Atau nak masuk sendiri tanpa guide *ni paling best, korang boleh merasa adengan kejut mengejut sendiri

Dah nama pun Ghost Museum, bila masuk je memang gelap gila. Jalan-jalan sikit mai pulak hantu sergah kita, rupa-rupanya patung je *spoiler . Yang lain boleh tengok gambar di bawah ni. Macam-macam jenis hantu ada wei.

Si ponti tengah menyisir rambut

Hantu daun pisang

Hantu Cina

Hantu Padang Pasir
Ni tak pasti nama hantu ni, lupa pula ehh

Acah-acah dinner dengan family dracula, hahaha

Pengalaman di Ghost Musuem agak menyeronokan. Sampai korang tau hantu yang korang tak pernah tahu seumur hidup. Nampak je muzium ni kecil, tetapi depa pandai design sebuah premis kecil menjadi satu muzium yang terdapat pelbagai jenis hantu. Tentang seram ke tak muzium ni dia terpulang tahap takut korang hahaha. Mula-mula je seram tapi lama-lama korang enjoy dengan hantu-hantu siap selfie bagai, percayalahhh. Pergi Ghost Museum dan alami sendiri. Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook Ghost Museum Penang.


6 Comments

  1. must go... ish! kene pergi juga ni. nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. wahh. selama dok belajar kat penang, tak tahu pun ada ghost muzium. yg tahu, muzium perang je la. lagi haunted tmpat tu.

    ReplyDelete
  3. Huisss/. Seram den nak p. Penakut skit. Tu penanggal ke?

    ReplyDelete
  4. Macam menarik haha hantu tu tak sergah sergah kan? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 tu je hantu sergah pastu nanti selamber nak selfie dengan kita haha

      Delete