Friday, October 21, 2016

Restoran Kapitan, Queensbay Pulau Pinang.


Salam Readership. Alkisahnya, selama 4 tahun study di USM, baru minggu ni nak merasa makanan Restoran Kapitan dekat Queensbay. Padahal nak pergi Queensbay 10 minit je, itupun kalau naik motor. Besalah naik motor cilok sana sini dah sampai. Takpelah janji dah pernah sampai walaupun final year baru nak merasa hakhak.

Kitaorang pergi makan kat berdua, dengan bff gitu. Kalau ajak makan jarang betul tolak.
Plain Tanddori Set dan Milani Cheese Naan Set.

Kitaorang cuba adalah Plain Tanddori Set dengan Milani Cheese Naan Set. Untuk Plain Tanddori Set harga dia RM9.50 manakala Milani Cheese Naan Set RM11.00. Miela makan Plain Taddori Set, rasanya sedap dan sangat berbaloi. Makan Tanddori kenyang sampai malam kot. Untuk Milani Cheese Naan Set sangat recommended kalau datang sini. Sebab rasanya sangat sedap dengan cheese dia dan kuah berlemak dia perrghhhh sedap. Kalau nak makan milani kena lupa pasal diet nohh, sure memang kalori banyak hahaha.

Kalau datang queensbay tu, kalau dah jemu makan kat dalam queesnbay bolehlah try makan dekat Reston Kapitan berhadapan Queensbay jer.

No.89G,
Persiaran Bayan Bay, 
Pulau Pinang.
04-6463411

No comments:

Post a Comment