Monday, November 21, 2016

Idea hadiah birthday : Sijil Happy Birthday

Salam Readership. Nak hadiahkan something untuk yang sahabat atau orang tersayang dengan cara paling sweet tetapi paling save bajet?. Apakata korang terang buat sijil Happy Birthday Serious simple sangat dan murah. 

Contoh  sijil yang Miela buat untuk birthday girl
Ideanya datang bila tengok orang convo pegang scroll. Disebabkan kami ni memang "lambat setahun" tunggu convo, jadi muncul idea buat konon-konon dapat scroll walaupun scroll olok-olok je.

Caranya korang boleh taip ayat korang nak nak letak sweet-sweet ke ayat, letak gambar ke apa letaklah tapi ikut format sijil. Kalau dah takde idea nak letak ayat apa, Miela sediakan template sijil Happy Birthday khas disini.

Kemudian korang print sahaja atas kertas biasa if nak save bajet. Kalau nak cantik sikit boleh print atas kertas warna warni. Kalau nak nampak real sijil boleh print atas kertas sijil betul. Pastu gulung kertas tu, ikat dengan reben nampak molek sikit. Pasti kawan anda suka!. Selamat mencuba

Thursday, November 17, 2016

Pengalaman menghadiri interview untuk internship


Salam Readership. Untuk entri kali ini Miela nak berkongsi sedikit pengalaman menghadiri interview untuk internship walaupun masih menunggu jawapan samaada dapat ke tak tempat intern di interview huhu. Miela study dalam course pengurusan jadinya tempat internship yang dimohon mestilah berkenaan course yang kita ambil kan. Ada internship perlu interview ada internship terus serap masuk sahaja. Tapi yang ada interview at least ada pengalaman untuk kita tempuhi pengalaman bila interview yang real punya. 

So far miela dah hadiri interview untuk internship sudah dua kali. Dua-dua company memang sangat berbeza cara interview dia. Miela takkan dedahkan nama company ni tapi cukup korang tahu interview ni memang company kat Penang. 

Interview company R

Jawatan internship dimohon sales and marketing sebuah syarikat web development. Langsung seriously never though internship interview ada ujian bertulis. Dah macam exam pula, nasib baik ada ingat sikit apa dibelajar pasal marketing ni. Ada soalan agak menguji minda jugak. Tapi mostly dia tanya pengetahuan asas tentang laman-laman web ni. Nama pun syarikat web development. Ada soalan test Miela ingat sampai hari ni soalan lebih kurang jika anda ke luar kawasan untuk bercuti bagaimana anda nak update social media tanpa internet. Of course jawapanya buat schedule post kan. Dan ada jugak soalan beberapa case korang kena cari solutionnya.

Selepas test bertulis. Orang yang interview kita mula-mula akan scan resume kita. Kemudian macam biasa minta perkenalkan diri. Then dia tengok balik jawapan apa yang ditulis masa ujian bertulis. Kalau ada jawapan menarik atau tak kena di mata dia, orang tu akan tanya kenapa kita letak jawapan macam tu. Dan perlukan justifikasi kenapa jawab soalan macam tu.


Interview company D

Interview company D tak sehard company R. Inteview simple-simple soalan dia. Tapi sebelum datang interview kena isi soalan personality test. Sesuai position untuk internship. Key point interview dia tanya pengalaman kerja. Tapi Miela memang langsung takde pengalaman kerja jadi dia tengok project atau event yang kita involve masa universiti. Nasib baik ada beberapa kali jadi pengarah boleh dijadikan point untuk tunjuk kita ni berkebolehan. Jadi kena terang apa program tu macam mana penjalanan dia, target , apa yang kita dapat dan role sebagai project director.

Kesimpulan
Dua-dua company memang cara inteview sangat berbeza sebab ada ujian bertulis yang tak. Kalau yang ada ujian betulis atau soalan dia susah ini menunjukan masa internship bersiap sedia dapat kerja yang susah atau maybe kurang diberi tunjuk ajar sebab company tu expect kita tahu semua benda. Kalau yang tanya soalan agak common tu ada kemungkinan internship kita akan lalui ada tunjuk ajar. Persamaan kedua-dua interview ni lastly akan tanya tentang transport nak pergi tempat kerja, then kita tinggal kat mana masa interview dan willing tak untuk intern lebih daripada masa internship yang ditetapkan oleh univerisiti. Jadi Miela harap pengalaman interview yang tak seberapa boleh dijadikan rujukan untuk korang interview masa internship nanti. 

Saturday, November 12, 2016

Pengalaman mengunakan Uber

Salam Readership. Hari ni Miela nak kongsikan sedikit tentang pengalaman mengunakan uber untuk pertama kalinya. Kisahnya begini, actually masa nak pergi interview sepatutnya Miela pergi naik motor je sebab dekat and nak jimat duit. Tetapi disebabkan hujan terpaksa pergi naik student cab. Lepas habis interview rasa masa malas pakai student cab sebab ambik masa nak cari dalam group facebook. Pastu baru teringat ada install uber dalam phone. 

Sebelum ni pernah dengar daripada review orang lain yang pernah pakai uber ada yang cakap uber murah, cepat dan kalau nasib baik naik kereta yang selesa. So Miela try untuk pertama kalinya. Mula-mula kena set tempat pickup kat mana supaya dia senang cari kita, kemudian pilih destinasi kita nak ke mana. Macam Miela nak ke USM , pilih destinasi ke USM. Pastu nanti ada kereta akan sampai. Kita boleh tahu perjalanan kereta tu dengan tengok map di apps Uber. Tak sampai 5 minit kereta uber dah sampai. 

Dalam uber car

Kereta uber yang selesa
Naik uber car dapat naik kereta alza wei. 10 minit je penjalanan ke USM. So bila dah sampai destinasi bayaran ditentukan oleh apps uber sendiri. Total semua payment RM5.40 jer. Berbaloi sangat.

Charge uber untuk trip pertama

Teknologi zaman sekarang memang memudahkan kita. Tambah-tambah bila kita berada ditempat orang yang langsung tak tahu jalan ke mana, naik pengakutan awam tak tahu yang mana satu. Uber jalan penyelesaiannya. Jadi apps uber memang kalau boleh wajiblah ada kalau emergercy ke apa kan. Recommended to use uber service.

Bagi sesiapa nak dapat first ride free boleh cupon code SALMILANUE. 

Thursday, November 10, 2016

Cendol Sungai Ara Pulau Pinang (Cendoldotcom)

Salam Readership. Selalu betul nak update pasal food hunting. So final year lagi kerap aktiviti food hunting. Kali ni Miela nak review cendol sedap dekat Sungai Ara ni. Sebelum ni memang cendol ni femes dalam facebook. Oh ya sebenarnya Cendol Sungai Ara ni bukan jual cendol je tapi juga ABC tapi menu yang femes adalah cendol. Antara menu depa tawarkan:

-ABC Pulut
-ABC Tapai
-ABC Oreo
-ABC Milo
-ABC Special
-ABC Aiskrim 
-ABC Cocktail
-CENDOL Aiskrim 
-CENDOL Cocktail
-CENDOL Mangga
-CENDOL Pulut Mangga
-CENDOL Durian

dan lain-lain



Banyak kan menu-menu yang menarik?. Semuanya nampak sedap. Bila kami dah tahu dalam facebook ni apalagi memang kami cari tempat ni. Mudah ja nak cari tempat dia. Betul-betul depan Pearl Garden Condo sebelah jalan je. 

Lokasi cendol sungai ara

Menu yang kami pilih

Kami pilih menu Cendol Special campur coco crunch RM4.00 dengan ABC Oreo RM4.00. Untuk cendol memamg sedap giler baq hang. Cendol siap ada coco cruch rasa ranggup bila makan. Kombinasi patut korang try. ABC Oreo pulak RM4.00 tapi serious banyak gila. Boleh kongsi dua orang sebenarnya. Kembung perut makan benda alah ni, seriously sebab banyak. Memang berbaloi juga harganya.

Cendol special coco cruch

ABC Oreo
Untuk merasai kesedapan cendol dan ABC dekat Sungai Ara, Pulau Pinang boleh pergi ke berhampiran Pearl Garden Condo, Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas, Penang (waze Pearl Garden Condo). Cendoldotcom bukak dari 1.30 pagi - 6.30 petang dan cuti pada hari isnin. Maklumat lanjut boleh ke facebook cendoldotcom okay.

Saturday, November 05, 2016

Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias dimasukan hospital


Salam Readership. Pagi tadi dikejutkan dengan berita Ustaz Kazim dimasukukan di hospital swasta disebabkan masalah kesihatan. Miela agak terkejut juga sebab semalam baru sahaja tengok ustaz Kazim ceramah dekat DTSP Universiti Sains Malaysia yang bertajuk "Dosa Diviralkan".

Tiket ceramah semalam

Throwback kisah semalam. Agak penuh dewan DTSP semalam. Yelah sapa tak kenal ustaz Kazim kan. Ramai berpunsu pergi ceramah walaupun bukan student usm.  Pada awal ceramah ustaz Kazim memang nampak tak sihat jugak laa. Tapi bila dipertengahan ceramah beliau nampak beliau masih bersemangat nak sampaikan ceramah semalam. Ceramah beliau memang best, asyik gelak je. Ceramah beliau sampaikan agak santai. 



Tuptup pagi tadi beliau masuk hospital. Agak kesian juga walaupun tak sihat semalam tapi masih bersemangat bagi ceramah untuk kami. Terima kasih atas ilmu yang disampaikan semalam. Perasan jugak masuk hospital masih pakai baju ceramah yang semalam. Jadi marilah kita bersama-sama doakan kesejahteraan ustaz Kazim. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada ustaz kazim. Amin.....