Salam readership. Lama giler teringin nak makan aiskrim magnum cafe ni, setahun lamanya mengindam tau. Tunggu je peluang mana tahu ada cawangan kat penang satu. Dulu kalau makan ais krim magnum cafe tak mampu, yelah cawangan semua kat KL jauh naauuu nak pergi. Tapi sekarang magnum cafe dah buka cawangan yang ketiga di Gurney Paragon, Penang.

Akhirnya ada juga cawangan di belah utara ni. Ngam-ngam nak dekat last semester baru bukak. Sebab next semester dah intern, kalau intern jauh daripada penang entah bila boleh pergi hihi. Apa lagi ada bila ada kesempatan tu terus pergi ke magnum cafe kat Gurney Paragon.

Nampak menyelerakan

Pilihan cik Miela. Ais krim mesti ada kacang baru ada rasa kerangupan dalam kesejukan.

Harga ais krim magnum customize ni hanya RM9.90, harga mampu milik okay. Boleh pilih 3 toping kesukaan seperti kacang,oreo, rose petal, kismis, sebicas biskut dan macam-macam lah. Pilih lah yang toping korang suka dan makan sepuas-puasnya. Magnum cafe juga menawarkan premium aiskrim dengan pelbagai dengan harga bisa korang kaget haha. Tapi hat customize pun dah puas makan hehe.

Ais krim magnum memang tidak dinafikan sedap. So kalau duduk penang teringin nak makan customize aiskrim magnum bolehlah pergi ke Gurney Paragon. Magnum ice cream cafe terletak di floor satu berdekatan dengan Victoria Secret. 

5 Comments

  1. salu dengar magnum cafe niiii. kalau masyuk nanti boleh try kot.

    ReplyDelete
  2. Alomokkkk!!! sedapnye.. adeyyyyy...

    ReplyDelete
  3. lamanya anis tak pergi gurney paragon tu padahal orang penang ni

    ReplyDelete
  4. bestnye dh bkk kat penang! e'in sblm bersalin haritu teringin nak mkn nie.. tp tak dpt2 sampai dh bersalin dh pun.. huhu

    ReplyDelete
  5. Arghhhh sedapnyaaa.. belum ada kesempatan lg nak p sana...

    ReplyDelete