Wednesday, January 11, 2017

Beli LivingCabinet 12 Cubes Dark Veins DIY Cabinet Wardrobe dari Lazada



Salam Readership. Alkisahnya bila dah habis study maka bila nak bawak balik barang-barang dari U ke rumah, memang banyak giler barang dah beranak pinak oii. 4 tahun dok peram simpan barang kat U. Barang terlalu overload nak letak mana sampai terpaksa beli wardrobe baru ni haha. So nak save budget sikit beli wardrobe ni beli kat Lazada je.



Harga kat pasaran RM500 tapi kat Lazada boleh dapat harga RM129. Campur postage baru RM145.50. Harga memang berbaloi. Kalau siapa nak save budget beli wardrobe boleh beli DIY Cabinet Wardrobe ni. Tapi tak bestnya sebab tak banyak kaler pilihan dengan harga RM129. Kalau corak-corak cantik sikit, gambar kartun ke dia mahal sikit la.



Delivery dalam masa 3 hari barang dah sampai. Bila barang dah sampai, dia bagi kotak sederhana besar macam ni. Tak berat sangat pun.


Dalam isi kotak dia macam nilah rupanya. Yang tak bestnya korang kena pasang sendiri. Sesuai dengan harga dia. Miela pasang benda ni pun ambil masa 2 jam haha. Nak pasang senang je, ada guide diberi.


Siap dah pasang. Tapi nampak senget jugak. Nama pun pasang sendiri. Rasanya kalau pasang ketat sikit kat penyambung takde nampak senget kot. Well biasalah kalau beli online kadang-kadang tak sama dengan expectation haha. Dalam gambar elok je wardrobe susun tak senget. By the way, benda very value for money. Kalau tak mampu beli wardrobe mahal beli hat ni nak simpan barang ke baju ke. Benda ni diperbuat daripada plastik high quality dan penyambung dia daripada besi. Wardrobe ni memang kukuh la. Kalau berminat nak boleh ke link ini. 6/10 untuk LivingCabinet 12 Cubes Dark Veins DIY Cabinet Wardrobe .


6 comments:

  1. Sekarang mmg trend almari cube ni kan.. Bia la senget-senget pun asalkan boleh buat bilik kemas, cukup la.. XD

    ReplyDelete
  2. murah jugak beli kat lazada ni hehehe

    ReplyDelete
  3. elsa sekali je beli dekat lazada. more kepada 11street hehe. btw cantik almari nie hikhik

    ReplyDelete
  4. Cute lah senget pon, asalkan boleh guna je hee

    ReplyDelete
  5. yg ni material dia kain ke plastik?

    ReplyDelete