Salam Readership. Entri kali ni Miela nak share pengalaman sangat berharga masa masuk univerisiti. Dulu-dulu masa zaman sekolah, Miela memang tak aktif langsung. Sukan lagi lah, tak pernah terlibat langsung. Percapaian yang nampak hebat, anuegerah nilam je. Haha nampaknya skema hidup dengan buku-buku ni.


Masa zaman sekolah sekolah dulu, Miela takut sangat nak bercakap depan orang. Salah satu sebab takda kenyakinan diri. Tambah pula, dulu-dula kelas bawah je. Segala pertandingan pidato ke, coral speaking, nasyid semua langsung takda rasa nak join. Lagipun benda macam ni selalunya dimonopoli budak kelas atas. Sebab rasa diri tak layak. Dan low confident masa tu membelenggu dalam diri sampai habis sekolah.

Bila masuk universiti timbul satu dasar yang dimana kalau nak dapat hostel kena aktif. Untuk dapatlkan hostel kena kumpul mata mycsd. Mycsd lagi banyak kalau pegang jawatan tinggi. Kalau nak sewa rumah luar hostel memang mahal, plus masalah transport. Tapi masa tu redha je kalau tak dapat hostel sebab masih dalam gua lagi tak mau aktif.

Entah macam mana boleh terlibat dengan aktviti persatuan ni bila kawan ada ajak. Kebetulan dia tengah cari orang untuk edit poster. Jadi, oklah sebab tak perlu nak face orang kan?. Jadi edit poster buat kat bilik dapat mata jawatan banyak.

poster pertam dibuat untuk persatuan

Kemudian lepas tu, Miela dapat satu idea nak kumpul mycsd banyak dengan jadi tukang edit poster. Masa tu dapat survive kumpul mycsd banyak sampai habis semester 2. Tapi ada benda berjaya berubah Miela daripada buat kerja di dalam bilik bertukar join aktiviti luar. Sebab kenal kawan yang aktif pesatuan,  sekali dia terus minta Miela untuk jadi sukarelawan jaga pendaftaran. Masa tu rase takpe kot join, ada kawan taklah segan.

Kisah tu tak stop sampai situ je, bila pernah buat job buat poster kat organisasi lain secara tetiba orang lain minta jumpa untuk upkan jawatan sebab dia nampak Miela berpotensi. Masa tu terkejut sangat, tak tahu macam mana depa boleh nampak potensi Miela. Tapi sebab Miela tak reti nak tolak so terima jelah. Sebab masa sekolah, peluang macam ni tak pernah datang huhu.


Sampai macam-macam jawatan pernah pegang ajk pendaftaran la, jaga booth, jaga peralatan, cari sponsor, buat paperwork dan penolong timbalan. Benda paling bermakna bila dapat jadi Pengarah Projek dan Ketua Kluster. Semua tu datang bila Miela berjaya tunjukkan kat orang Miela pun boleh buat kerja pesatuan.

My team, Kluster Air Kampus Sejahtera

Bila difikir balik sebenarnya Miela ada satu sifat leadership cumanya sedar agak lambat. Actually sifat leadership ni sebenarnya semula jadi sebab Miela anak sulung. Tapi masa tu anak sulung rasa tak yakin sangat nak arah adik sendiri dan lebih banyak mengalah. Apa yang Miela nampak awal-awal, Miela banyak mengarah dan merancang untuk aktiviti dengan kawan-kawan haha. Dan sifat leadership berjaya di gilap bila join pesatuan.

Apa yang korang nampak segalanya Miela bermula dari bawah. Dari buat kerja dalam bilik, kemudian pegang jawatan kecil hingga jawatan ketua. Jadi korang kalau nak ubah diri tu biasanya ambil masa bukan terus naik keatas. Jika ada peluang, guna peluang sebaliknya. Join pesatuan kat univerisiti sangat best, memang payah nak jumpa pengalaman lepas kerja. Jadi enjoy your university life. 

3 Comments

  1. Assalamualaikum kak. Salam dari Uitm Permatang Pauh. Act saya pun ada masalah low confidence bila dalam team. Means kalau benda yang individual alhamdulillah okeh. Tapi bila dalam kalangan teammate saya jadi tak yakin. camne eak nak buat? :)

    ReplyDelete
  2. mila,once mila dh start berpersatuan, memang mila akan aktif dgn persatuan lain sekali haha. tp nk start tu susah kan

    ReplyDelete