Sunday, January 14, 2018

Ramen dari Neraka



Salam Readership. Hai uolss. Pernah makan tak Samyang 2x spicy?. Actually hari ni baru Miela nak review tentang ramen dari neraka ni. Haha kenapa Miela panggil ramen dari neraka?, nanti Miela cerita yea. Samyang 2x spicy sekarang berlambak jual kat 7 eleven dijual dengan harga RM7.50 tak silap. Tapi ada jual murah, dalam RM6.00 lebih dalam bentuk cup.


Okay ini rupa bentuk packaging Samyang 2x Spicy. Warna merah terang betul, nampak lain macam ramen ni. Pakai font berapi-rapi lagi. 


Selepas direndam air panas kemudian tapis dan digaulkan perencahnya jadi macam ramen diatas. Nampak tak pedas je kan?. Pertama kali suap, tak rasa pedas sangat sama macam samyang yang biasa. bila dah masuk suapan ketiga dah mula rasa berpeluh lain macam 😂. Jenuh juga nak habiskan ramen ni, sebab pedasnya fuhhhh. Rasa berapi mulut 💥. Tetapi Miela tetap berjaya habiskan dengan menahan kepedasan melampau sambil berpeluh-peluh di kepala.

Compare samyang yang biasa, samyang 2x spicy rasa pedas agak melampau macam takda nikmat sangat nak makan sebab pedas yang amat. Berbanding Samyang yang biasa yang packaging warna hitam memang rasa pedas bagi Miela rasa pedas boleh masuk mulut dan boleh makan dengan nikmatnya. I means samyang biasa tu tak terlalu pedas bagi Miela. So untuk Samyang 2x Spicy a.k.a ramen neraka mila bagi 3.5 bintang je. Nak beli lagi?, Miela lebih suka samyang yang biasa haha. Melainkan tetiba rasa mengidam boleh beli lagi tapi memang agak jarang nak beli hat ni huhu. Korang pula dah rasa ke?. Boleh share kat komen yea 😄.

Saturday, January 13, 2018

Beli buku english dengan harga less 70-80%

Salam Readership. Selamat tahun baru, walaupun hari ke 13 baru nak update blog yea, hihi. Miela nak share something kat korang ada lubuk emas bagi pencinta buku. Wooww menarik kan?.


Pernah dengar tentang BookXcess?. Actually Miela baru dengar dalam minggu ni, dan bila tengok harga dia. Woww less sangat banyak. Bayangkan harga buku RM100 lebih tapi boleh dapat harga RM17.90 sahaja. Murah kan?. Tak perlu ambil masa yang lama, Miela terus decide nak beli 😂.


Okay ini websitenya, http://www.bookxcessonline.com. Confirm korang rambang mata buat pencinta buku english ni. Untuk promosi bulan januari ada Book Of The Month, I heart New York dengan harga RM9.90 sahaja. Harga asal RM35.90 tau.

Buku yang baru sampai pagi tadi

View dari side tepi pula

Hihi Mila grab 3 buku terus. First buku Selling Wirh Emotional Intellingence. Tak tengok habis buku ni, tapi sangat beguna untuk karier Miela sendiri dan bisnes. Second book pula After You. Pernah tengok  movie Me Before You?? filem romantik yang femes masa 2016. Tapi sebelum ni pernah baca novel ni sikit kat online, yang novel ni memamg sedih lah cerita dia sebab cerita tentang keperitan Louisa nak move on selepas kematian Will. Dan buku ketiga pula This Book Loves You ditulis sendiri oleh Youtuber yang terkenal Pewdiepie. Buku ni best boleh diubat untuk hilang stress.



Korang nampak ada tanda garisan merah pada buku. Actually buku bukan buku second hand tau. Sebenarnya buku ini buku baru. Selalunya pembekal buku apabila buku lama tak terjual mereka letak tanda ni sebagai buku yang tak terjual dan jual pada harga lebih murah tapi buku masih elok lagi. But I still love it dengan bau buku dia tu. So memang tak menyesal beli. Jadi kalau nak beli english harga murah boleh ke BookXcess tau.