Salam Readership. Miela agak bersemangat sikit untuk update entri kali ni. Mana taknya, lately trafik blog meningkat disebabkan entri tutorial transfer duit ni. Dulu Miela pernah update cara transfer duit dari BSN ke bank lain mengunakan atm disini . Tapi entri yang BSN agak lama, mungkin ada perubahan dari cara transfer. Kemudian Miela pernah buat entri cara transfer duit mengunakan maybank2u disini. So let's next tutorial yang baru uolss.......


1. Log in ke CIMB Cliks
2. Klik bahagian transfer > To Other Banks



3. Isi detail seperti di dalam gambar


From : Select nombor acc cimb kita 
Method : Normal transfer ambil masa 1 hari waktu bekerja, instant transfer tak kisah transfer waktu malam akan masuk pada waktu tu juga
To : Pilih bank acc lain yang kita nak transfer
Account no : acc nombor penerima
Recipient's name : nama acc penerima
Payment type: Selalunya kita pilih fund transfer la kannn
Amount: Jumlah ingin transfer
Recipient reference dan other payment detail: apa-apa sahaja detail transfer ingin kita masuk
When: Of courselah korang nak pilih now, kalau nak schedulekan transfer pun boleh
Alert recipient by : boleh melalui email (free) atau by sms. Yang sms ni best boleh letak nombor penerima supaya penerima alert kita pun transfer. Tapi kena cas RM0.21 yer. 

4. Kemudian klik submit
5. Contoh Miela buat transaksi normal transfer, akan jadi macam ni yer


6. Kemudian request TAC. Nanti server akan hantar nombor tersebut melalui message ke nombor hampa daftarkan. Lepas tu boleh isi TAC number dan tekan confirm.

7. Jadi transaksi kalau berjaya akan keluar aknowledgement. Contoh transaksi normal transfer.



Semoga tutorial akan membantu korang terutamanya yang baru guna CIMB Cliks hehe

3 Comments