Wednesday, April 11, 2018

Jungle Trekking di Taman Negara Pulau Pinang

Salam Readership uolss. 11 March yang lalu (dah sebulan dahhh) Miela dengan sahabat-sahabat officemate telah ke Taman Negara Pulau Pinang untuk berjungle trekking disana. Ini termasuk kali ketiga datang ke Taman Negara. Nampak tak kalau repeat tempat yang sama, mesti tempat tu best punya haha. 

Sebelum nak pergi tu, trip kitaorang sebenarnya hampir-hampir tak jadi disebabkan dengar khabar angin trek untuk jungle trekking tu tutup sebab ribut. Disebabkan Miela memang teringin sangat nak pergi tempat tu I had ask my friend kebetulan tengah bercamping disana. Nasib baik dia cakap half trek je tutup. Maknanya kami berjungle trekking sampai pantai kerachut sahaja dan perlu naik boat untuk ke monkey beach. So aktiviti jungle trekking kami on. 

Awal-awal perjalanan memang syiok berselfie bagai. Jalan pun rata je, sambil menikmati keindahan hutan siap boleh gelak-gelak lagi. Masa tu memang tak rasa penat lagi.

okay lagiii

Dah start mendaki sikit


Time ni rasanya dah pertengahan hutan. Walaupun kami penat sikit tidak mematahkan lagi semangat nak "berselfie" wakakaka 😂. Actually trek kat Taman Negara Pulau Pinang ni tak sukar mana pun cuma ada sesetengah part kena mendaki sikit tapi kalau untuk yang beginnner tempat ni memang sesuai sebab takde penat sangat pun sebab banyak jalan rata.


 Okay lagi 5 minit nak sampai

Masa ni dah nak sampai pantai kerachut bila nampak kat titi gantung menghadap pantai

 Selfie lagi tunggu boat nak sampai ambik kami

Nextttttt..... Selepas naik boat kami tiba di destinasi terakhir iaitu Monkey Beach. Sepatutnya kami perlu jungle trekking ke Monkey Beach tapi disebabkan trek ke sana tutup memang pergi naik boat laa jawabnya. Selepas relaks-relaks sat menikmati keindahaan monkey beach main pula game Pirate Roulette Game. Tag kat sini takdelah pula gambar hehe. Semua aktiviti ada dekat video diakhir entri nanti. 

Selepas puas spend time bersama-sama di Monkey Beach, pulang pun menaiki boat daaa

Last but not least

Berjunggle trekking di Taman Negara Pulau Pinang memang dah jadi tempat favourite Miela. Sebenarnya tempat ni Miela banyak spend time dengan sahabat-sahabat lain di trip sebelum ni, bukan je jimat duit sebenarnya haha tapi menikmati keindahan hutan disamping bunyi laut tu sangat priceless okay. Terus boleh hilang stress sekejap. Sebagai penamat entri Miela belanja video trip kami kat bawah ni okay 😉.


p/s: Taman Negara Pulau Pinang merupakan tempat yang patut korang pergi kalau datang Penang tauuu

Green Soy Bean Edamame dari 7eleven


Salam Readership. Korang pernah tak makan kacang soya hijau jepun a.k.a edamame ni?. Taktau mood terlebih rajin nak review semata-mata "sepeket" kacang soya hijau. Dulu-dulu nampak benda ni tak rasa nak makan pun. Tapi ada kawan suruh rasa benda ni, serius not badddd.


Kacang soya hijau korang boleh dapatkan di 7eleven berdekatan. Benda ni terletak di peti sejuk beku depan pintu 7 eleven tu haaa. Cuma tak semua 7eleven ada benda ni sebab kacang soya hijau cepat je habis. Harganya cuma RM3.00 jer tapi  bila makan memang puas buat kuyah-kuyah. 

Green Soy Bean sedang dipanaskan

Lepas korang dah bayar  benda alah tu kat kuanter jangan makan terus sebab tak masak lagi 😂😂. Kena panaskan kat mikrowave dalam 1.5-2 minit macam tu untuk satu paket green soy bean ni. Tunggu sekejap main phone sat, tup-tup dah siap panas then bolehlah makan. Green Soy Bean sesuai untuk buat kudapan sambil-sambil relaks ke nak cari idea ke haha. Trylahhh, mesti korang ketagih. Confirmmm. Siapa yang pernah rasa boleh share comment di entri ni yea hiks.