Saturday, September 22, 2018

Review: Photobook 11" x 8.5" Medium Landscape 40 pages


Salam Readership. Baru-baru ni Miela baru sahaja tempah untuk kali kedua diphotobook sebagai hadiah kahwin untuk kawan. Kali nie beli hat besaq sikit baru puas orang tengok. Sebelum Miela order photobook dekat Photobook Malaysia, Miela beli dulu voucher dekat Lazada. Sebab banyak-banyak voucher Photobook kat Lazada paling murah so far.


Cari je kat Lazada lepas tu checkout. Nanti dorang akan sent promo code dalam email and korang boleh guna bila dah lepas edit photobook. 

Lepas edit-edit semua dekat Photobook Malaysia , kena tambah RM10 untuk kos postage jadi total semuanya RM45 jer. Postage ambik masa tak seminggu dah sampai.


Tadaaa dah sampai


Untuk 40 pages boleh muat sampai 50++ gambar tau, printing memang cantik giler



Perbezaan Photobook 11x8.5 dengan photobook mini square 6x6


Alhamudilah photobook ni pun dah sampai kat kawan dan dia sangat puas hati dengan gift ni. Phootobook ni ibarat album modern yang lagi best kita boleh edit sendiri and letak perkataan yang kita suka. Plus kalau kena air pun gambar tak rosak. Lagi satu kalau photobook hilang, boleh print balik je cuma kena bayar hehe. Rasa nak repeat order lagi untuk photobook kenangan 2018. Trylah Photobook Malaysia, Miela jamin mesti korang puas hati dengan servies mereka.

Sunday, September 09, 2018

Shopathon Blogger Contest : Pilih tiga produk di Lazada yang selalu anda ingin beli



Salam Readership. Lazada sekarang mengadakan SALE secara besar-besaran 9.9 festival sale dari 6 hingga 9 september dimana Lazada ada offer item up to 90% OFF. Menarik wehh, kalau dapat grab satu boleh jimat duit poket.

Pada masa yang sama ada 3 item yang Miela nak sangat sangat sangat beli, apa 3 item tu?? Haa baca sampai habis tau

Portable Stand-type Garment Steamer / Clothes Iron (Red)

Iron streaamer memang Miela nak sangat sebab benda kalau iron baju jadi cepat je. Plus pakai iron yang jenis macam cofirm baju korang tak kan rentung punya sebab pakai wap je..


leegoal Women Lazy Makeup Bag Drawstring Portable Travel Waterproof Cosmetic Bag Toiletry Bags


Sekarang ni trend pakai beg makeup macam ni sebab beg makeup yang macam ni lebih jimat ruang dan mudah cari berbanding beg makeup korang yang korang ada isi dia macam kompos sebab banyak sangat bendaa haha. Plus beg makeup yang ni sangat sesuai kalau nak bawak travel. Sekarang harga pun sale, harga mampu milik lagi murah dari beg makeup yang style lain.


Ocean New Women Fashion Sneakers Flat PU Lace up Casual shoes(Pink)


OMG!! this is what I want. Ini salah satu wishlist Miela nak sangat sangat sangat beli sneakers.  Hat design ni nampak cun giler. Selalu pakai sneakers lagi selesa kalau jenis berjalan jauh. Kalau pakai mesti nampak macam ala-ala korea gituuuu.


Okay ini 3 barang yang Miela nak sangat beli. Kebetulan hari ni last mega sale 9.9, korang boleh terus ke link ini untuk shopping okay. Yang belum join contest Shopthon Blogger contest boleh join tau sebab hari ni hari terakhir. Setiap peryertaan akan dapat voucher Lazada RM30. Rugi tau kalau tak join. Untuk info lanjut boleh ke https://www.lazada.com.my/blogger-contest/ . 

Sunday, September 02, 2018

Hiking Gunung Semanggol

Salam Readership. Terlalu lama rasanya tak mengupdate entri. Kisah hiking Gunung Semanggol dah lama sebenarnya. Kitaorang pergi masa bulan 4 hari tu. Sekarang dah masuk bulan 9, lamanya peram cerita 😂.

Actually Gunung Semanggol dekat je dengan rumah, dalam 15-20 minit dah boleh sampai. Cumanya baru dah tawan Gunung Semanggol ketika umur 24 tahun kah kah. Untuk trip hiking kami pergi seramai.... 1..2..3... * tengok gambar kat bawah. Haa......7 orang yer pergi, hehee



Nak cari gunung semanggol senang je, pakai waze tup tup sampai dah destinasi haha. Landmark dia kat Masjid An-nur, boleh parking kereta kat situ lepas tu boleh start jalan menuju ke kaki gunung. Sebelum naik hampa akan lalu ladang kelapa sawit. Mula-mula relax je, jalan rata tak mencabar sangat. Kalau bertuah ada lembu menyambut kedatangan korang hehe. 


Bila nampak kat sini baru start cabarannya, tu baru sikit. Kena panjat pakai tali. Silap je boleh jatuh. So kat kawasan sini kena hati-hati sikit terutamanya time nak turun. Kat sini juga, pun dah boleh nampak pemadangan  sawah padi


Of course curi masa sikit nak bergambar 


Hiking lagi, dah nampak laluan makin lama makin mencanak



Jeng bila part yang mencabar, banyak pula batu. Part sini memang mencanak. Time hiking jangan pernah percaya "nak sampai dah sikit lagi". Kejap-kejap benti sebab penat 😂


99.9 % sikit lagi nak sampai, rehat dulu sat sebab kat puncak ramai giler orang masa tuu. Ya Allah masa tu rasa lega sangat dah sampai, tapi fikir nak turun tu huhu rasa tak mau turun makkkk. Kalau boleh nak guling je sebab nak turun tu memang curam giler.


Haa nampak tak pemadangan kat belakang tu, boleh nampak sawah padi kan?. View kat atas memang cantik sangat


Tempat ni memang jadi tempat wajib untuk bergambar. Rugilah pergi hiking Gunung Semanggol kalau tak tangkap gambar kat sini sebagai bukti yang kitaorang pernah tawan Gunung Semanggol. Agak-agak bila nak tawan hati awak pulak? cia cia cia.

Last, lupa nak cakap durasi hiking Gunung Semanggol dalam masa 1.30 jam ke 2 jam macam tu. Orang cakap tak macam gunung sebab kalau yang terer boleh sejam suku pun sampai huhu. Kalau nak hiking yang lagi mencabar hampa kena lepas dulu panjat Gunung Semanggol sebab yang mencabar akan lagi tinggi nak panjat. Di hujung entri Mila belanja semasa hiking, jangan lupa komen okay!


Saturday, September 01, 2018

10 Lagu Nasyid Popular Zaman Sekolah Dulu

Salam Readership uolss. Miela masih ingat zaman sekolah dulu masa darjah 2 3 lebih kurang, masa tu lagu fenomena nasyid memang popular sangat. Channel tv 1 selalu dok tayang lagu nasyid , kalau tak silap siap ada carta nasyid lagi. Tambahan pula dulu sekolah petang pergi sekolah agama. Kat situ dah terdedah dengan lagu nasyid. Hampir tiap-tiap tahun je ada pertandingan nasyid. Lagu nasyid paling femes selalu orang guna buat persembahan nasyid macam Sumayyah dan Sepohon Kayu hihi.

Apa yang Miela lihat zaman sekarang industri nasyid macam dah kurang sikit tapi masih ada lagi lagu unsur keagamaan cuma versi moden contohnya lagu-lagu dari syamsul yusof. Tapi sekarang lagu nasyid yang lama sekarang sudah buat versi baru. Cover lagu nasyid apa kurangnya, macam-macam versi ada. Miela taknak bebel panjang-panjang, korang boleh skroll lagu-lagu nasyid popular zaman sekolah dulu-dulu. Ingat ke tidok.....


10. UNIC- Ainul Mardhiah


Lagu Ainul Mardhiah menceritkan tentang bidadari tercantik di syurga diciptakan untuk yang mati syahid. Lagu ni ada dua versi tau, versi terbaru 2017 pun still best.


9. NOWSEEHEART - Damai Yang Hilang


Lagu nasyid ni femes time berlaku perperangan di Palestin. Bila part tayang gambar-gambar anak palestin masa perang tu dengan  background lagu ni sumpah rasa sedih sangat. Kat situ kita patut rasa bersyukur negara kita masih aman lagi.


8. Raihan - Iman Mutiara


Lirik simple dan mudah diingati. Semua pun faham walaupun sewarak mana pun ibu bapanya belum tentu iman dapat diwarisi ke anaknya.


7. Hijaz - Fatamorgana 


Sampai hari ni masih tertanya-tanya siapalah budak kecil yang dalam video ni, serius benda yang mengingatkan lagu ni adalah subjek budak tu sendiri. Sebenarnya ada masej tersirat yang nak disampaikan tu.



6. 25 Rasul - Raihan

Lagu ni favourite tau time zaman kecik-kecik. Bila tak ingat nama rasul automatik terus nyanyi lagu nie sambil jawab exam 😂.


5. Hanya Tuhan Yang Tahu - Unic

Lagu ni berkisar tentang seseorang lelaki memedam perasaan terhadap seorang wanita tapi dia luahkan rasa tu kepadaNya. Lagu ni selalu femes masa kursus kahwin.


4. Tanpa cintamu - Mirwana feat Jay Jay


Kalau perasan dalam MV ada faizal tahir tau. Fazir sebenarnya bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana. MV nie berkisar tentang kisah silam penagih dadah yang ingin kembali ke pangkal jalan


3. Sepohon Kayu- Saujana 



"Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya". Lirik deep dan selalu jadi ingatan kan?.


2. Intifada- Rabani 


Lagu nasyid Intifdaa dia pun rentak muzik agak lain, dia rasa berkobar-kobar macam tu. Kalau menyanyi lagu ni rasa lebih semangat, nama tajuk dah Intifada bermaksud kebangkitan.


1. Summayah - hijaz 

Lagu Summayyah selalu tau jadi lagu wajib pertandingan nasyid zaman sekolah agama dulu. Lagu ni kisah tentang Summayah yang merupakan wanita pertama syahid dalam Islam.


Korang mesti rindu lagu-lagu nasyid zaman sekolah dulu kan?. Walaupun dah lama, lagu tak lapuk untuk di dengar pada zaman sekarang. Btw, apa lagu nasyid kegemaran korang? jangan lupa komen yer 😄