Salam Readership. Terlalu lama rasanya tak mengupdate entri. Kisah hiking Gunung Semanggol dah lama sebenarnya. Kitaorang pergi masa bulan 4 hari tu. Sekarang dah masuk bulan 9, lamanya peram cerita 😂.

Actually Gunung Semanggol dekat je dengan rumah, dalam 15-20 minit dah boleh sampai. Cumanya baru dah tawan Gunung Semanggol ketika umur 24 tahun kah kah. Untuk trip hiking kami pergi seramai.... 1..2..3... * tengok gambar kat bawah. Haa......7 orang yer pergi, hehee



Nak cari gunung semanggol senang je, pakai waze tup tup sampai dah destinasi haha. Landmark dia kat Masjid An-nur, boleh parking kereta kat situ lepas tu boleh start jalan menuju ke kaki gunung. Sebelum naik hampa akan lalu ladang kelapa sawit. Mula-mula relax je, jalan rata tak mencabar sangat. Kalau bertuah ada lembu menyambut kedatangan korang hehe. 


Bila nampak kat sini baru start cabarannya, tu baru sikit. Kena panjat pakai tali. Silap je boleh jatuh. So kat kawasan sini kena hati-hati sikit terutamanya time nak turun. Kat sini juga, pun dah boleh nampak pemadangan  sawah padi


Of course curi masa sikit nak bergambar 


Hiking lagi, dah nampak laluan makin lama makin mencanak



Jeng bila part yang mencabar, banyak pula batu. Part sini memang mencanak. Time hiking jangan pernah percaya "nak sampai dah sikit lagi". Kejap-kejap benti sebab penat 😂


99.9 % sikit lagi nak sampai, rehat dulu sat sebab kat puncak ramai giler orang masa tuu. Ya Allah masa tu rasa lega sangat dah sampai, tapi fikir nak turun tu huhu rasa tak mau turun makkkk. Kalau boleh nak guling je sebab nak turun tu memang curam giler.


Haa nampak tak pemadangan kat belakang tu, boleh nampak sawah padi kan?. View kat atas memang cantik sangat


Tempat ni memang jadi tempat wajib untuk bergambar. Rugilah pergi hiking Gunung Semanggol kalau tak tangkap gambar kat sini sebagai bukti yang kitaorang pernah tawan Gunung Semanggol. Agak-agak bila nak tawan hati awak pulak? cia cia cia.

Last, lupa nak cakap durasi hiking Gunung Semanggol dalam masa 1.30 jam ke 2 jam macam tu. Orang cakap tak macam gunung sebab kalau yang terer boleh sejam suku pun sampai huhu. Kalau nak hiking yang lagi mencabar hampa kena lepas dulu panjat Gunung Semanggol sebab yang mencabar akan lagi tinggi nak panjat. Di hujung entri Mila belanja semasa hiking, jangan lupa komen okay!


7 Comments

  1. Saya pun gunung jerai belakang rumah tapi tak pernahnya mendaki, naik atas tu dengan motor ada la hahaha.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya berhiking.. Ekin x pernah lagi hiking tapi teringin. .apapun jemput singgah blog ekin untuk baca entry baru tau.. Hehe

    https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/09/got-my-selene-by-dea-april.html?m=1

    ReplyDelete
  3. saya ni ada kawan ajak repeat lagi ni ... nak p ke idak entah le

    ReplyDelete
  4. bestnya permandangan~

    singgah blog myra tau! dah add GFC :)

    http://hunnyandvanilla.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. gigihnya hiking.. hehe tapi takpe healthy lifestyle ^^

    ReplyDelete
  6. bagus hiking ni. kalau yg kurus boleh bertambah kurus. lain2 tu utk stamina pon elok. baru tak lemau.hehe

    ReplyDelete