Friday, November 02, 2018

Permulaan zaman dewasa yang mencabar


Salam Readership. Lama tak bukak topik-topik deep sikit. Zaman belajar dah tamat setahun lepas. So fasa sekarang boleh dikatakan awal zaman dewasa. Mula-mula tu sejujurnya susah nak adapt fasa yang agak mencabar ni.

Di fasa ini, mulalah dah kurang circle of friends. Jika zaman belajar dulu kawan selalu je depan mata, siang malam sama-sama. Bila dah tamat belajar semua ada life masing-masing. Normal sebenarnya dah tak banyak kawan macam dulu. Janganlah kita ingat bila mereka jarang contact kita terus mind set dia lupa kita sepenuhnya. Tidak, kita kena faham setiap orang komitment hidup masing-masing. Good friends like a star, you don't always see them but you know they're always there.

Why not kita start mula tegur kawan lama tak contact??. Boleh mulakan dengan komen di facebook atau tegur di story Instagram. Kalau kita kekal dengan ego "dia tak tegur aku, aku taknak tegur dia" sampai bila?. Hubungan persahabatan lama-lama pudar macam tu saja.

Antara benda lain kena hadapi di fasa zaman dewasa ialah kita lebih banyak berdikari. Berdikari tak bermaksud kita loner tau. Sometimes kita kena belajar untuk tidak terlalu bergantung dengan manusia. Kadang-kadang kena hadapi masalah itu sendiri. Susah mana kena bangkit sendiri. Belajar untuk lebih positif. Cari kata-kata positif dari influencer terkenal seperti Aida Azlin, Slurpee_crank, Aiman Azlan dan lain-lain.

Hidup zaman dewasa juga memang tak lari dari masalah tempat kerja, kewangan, keluarga mahupun cinta. Ingat hidup manusia tak selalu indah sebab dunia ini merupakan tempat ujian. Untuk saya lebih kuat dan positif memang saya akan selalu fikir macam tu sebab hidup tak selalu indah. Tapi detik-detik indah tu kita kena hargai dan bersyukur. Down itu biasa, tapi kena cepat-cepat move on supaya kita tidak terkurung dalam kesedihan terlalu lama yang sebenarnya kita boleh cari cahaya untuk kita keluar. Kalau boleh carilah kawan dipercayai kalau tak pun cerita pada family untuk minta pendapat.

Untuk kita lebih bahagia dalam hidup carilah kegembiraan dalam hidup. Carilah hobi atau minat. Takde hobi atau minat boleh diexplore. Tak semestinya  kegembiraan boleh dibeli dengan wang atau cinta. Buat baik kepada manusia atau haiwan pun merupakan satu kegembiraaan. Kalau makan buat korang happy, buatlah hahaha. Sebab happiness tu korang sendiri kena explorer jawapanya. Akhir kata jangan tengok apa yang orang lain ada, tetapi lihatlah apa yang kita miliki yang tiada pada orang lain


3 comments:

  1. Kadang kawan itu bukan tidak ingat,mungkin ada komitmen..kita doakan.

    ReplyDelete
  2. Lalui setiap fasa dengan gembira.. nikmati kehidupan. Fasa dewasa, belajar memafkan supaya lebih tenang hati.. Kita hidup pun tak lama.. So hargai setiap detik kehidupan...

    ReplyDelete
  3. Berdikari itu sudah semestinya. Semua ini sebenarnya mengajar kita erti syukur.

    Jom join giveaway hadiah menarik: http://www.maisarahsidi.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html

    ReplyDelete