Sunday, June 23, 2019

Tips pastikan karpet sentiasa bersih dan bebas kuman jika bela kucing

Salam Readership. Jujur sebelum ni Mila memang tak ambil tahu tentang kepentingan produk detol melainkan sabun detol je. But lately tetiba datang alahan gatal sikit. Bila cari punca rupanya dari karpet bilik I duduk tu.Dah cuci habis dah, setiap 2-3 hari siap vacumm nak hilangkan gatal, padahal dah buat segala benda. Maybe penyakit mai datang tiba-tiba sebab kucing sekarang tido dalam bilik, nak halau tak sampai hati.

Satu hari tu terjumpa group facebook tanya cara nak cuci carpet. Macam-macam ada, tapi nak instant buat hari-hari depa rekomen Dettol Disinfectant Surface Spray, sebab katanya boleh hilangkan bau dan kuman. So Mila cari benda alah ni, but I terkejut jumpa kat Shopee harga murah giler RM10.20 jer. Sedangkan tengok tempat lain harga mau dekat RM20 jugak. Jimat banyak, so tanpa ragu-ragu terus beli

Yang ini paling murah hampa boleh dapat dekat Shopee, campoq postage still murah

Taadaa barang pun dah sampai, mari tengok detail dia


So produk ni memang akan claim ada bau wangi dan mampu hapuskan kuman

Bila lepas pakai:
Untuk first impression bau memang wangi tapi macam bau ubat. Semboq sekali memang dah kuat bau. Normally guna semboq dekat carpet dengan tempat tidur. The result memang takde gatal-gatal walaupun kucing dok melawat bilik banyak kali.Dengan harga RM10.20 rasa berbaloi beli, tapi I still sayang nak guna hari-hari takut habis haha. So hampa nak rasa bersih rumah, nak hilangkan kuman-kuman yang tak nampak boleh guna yang ni

2 comments:

  1. boleh guna dekat sofa sebab gatal2 lepas duduk dekat situ. Thanks for the review!

    ReplyDelete