Minggu lepas baru sahaja pergi Cameron Highland. Sebenarnya memang tak puas pergi Cameron Highland satu hari je, tambah-tambah weekend dengan jemnya dapat melawat beberapa tempat je. Kalau bukan weekend mungkin boleh cover banyak tempat. Sebab Cameron Highland ni lepas pukul 7 dah senyap sunyi sebab banyak tempat dah tutup.


Tempat pertama pergi BOH Sungai Palas Tea Centre, kononnya nak breakfast tapi breakfast pukul 11 sampai sebab jem giler, huhu. Dekat sini banyak teh boh pelbagai jenis, tapi malangnya Miela memang tak suka minum teh. Rugi dah dekat situ, tapi takpe pemadangan kat ladang teh memang cantik pun kira puas juga datang sini, boleh segarkan mata sikit.


Pemadangan ladang teh yang menghijau



Selfie dari cafe atas


Tempat wajib bergambar kalau datang sini


Seterusnya kitaorang pergi Restoran Taman Apple Cameron. Restaurant ni famous dengan steamboat tapi kitaorang sampai pukul 1, steamboat ada pukul 4 so kitaorang makan menu tengah hari je. Mila sempat merasa nasi kukus ayam rendang strawberry, not bad memang sedap tapi tak rasa addicted nak makan lagi haha.



Lepas makan Restoran Taman Apple Cameron, kitaorang bergambar kebetulan ada port cantik dekat sini.


Detinasi ketiga ke Kea Farm untuk shopping sayur. Malangnya tak teringat ambil satu gambar pun  dekat sini. Maybe mood I dah turnoff sebab hujan haha pun boleh, nak tangkap gambar lightning tak cantik. Sini kalau shopping sayur murah giler, 7 sayur boleh dapat RM10 je. Tapi apa yang I shopping jagung susu berapa tah tapi  RM10 dengan 1kg ubi purple kongsi dengan kawan RM10, sorang dapat RM5 je.

Detinasi terakhir, padahal dentinasi keempat Pasar Malam Cameron. Nak buat macam mana, disebabkan nak malam dan jem sempat sampai dentinasi ke empat jer. Tapi kira bertuah dapat pergi pasar malam Cameron, sebab dia hanya ada hari sabtu je. Dekat sini boleh try makanan rare yang ada dekat Cameron seperti strawberry coklat, bebobola ubi dan sayur goreng tepung. 



Ini sahaja itinerary yang super simple satu hari. Memang tak puas ceritanya haha, konon satu hari dapat pergi banyak tempat sebab perak ke Cameron dekat. Sekali buang masa kat jalan. Anyway, dapat juga release tension sikit berjalan-jalan ni sambil spend time dengan kawan. Nanti kalau nak pergi Cameron, kalau nak trip 1 day kalau boleh jangan pergi waktu weekend atau cuti sekolah la yer. 


2 Comments

  1. seronoknya pergi cameron highland, dah lama tak pergi. first time ekin dengar ada nama nasi kukus ayam rendah strawberry tuh 🤣 nanti kalau pergi boleh lah mencuba

    ReplyDelete
  2. best nya lahaiiii.... antara tmpt yg sy xpenah smpi lg waaaaaaaa😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete