Sunday, August 04, 2019

Corndog Cheese Korea kini di Taiping

sumber gambar : Moza Crunch

Pernah dengar tak  corndog cheese ala-ala makanan korea?. Sekarang ni memang famous corndog cheese ni selain boba tea tu. Mujurlah dekat Taiping ada satu kedai jual. Susah nak cari corndog Korea melainkan buat sendiri haha. Kedai tu namanya Moza Crunch. Dan lama bukak tak silap sebelum raya kot. Tapi baru merasa minggu ni padahal dekat sangat tempat kerja. Maklumlah masa awal-awal bukak asyik ramai beratur sampai sold out la. Ada orang ipoh sanggup turun ke Taiping semata-mata nak dapatkan corndog di Moza Crunch.


Jadi dengan kami 6 orang nie try food hunting corndog cheese ni, 5 orang ambil Original Moza yang dalam ada cheese dan sosej dan seorang ambil Moza Cocoyo. Kedua-dua dah try rasa, not bad. Yang original moza memang sekali makan pun memang puas, dengan cheese yang padu tuu. Makan boleh main tarik-tarik cheese sampai ke langit katakan.Corndong paling sedap makan bila baru lepas masak, panas-panas rasa kerangupan toping kat luar.



Untuk pengetahuan korang di Moza Crunch ada macam-macam menu seperti Moza Sausage , Original Moza, Moza Cocoyo (yang disalut oreo), Moza Corn (toping cornflakes and corn) dan Moza Pop (toping fries). Jadi kalau korang duduk di sekitar Taiping boleh dapatkan di Moza Cruch berhadapan Food Avenue, Tingkat 1.



2 comments: