Monday, January 26, 2015

Baru pulang



Salam Readership. Come back home yeahhhhh!!! . 10 hari tau I takda kat umah uolzz, hahahaha. I pergi merantau ke oversea. Haa betullah  Miela pergi "oversea" , bukan satu tapi dua country ahakssss. Iaitu Pulau Pinang dan Sarawak, haaa nampak tak "oversea"nya?, asal merentas laut je tu namanya oversea lah, hehe. 

Dalam sepuluh hari tu nak tau Miela buat apa?. Dalam 5 hari pertama, 2 hari tu Miela pergi bakti siswa Kampung Selamat, Bukit Merah Perak. Tapi bakti siswa ni bukan bakti siswa tolong mangsa banjir. Yelah kan masa tu suma ingat yang itu kebetulan jugak banyak bakti siswa lain buat kerja amal tolong mangsa banjir tapi sebenarnya bukan. Tempat tu pun tak terjejas kena banjir. Aktiviti just jumpa penduduk kampung buat keluarga angkat, then tolong buat bacian mengenal sosioekonomi penduduk kampung. Siyes seronok sangat program ni, tak sangka penduduk kampung kat sini semuanya ramah-ramah.

Next 5 hari terakhir, hoho Miela fly dari Pulau Mutiara ke Bumi Kenyalang . Boleh dikatakan Miela agak langkah kiri datang Sarawak T.T sob sob sob. Salah satunya hujan memajang di sana, tak boleh berjalan banyak tempat. Tapi masih sempat jalan di bandar sekitar Kuching, dan yang penting makanan Sarawak tu sempat Miela merasa seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, Kuih Terbaloi dan Ais Krim Gula Apong. Makanan Sarawak memang nyaman, *thumb up*.

Rasa macam tak cukup lagi nak bercerita tentang kisah 10 hari ni. Next entrylah ek Miela cerita. Btw, alhamdulilah dah sampai umah semalam, baru hari ni nak update. Hehe besalah dah penat merantau, semalam sampai rumah terus rehat sepanjang hari. Fuhhhhhhh

Wednesday, January 14, 2015

1st Giveaway by Mass-Naim


Salam Readership,


Syarat-syaratnya sangat simple

>> Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia.

>> Wajib Like Page Pu3 Outlet 

>> Follow blog Mass-Naim dan follow google+ mass-naim yang ada di side bar sebelah kanan blog.

>> Buat entri bertajuk " 1st Giveaway by Mass-Naim "

>> Copy coding yang disediakan dan paste kan ke ruangan HTML entri anda.

>> Backlink kan URL entri anda di kotak komen dibawah entri ini.

>> Keputusan pemenang 100% menggunakan random.org

>> Keputusan yang berjaya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2015.

Senarai hadiah :

** Cathy Choo 24k Active White Gold
Top Referral - 1 x Pemenang

** Shawl
3 x Pemenang Pertama, KeDua & KeTiga

** Topup RM5
2 x Pemenang Saguhati

Mari join beramai-ramai (^_^)

So, Good Luck semua =)



Tuesday, January 13, 2015

Ke Sarawakkah kita?


Teringin nak tangkap gambar kat sini

Salam Readership. Yes!! lagi seminggu Miela akan terbang dari bumi semenangjung ke bumi kenyalang. Hampa nak tau, Miela punya excited nak pergi Sarawak. First sebab tak pernah naik flight, kahkahkah mesti hampa gelak kan?. Memang minah kampung ni jakun sikit. Macam manalah nak naik flight, memang takda keperluan nak naik flight. U pun dekat, nak melacong ke luar negara ermm memang taklah. Kite paling kuat lepas ke luar negara, sempadan Thailand je. Ingat naik flight macam bas rapid, bayar RM1.20 boleh ronda satu penang haha. Cuma kan, kes AirAsia QZ8501 buat Miela sedikit gentar. "Eh betul ke aku nak naik light?" Mula-mula cuak jugak, rasa tetiba nak batalkan tiket flight. Tapi gila kau, nak batalkan tiket flight RM300++, penat gua kumpul duit nak beli tiket flight T.T. Last-last pergi jelah, kalau benda dah nak jadi, dia akan jadi. Kawan-kawan dok bagi nasihat "Hang tak payah risaulah, Insyallah tak jadi apa-apa.". Nampaknya sangat Miela dok gelabah, hahaha faham-fahamlah first time.

The second reason is orang excited sebab tak pernah lagi Sarawak. Selama ni dok tengok tv, baca blog pasal Sarawak akhirnya dapat jugak pergi Sarawak sebab rumet Miela orang Sarawak. So, senanglah sikit kalau pergi Sarawak sebab ada kawan. Kang pergi seseorang, menangis dalam kesesatan nanti T.T. Kiranya rumet mila akan jadi pemandu pelacong yang tak berbayar nanti,hahaha. Untung tau kalau ada kawan berlainan negeri, nanti-nanti cuti sem hampa boleh ikut balik ke negeri depa. Boleh makan angin sekali. Miela memang suka bab melacong, kalau boleh satu dunia nak travel. 

Boarding Pass

Doakan Miela semoga selamat pergi dan sampai. Semoga perjalanan ke sana dirahmati Allah. Aminnnn. Dikatakan perjalanan dari Penang ke Sarawak 1 jam 45 minit. So sesiapa yang dok Sarawak mehlah jemput Miela kat Kuching International Airport , bawak gang dengan sepanduk yeee. Hahaha apa kau ingat, Miela ni retis antrabangsa ke apa? . Haha Miela gurau-gurau je.

Mood: Tazzzzabar pegi Sarawak, huhu