Thursday, August 27, 2015

Perkembangan doddle blog

Salam Readership. Miela ni bukanlah pakar melukis doddle. Tapi bolehlah sikit-sikit melukis ni, tak pro. Dalam test Uji Otak Anda resultnya otak kanan 50, otak kiri 50. So Miela boleh buat semua benda tapi tak pro kah kah. Contoh Matematik, boleh lah skor tapi tak sampai dapat A solid. Sama jugak melukis, boleh lukis tapi tak cantik mana kih kih. Kalau tak kerana blog tutorial, mungkin Miela tak pernah melukis doddle ni. Bolehlah lukis daripada tak pernah kan kann??

Dari tahun ke tahun bila rasa melukis doddle, Miela lukis ikut naluri hati kuikui. Lately ni pulak tetiba nak melukis doddle balik. Rasanya dah hampir setahun tak melukis. Ok jom tengok perkembangan lukisan doddle Miela dari tahun ke tahun:



Ini masa tahun June 2013. Ini doddle yang pertama dijadikan profile pic untuk page Blog Cik Miela. Haha simple gila noks lukis.


Hujung bulan June 2013 upgrade sikit tang mata dan gaya tudung. Baju tu konon nak buat gaya peplum tapi tak menjadi kahkah. Time ni hangat baju gaya peplum tau.



Masa ni lukisan doddle pada July 2013. Rasanya tahun 2013 Miela gigih betul lukis doddle haha. Berapa kali dah tukar profila page blog. Hat ni upgrade sikit kat tone warna tu.




January 2014 tukar lagi doddle. Kali dah upgrade buat baju ikut guna corak. 





Yang terkini Ogos 2015, Miela lukis doddle hanya guna Microsoft Excel sahaja. Sebelum ni doddle lukis guna PaintTool Sai. Lagi mudah sebenar lukis guna Microsoft Excel. Sesuai untuk beginner kalau nak start belajar lukis doddle.



Begitulah kisah perkembangan Miela sepanjang melukis doodle blog untuk buat profile page. Kepada yang belum like page Blog Cik Miela, jangan lupa like okay?? hehe.


Nota: Laksa mana paling sedap yea kat Malaysia ni??. Jom tengok video tentang pelbagai jenis laksa di Malaysia. [KLK SINI].

Tuesday, August 25, 2015

Rahsia yang tersimpan


Salam Readership. Sambil menghitung hari semester ke-5 yang akan bermula tak lama lagi, memcuba menghabiskan cuti semester dengan aktiviti boleh menyenangkan hati. Gila kau cuti dah nak habis, takkan nak dok termenung sahaja mesti kena menikmati sisa cuti sepuasnya. Contohnya membuahkan lagi entri baru dalam blog ni kihkih. Maklumlah nanti bila sambung study, kemungkinan besar blog ni akan terabai. Hmm nak buat macam mana, adat belajar tak mampu nak hadap blog selalu.

Sedar tak sedar dah 5 tahun Miela menulis blog. Miela start menulis blog pada Ogos 2010. Masa tu niat tulis blog suka-suka erti kata lain syiok sendiri pun ada jugak kah kah. Kalau tengok entri mula-mula tulis blog, macam tak percaya entri tu memang ditulis Miela sendiri. Dalam benak fikiran "Aku kah yang tulis?". Biasalah zaman muda dulu, masih tak berapa nak matang. Menulis pun syiok sendiri beb. Tapi bila umur semakin meningkat, banyak pengalaman kau lalui semakin matang dengan kehidupan ni. Ehhh lari topik ke?.

Miela sebenarnya bukan nak cerita sejarah blog ni, kalau nak cerita tentang sejarah blog ni kena buat satu lagi entri huhu. Sepanjang Miela menulis blog ada beberapa kawan yang tahu Miela ni ada blog. Kawan sekolah ramai dah tahu, cikgu pun ada tahu. Malu kitew tau depa baca entri merapu nieh. Of course BFF masa sekolah pun tahu, ada juga mereka baca blog ni. Depa bagi support sepenuhnya untuk Miela menulis blog, terharu rasanya.

But since masuk matrik, ada beberapa kawan matrik Miela ja tahu Miela ada blog. Itu pun sebab bio dalam twitter Miela letak link blog disitu. Siapa ada twitter tahu lah kan Miela ada blog, takda twitter tak tahu la *masa tu zaman twitter baru suam-suam kuku. Malas lah kecoh-kecoh kita ada blog haha. Tapi terkejut juga lecturer pun tahu Miela ada blog. Pelik jugak eh??. Macam mana lecturer boleh tau, entahlah. Blog ni takda femes mana pun.

Satu hari tu, ada kawan matrik bersembang pasal tentang blogger favourite dia. Habis nama Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana, Cik Epal, Irine Nadia semua hat blogger femes dia sebut. Miela pun seronok dengar dia cerita, sebab Miela suka baca blog mereka ni. Tetiba pulak Miela mengaku, Miela pun ada blog. Tapi nak tahu apa reaksi kawan tu?. Dia tak percaya Miela ada blog. Entah kenapa pulak dia tak percaya. Dia kata blogger selalunya jenis perahsia, takkan bagitau rakan terdekat yang dia ada blog. So Miela masa tu malas nak pertahankan apa yang Miela cakap, anggap yang Miela cakap tadi tu gurauan huhuhu. Balik bilik terus delete link blog dalam bio twitter.


Bila masuk USM, siyes 2.8 billion takda sapa kawan univerisiti yang tahu Miela ada blog. Kecuali follower budak USM yang follow blog ni. Tapi rakan terdekat dalam U ni takda sapa yang tahu termasuklah roommate sendiri. Nak update pun main sorok-sorok haha. Masa dia tidoq ka, masa dia pergi kelas kalau Miela ada mood nak update blog Miela update. Sebabnya?? mungkin sebab peristiwa kat matrik tu kot. Tak jugak tapi yang pasti kitew segan kawan kitew baca blog kitew nih *gedik sangat jawapan tu haha*. Biarlah depa tak tahu, senang sikit Miela nak update entri tentang depa ni hehe. 

Yang penting segala kenangan dan kisah Miela akan tulis disini. Blog ni ibarat diari online. Walaupun laptop kena ribut terbakaq hangus sekali pun, blog takkan padam. Malah blog ibarat bank segala kenangan. Miela rasa awal-awal niat tulis blog syiok sendiri itulah tulah banyak menulis segala cerita. Bila baca balik entri lama, dapat flashback balik kenangan dulu-dulu. Sebab itulah Miela suka menulis blog. Rasanya blogger lain pun ada rasa yang sama, bukan??. 


Nota: Cuti semester dah nak habis. Dah nak masuk third year, tuanya rasa T.T.