Thursday, May 12, 2011

Blog paling simple tapi Bebas


Ahha, asyik join kontest jew..nak join klik sini

Tajuk:lelaki dan kekacakan: Apa itu kacak? (part 2)

Ok part 1 dah habis bersambung di part2 dan merupakan part terakhir. Malas da nak tulis entri panjang-panjang kang jemu pulak korang kan?. Kalau kita baca yang part 1 tu, ada list lelaki terkacak kat malaysia kan?Persoalanya mengapa artis itu di anggap kacak?. Menurut kamus dewan kacak di definisikan sebagai kelihatan gagah, segak dan tampan. Kalau maknanya kedua pulak angkuh dan sombong. Aik kacak tu sombong ke?tak percaya tengok kat kamus dewan. Manakala maksud kekacakan ialah keadaan atau sifat kacak. Sekarang dah faham maksud KACAK tu ape?

Gambar nie takde mengena pown

Agak-agak apa ciri-ciri kekacakan pada lelaki dari pandangan perempuan yer?. Ada perempuan anggap lelaki yang jambu di anggap kacak. Tahu kan jambu tue macam lelaki muka baby face tu, ala-ala justin bieber tuh. Ada yang kata dari stye. Dengan rambut tercacak-cacak, baju and cara berjalan. Tambah-tambah lelaki tue pada shuffuel ke, pandai main gitar malah pandai nyayi ke, lagi la digilakannya.

Lagi satu mungkin perempuan anggap lelaki tu kacak bila lelaki tu maskulin. Ala badan yang sasa-sasa tue. Yang penting bukan sontong yer. Ataupun lelaki yang aktif dalam sukan. Ada la sebilangan awek-awek minat lelaki macam nie, nampak seksi gitu,kowtla(kalau i tak minat la..Sebab antisukan). Yang paling penting ramai perempuan suka lelaki yang kacak rupa kacak hati. Lelaki macam ni like prince charming gitu. Muka dah hensem, hati baik jer.Kiranya gentleman lar. Tambah-tambah lelaki tu taat agama, tak tinggal solat. Cahaya keimanan pada muka lelaki tu, menbuatkan lelaki tue lagi kacak.

Kalau korang perasan la, kalau lelaki tue jahat manapun, cahaya kekacakan tu tak de la walaupun muka tu dah memang hensem. Dah muka penyagak, macam tu la. Manakala, kalau orang tu baik sangat-sangat, cahaya kekacakan memang ada sikit la. Orang pun senang tengok. Tapi kalau muka penipu, cik mila tak tahu la kan. Kesimpulanya, kacak ke tak kacak tapi kenalah kacak hati. Iman tu kena penuh di dada. Kalau perempuan di luar sana pilihla lelaki yang mencintai dirimu dan kamu mencintai dirinya (tak la nak bercinta bertepuk sebelah tangan kowt) bukan sebab muka yang kacak. Dah la cik mila pun tak larat nak merapu nih.

No comments:

Post a Comment