Thursday, June 13, 2013

Gambar KJK Running Man di KLIA


Annyeonghaseyo. Welcome to Malaysia
Salam readership. Bajet sekejap jadi pramugari :P. Hampa tau tak ada apa dengan hari ni?. Kim Jong Kook datang Malaysia woi. Bukan mudah Kim Jong Kook nak datang Malaysia macam masuk keluaq pintu doraemon k?. Kalau semudah masuk keluaq pintu doraemon nescaya Miela dah boleh travel satu dunia. Dulu Miela ada cerita tentang khabar KJK nak datang Malaysia pada entri lepas. Laa ni pulak, Miela nak tunjuk gambar bila Kim Jong Kook sampai KLIA.

Kalaulah KLIA ni jiran sebelah rumah, dah lama Miela tunggu KJK dengan dorang

Omaigaddd!! Sparta Kook!! 



Untung jadi polis jaga retis kpop. Boleh tengok depan mata batang hidung haa. Live lagi, kau ada??

Bawa betendang ye dik. Ini baru SORANG ahli running man belum lagi
6 orang ahli running man lain datang sekali gus. Boleh bergegar KLIA nanti.



Bertuah betul pramugara ni wei. Perasan tak KJK lebih tinggi daripada pramugara ni?
Memang artis korea ni semuanya tinggi-tinggi pramugara Malaysia ek?. Atau orang
Malaysia tak setinggi mana? 0.o"

Miela sedar Miela bukan lucky fans dapat pergi fans meeting, KLIA pun ku tak mampu redah. Dah orang ni takda wang dan mobiliti untuk bergerak. Tak pe lah, mampu tengok gambar pun dah cukup. Miela harap ini bukan kali terakhir KJK datang Malaysia, harap-harap boleh datang lagi dengan bawa semua ahli running man datang Malaysia. Hehe teringin sangat :D. 

credit: Thanks to uploaders who upload a few picture on facebook/twitters :)

No comments:

Post a Comment